Skip to main content

HIKING RAWANG BYPASS


 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Apa itu Rawang By Pass

Sebelum k mid cerita mengenai pendakian k mid ini,  mari kita ketahui serba sedikit mengenai Rawang By Pass ini.  Rawang By Pass adalah Lebuhraya yang paling tinggi di Malaysia.
  • Merupakan jalan pintasan 23km sepanjang Rawang ke Serendah yang direka oleh arkitek tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar.
  • Laluan ini memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja.  Dengan ini ianya dapat meningkatkan pembangunan di kawasan Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim.
  • Keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2m dari aras tanah.
  • Laluan ini merentasi Taman Warisan Selangor yang padat dengan hutan.  Ia unik kerana tiang dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakkan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor,  juga untuk memastikan rezab hutan kekal terpelihara terutamanya spesis haiwan hutan yang kian pupus.
  • Pembinaan Rawang By Pass di bina sedemikian  juga kerana bagi memelihara sejenis pokok yang di kenali sebagai Giam Kanching kerana Hutan Simpan Kanching merupakan satu-satunya lokasi pokok tersebut boleh hidup dan ianya satu-satunya di dunia.

 Semua dah tahu serba sedikit tentang Rawang By Pass kan,  jadi apabila beberapa rakan yang mengajak untuk Hiking di sini membuat k mid terus nak ikut.

Dekat sini tempat parking kenderaan kitaorg ..Rawang Perdana

Seawal jam  7.30 pagi k mid memandu kereta berseorangan ke Rawang Perdana iaitu tempat semua sahabat yang lain berkumpul untuk memulakan pendakian.

Dengan otai2..first time hiking Rawang ByPass

Dengan anak & anak2 buah..2nd time hiking sini

Kami memulakan pendakian kami kira-kira jam 8.30 pagi..masing-masing bawa serba sedikit makanan untuk di makan di puncak..lepas mendaki mesti lapar dan dahaga..apa yg.penting kita semua mesti ingat jangan tinggalkan sampah merata atau buang sampah merata-rata..tidak pasal-pasal dari boleh mendaki terus di seal.😆

Okay..jom teruskan mendaki....

Jom start.  Permulaan start di jalan bertar dulu
akan melalui kawasan nie..

Pit stop pertama..jumpa kereta luyai nie..itu tandanya mmg tak sesat dah lah....

Jalan terus akan jumpa terowong ini..selinap masuk terowong ini dengan hati2 takut terantuk kepala sebab terowong nie rendah aje...lagi satu takut terkena sarang burung yg melekat kt dinding atas terowong nie...

Sebelum sampai terowong rendah

Pit stop ke 2..Terowong rendah

 Seterusnya akan start mendaki.....

Mula-mula nie simple jer😁

Dah start semakin tinggi dan tak larat....

Lepas segala kesukaran..jumpalah Pit Stop ke 3..hilang sikit kepenatan bila dapat bergambar

Seterusnya redah sedikit belukar akan sampai ke Puncak dan last Pit stop. Barulah boleh bukak bekalan..tapi ingat ..tolong bawak balik sampah anda!!!!

The Best View Comes After The Hardest Climb

Pit stop last ..di Puncak🥰

Okay dah sampai di puncak kan.....ada pulak yang tak reti-retilah manusia nie..still ada yang buang sampah merata-rata.

Malu kt binatang woii...dah ada org pacak ini sebagai peringatan..sedarlah wahai manusia

Untuk my bestie...3rd time hiking Rawang By Pass nie baru kau ada❤❤
Okaylah...dah rasa puas menikmati keindahan alam...dah puas hilangkan penat..bolelah beransur turun secara perlahan-lahan...Yang tak puas-puas bergambar seperti geng k mid boleh terus bergambar sambil menyusuri denai untuk turun


Kan dah kata....sambil turun boleh jumpa spot menarik😍



Titi kecik nie pun ada...


Menyelinap bawah highway...no problem🤣

Jangan lupa bergambar di bawah Highway semasa perjalanan turun

Walaupun pun trail nie nampak mudah tapi pecah lah peluh dan lemak untuk sampai ke atas...sangat sesuai untuk beginner yg baru nak cuba-cuba hiking.

Hingga jumpa lagi di next trail

Pulang ke pangkal jalan sambil membawang😅




Salam sayang,

Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag