Assalamualaikum semua..
Cuti sekolah disember baru2 nie....kak mid pun dapatlah kumpulkan 3 beradek nie tuk gi bercuti bersama. Kak mid pun xlah free sangat tapi memang nak gi bercuti walau terpaksa lepaskan aje beberapa assignment.
Sebenarnya bila anak2 dah besar lagi sudah nak jalan sama...seorang bercuti dengan kawanlah...sorang tengok wayanglah...sorang x nak ikutlah....macam2....nasib baik ada anak 3 orang aje...klu ramai entahlah.....
|
Inilah cinta hatiku....kali nie kita pi memancing kat Kuala Gula ya.... |
Masa k mid belajar pelancungan aritue...kuala gula sentiasa di sebut-sebut sebagai tempat Bird Watching....ramai pelancung yang datang ke kuala Gula untuk melihat spesis burung yang berhijrah.
|
Kami sekeluarga menginap di sini selama 2 malam |
|
K.mid menempah bilik deluxe dengan harga RM180 semlam iaitu kadar pada hujung minggu...Kalau hari biasa RM160 |
|
Sangat sesuai memancing.. kami memacing dari chalet aje.... |
|
Anak teruna yang paling happy.....asyik dapat ikan....tapi semua ikan kami lepaskan semula |
|
Petang-petang...jalan2 di tepi kuala sambil melihat aktiviti nelayan di sana |
|
Signborad J S Muara Restoran yang terletak sebelah chalet terapung aje |
|
Ketam lembut berharga RM8 seekor....kami memesan untuk di masak pedas dan di goreng tepung aje... |
Di Kuala Gula nie amat terkenal dengan ketam lembut, so k mid sekeluarga mengambil peluang merasa ketam lembut. Bagi k mid...k mid lebih suka makan ketam biasa dari ketam lembut...Benda yang memang telah di ciptakan begitu tapi manusia menukarkannya....sesungguhnya tak akan serupa dengan yang asal.....
Aktiviti malamnya kami habiskan dengan memancing ........dan pagi esoknya kami di hubungi oleh pihak chalet....katanya ada keluarga yang nak share menyewa boat untuk menyusuri kuala Gula.....
|
Kami dibawa melihat sangkar ikan, proses menjadikan ketam lembut dan melihat specis2 burung serta melihat cara2 mengutip kerang |
Begitulah aktiviti kami di Kuala Gula......Tempatnya sebenarnya amat menarik kalau di jaga rapi sebab k mid ada mendengar keluhan nelayan di situ yang berkata spesis burung juga semakin berkurang ...begitu juga dengan siput sedut dan kerang mungkin kerana ada aktiviti penebangan pokok2 bakau untuk tujuan membuat kolam udang....
Dari segi tempat penginapan.....memang banyak yang perlu di perbaiki demi keselesaan pengunjung...breakfast yang disediakan amat teruk...di nasihatkan makan pagi diluar aje.....minta maaf ya...terpaksa tulis di sini sebab mmg teruk betul.....
Begitulah percutian kami di Kuala Gula, Kuala Kurau Perak. Sesungguhnya negara kita banyak tempat-tempat menarik yang bole di kunjungi cuma kita perlu memperbaiki segala kemudahan serta menjaga kebersihan sekitarnya.....Wassalam
Sekiranya sesiapa berminat hendak berkunjung kesini , k mid letakan contact no nya ;
Salam Sayang
Kak mid
SYIRA PERNAH MAKAN KAT SANA..STAY SANA BELUM LAGI..HEHEE..TERIMA KASIH SHARE ! SEMOGA ENTRY DALAM BLOG INI SENTIASA MEMBERI MANFAAT KPD PEMBACANYA :D
ReplyDeleteSaya setuju dgn k mid...mmg chalet perlu ditambahbaikan..
ReplyDelete