Skip to main content

TEMPAT MEMBELI BELAH DI TURKIYE

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

Bila kita melancong ke sesuatu tempat, kita pasti ingin membawa pulang cenderahati atau barangan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.

Ini tidak terkecuali ketika kak mied melancong ke Turkiye baru- baru ini.  Turkiye bukan sahaja mempunyai tempat-tempat menarik dan bersejarah namun ia juga terdapat pelbagai barangan unik dan khas yang hanya terdapat di sana.

Ada beberapa tempat shopping yang wajib kita pergi ketika di Turkiye antaranya :

#Kedai Turkish Delight di Bursa/Izmir/ Istanbul
Turkish Delight atau Lokum adalah sejenis pencuci mulut  dan mempunyai pelbagai perasa.  Menjadi kebiasaan pelancong dari Malaysia membeli Turkish Delight untuk di bawa balik dan di jadikan cenderahati untuk di beri pada keluarga dan rakan-rakan.


 




#Kedai Minyak Zaitun ( Olive Oil) - Izmir
Di Izmir kita akan di bawa ke kedai yang menjual produk kesihatan dan juga yang menjual pelbagai minyak zaitun. 
Turkiye adalah salah sebuah negara pengeluar minyak zaitun terbesar dan terbaik dunia.

Minyak Zaitun mempunyai banyak khasiatnya.

#Kilang Barangan Kulit - Kusadasi
Para pelancong akan disajikan dengan pertunjukan fesyen,  di mana para model tampan dan jelita akan memperagakan pakaian dan barangan dari kulit.  Sangat meriah pertunjukan fesyen disini,  dimana para pelancong juga diajak naik ke pentas untuk memperagakan koleksi pakaian kulit


#Kilang Karpet / Carpet Showroom
Turki adalah salah satu negara di dunia yang terkenal dengan permaidaninya. Permaidani buatan tangannya adalah sangat bermutu tinggi.
Penerangan tentang pembuatan Karpet buatan tangan.


# Kedai Seramik/ Pottery Shop di Cappadocia
Sudah menjadi tradisi penduduk lelaki Cappadocia memiliki kemahiran membuat tembikar  sebagai syarat di terima sebagai menantu,  jadi sudah semestinya seni pembuatan seramik menjadi kemahiran turun-temurun yang diwarisi dari keluarga.
Seramik dan Tembikar?
Ianya berbeza walaupun keduanya diperbuat dari tanah liat. Proses pembuatan  seramik adalah lebih komplek  kerana bahan tanah liat yang digunakan perlu didedahkan pada suhu melebihi 600 darjah celcius.

Corak dan Motif yang menarik


Demotrasi membuat Seramik
#Grand Bazaar
Grand Bazaar terletak di kawasan tumpuan pelancong iaitu  di antara Masjid Biru dan Hagia Sophia.
Menempatkan 5,000 buah kedai di dalamnya.  Grand Bazaar merupakan pasar tertutup terbesar seumpamanya di dunia.
Pelbagai barangan terdapat disini seperti testil, minyak wangi, manisan, lampu-lampu, seramik, beg dan macam-macam lagi.
Salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar

Keadaan dalam Grand Bazaar

#Spice Bazaar
Berhampiran dengan Grand Bazaar terdapat pasar rempah dan herbs terbesar iaitu Spice Bazaar.
Terdapat kepelbagaian makanan dan rempah ratus terdapat di sini.  Harga yang ditawarkan disini juga agak murah dari
di Grand Bazaar.
Berbanding dengan Grand Bazaar, kak mied lebih suka bershopping di Spice Bazaar sebab mempunyai banyak pilihan dengan harga yang lebih berpatutan.
Apa-apa pun terpulang kepada ketebalan poket masing-masing😅.


Pelbagai rempah-ratus terdapat di sini.
Kredit foto : Petai.net


Banyak lagi barang-barang atau cenderahati yang boleh dibeli untuk di bawa pulang seperti lampu, sabun herba, kopi, tudung bawal turkey, beg-beg, sejadah dan macam-macam.  Semuanya ikut kemahuan masing-masing,  jika ada budget lebih apa salahnya berbelanja sakan bukan selalu dapat pergi ke Turkiye kan🥰.
Dalam duk tak nak beli apa- apa yang mahal,  kak mied dan adek kak mied kecundangan jugak...hahaha..terbanglah juga ongkosnya untuk beli beg tangan jenama terkenal dan beli jaket kulit.

Semoga coretan ini memberi sedikit sebanyak info pada yang nak bershopping di Turkiye tue.

Selamat Melancong dan Bershopping Gaiss💞

Salam sayang,




Jom baca juga pengalaman bercuti di Turkiye
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️



Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...