Skip to main content

Cara membuat Coklat Jar

Assalamulaikum semua
Hari ini tetiba k mid datang minat nak buat coklat jar nie....bukan apa ..dalam seminggu nie si bongsu anak k mid asyik beli jer benda nie...sedangkan kat dapur tue coklat rice balance raya ada 1 balang besar lagi......  so  kak mid buat keputusan buat sendiri...bukannya susah cuma klu kita tak berapa rajin semua kerja mudah pun x jadi  :)

Apa lagi k mid pun buatlah ....

2 bahan penting dah ada kan,  coklate rice dan coklat bar

Jadi Bahan- bahan yang di perlukan dah ada  :

COKLAT MASAKAN( disyorkan guna  coklat cadbury)
COKLAT RICE


Mula2 "Sangai" atau goreng tanpa minyak coklat rice untuk merangupkan coklat rice tersebut
Dah agak2 rangup tutup api dan sejukkan.



kemudian ambik coklat dan letakkan 2 sudu minyak masak untuk mencairkan coklat .  Disini k mid gunakan teknik double boiling atau senang cakap teknik mengukus...kacau-kacau coklat sampai cair ya.

apabila coklat dah cair,  sejukkan dulu...


Letakkan coklat rice berselang seli dengan coklat yang di cairkan tadi,  klu ada m & m ke,  biskut oreo ke atau apa2 yang korang rasa sedap nak letak..korang letaklah ya...kebetulan kak mid ada nips coklat so k mid letaklah sekali...

Amaran : jangan letak waktu bahan2 nie masih panas...nanti habis lemau dan x ranggup lagi




maka....seronoklah si bongsu makan...siap cakap..buatlah banyak2 sikit...senang adik buat kudap-kudapan.:))   Senang sangat kan......


Selamat Mencuba

Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan