Skip to main content

PERCUTIAN 10 HARI 7 MALAM DI TURKIYE (MUSIM SEJUK) - TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera 
Ketika artikel ini ditulis, kak mied sudah sebulan pulang dari bumi Turkiye.  Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dapat pulang ke Malaysia sebelum gempa bumi besar melanda Turkiye dan Syria pada 6 Feb 2023.
Walaupun gempa bumi berlaku di luar kawasan tarikan pelancungan, namun jika Airport  Istanbul di tutup memang kita semua pasti terkandas di Istanbul.

Selepas 6 hari pulang ke Malaysia, hari ke 7 kak mied telah di masukkan ke hospital pula, bermulalah 5 hari 4 malam bercuti di hospital dengan penjagaan rapi di hospital🤭🤭.

Demam dengan suhu mencapai 40 darjah, akhirnya di sahkan serangan virus di sistem pernafasan...nasiblahlah virus belum menyerang paru-paru..kalau paru-paru kena serang kak mied tak tahulah macamana keadaan kak mied. Serangan virus ke sistem pernafasan pun rasanya dah cukup azab.

Teringat ketika berjimba-jimba di Turkiye, lupa langsung nak pakai mask....apakah sebab itu hingga virus-virus berkesempatan masuk ke rongga-rongga pernafasan??? wallahualam !

Lepas nie kak mied dah serik, jika berada di tempat sesak atau pergi luar negari kak mied pasti tak lupakan mask...dah tidak berani ambik risiko.

Berbalik kepada cerita kak mied mengenai Turkiye nie, sebenarnya pada tahun 2020 dua kali mendapat tawaran jadi Tour Leader ke Turkiye tapi di sebabkan PKP semuanya tergendala hinggalah sekarang. Barulah tahun 2023 dapat ke Turkiye. Alhamdulillah

Okay..jom kita mulakan cerita kak mied ke sana.
Kisah perjalanan dulu.  Penerbangan ke Turkiye kali ini dengan Etihad Airway dan Transit di Abu Dhabi selama 3 jam. Dari Klia ke Abu Dhabi hampir 8 jam..transit 3 jam kemudian sambung lagi 4 jam...memang rasa nak patah pinggang😅😅.
Nak juga bergambar kt unta palsu nie di Abu Dhabi Airport

Transit sini ..lebih kurang 3 jam🥰

Namun ...bila sampai ke Istanbul, penat lelah tue otomatik hilang..nie bagi orang macam kak mied yg memang suka travel ...tak da istilah penat kalau berjalan..hahaha.

Sampai-sampai awal pagi..kitaorang sarapan dulu sebelum meneruskan aturcara lainnya.

Nie lah Sarapan kami ...makanan ruji diorg roti dan kentang


Dah selesai sarapan ...terus kita jalan-jalan sekitar Istanbul dulu

Di mulakan dari Istanbul - Bolu - Cappadocia- Konya- Pamukkale - Kusadasi- Istanbul

Jom kita tengok tempat-tempat yang kami lawati sepanjang 10 hari di bumi Turkiye.

#BOSPHORUS CRUISE
Bosphorus Cruise menawarkan pemandangan indah sepanjang pelayaran sekitar 40 minit.  Ia akan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam dan Laut Marmara.
Kita boleh melihat Keindahan bangunan, masjid semasa menyusuri laluan Cruise.
selain melihat panorama menarik, kita juga berpeluang melihat keunikan burung camar yang bebas berterbangan di Selat Bosphorus ini yang juga merupakan sempadan Eropah dan Asia.





Kak mied suka sangat tengok burung2 camar nie...rasa healing sangat
Seronok diorang terbang sambil meragut roti

#HAGHIA SOPHIA
Haghia Sophia pada asalnya adalah sebuah gereja dan kemudian telah bertukar menjadi sebuah Masjid kini ia adalah sebuah Muzium.
Merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah Turki yang cantik dengan senibina Islam dan Kristian.

Memang terpesona melihat keindahan senibinanya

#MASJID BIRU/BLUE MOSQUE(MASJID SULTAN AHMED)
Merupakan masjid pertama pada zaman pemerintahan Sultan Ahmed. Dibina sendiri oleh Sultan Ahmed dan menjadi lambang kehebatan empayar Turki. 
Di namakan Masjid Biru kerana hiasan jubin di dalam masjid berwarna biru. Masjid ini adalah gabungan senibina islam dan Ottoman.

#GRAND MOSQUE BURSA/MASJID AGUNG BURSA(ULU CAMII)
Merupakan masjid terbesar di Bursa, dibina di antara tahun 1396 - 1399 oleh Sultan Uthmaniyyah Bayerid 1 bagi memperingati kemenangan besar baginda di pertempuran Nicopolis.
Uniknya masjid ini ialah ianya mempunyai 20 kubah, setiap kubah dengan size 11 diameter.

Fountain di ruang tengah masjid untuk jemaah lelaki mengambil wudhuk..ini memang unik

Senibina Ottoman


#KOTA EPHESUS
Merupakan kota kuno yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba, terletak di pantai barat Anatolia dalam wilayah Izmir.
 Dibangunkan pada abad ke 10 sebelum Masihi.
Kota ini terkenal dengan Kuil Artemis yang merupakan satu dari tujuh keajaiban Kuno.
Ephesus turut tersenarai sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO.




#COTTON CASTLE/BENTENG KAPAS - PAMUKKALE
Di Pamukkale memang terkenal dengan keindahan alam dan sejarahnya.
Salah satu keindahan alamnya ialah Cotton Castle.
Pamukkale sendiri bermaksud Cotton Castle/Benteng Kapas. Memiliki sebuah pemandangan yang luar biasa dimana air dari sumber air panas kehilangan karbon dioksida, lalu menuruni lereng-lereng dan meninggalkan endapan yang membentuk lapisan kaksium karbonat putih.
Kawasan Cotton Castle/ Benteng Kapas ini membentuk teres-teres dengan memiliki 17 kolam air panas dengan suhu sekitar 35 darjah celsius.



#BANDAR PURBA HIERAPOLIS
Hierapolis ialah kota perbandaran Rom yang terletak berhampiran Cotton Castle.
Di sini kita akan menemui sisa-sisa runtuhan bangunan, tembok, pilar, amphitheater dan kuburan tua(necropolis).
Kawasan Hierapolis ini agak luas dan di sini juga terdapat kolam mandian Spa Air Panas.
Kolam mandia Spa air panas disini dipercayai boleh mengubati penyakit.
Pada tahun 1988, Hierapolis -Pamukkale telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.



#CAPPADOCIA
Cappadocia merupakan satu wilayah di bahagian tengah Turkiye yang menawarkan bentuk mukabumi yang unik.  Terdapat 9 bandar utama di wilayah ini iaitu Nevsehir, Urgup, Goreme, Uchisar, Avanos, Ortahisa, Mustafapasa, Guzelyurt dan Ihlava Valley.
Menaiki 'Hot Air Ballon ' adalah aktiviti paling popular di Cappadocia.  Jangan lepaskan peluang menaiki belon panas untuk menikmati pemandangan indah dan unik Cappadocia dari atas.
Nota kaki :  Sayang sekali atas faktor cuaca, group k mied tidak dapat menaiki belon panas walaupun pakej kami sudah termasuk percuma Hot Air Ballon. Memang semua kecewa namun keadaan ini bukan disengajakan.  Sewaktu kami berada di Cappadocia dan Pamukkale sudah seminggu tiada satu pun belon panas dilepaskan di udara. Ini memang menunjukkan faktor cuaca memang tidak begitu baik dan tidak memihak kepada keinginan kami😢.
Untuk menghilangkan sedikit kekecewaan kami
memilih untuk Jeep Tour Safari.
Baru angan nak begini😘

Tapi begini aje yang dapat..terkecewa kak mied..dah lah tak dapat naik Hot Air Ballon😅

Angan-angan turun belon panas, dapat sijil baru minum gini..
Tapi ok juga lepas Jeep Safari Tour kita minum dulu🥂🥂

#UCHISAR
Bandar tertinggi di daerah Cappadocia, dipenuhi dengan kubu batu kapur dan gua yang mensajikan pemandangan yang menarik.
Kami berhenti di Kedai Batu Permata dulu sebelum ke destinasi seterusnya.



Nie..memang hampir tergoda gak kak mied dengan gemstonesnya...nasib masih kuat iman🤭🤭

Akhirnya ada wakil dr group kami membelinya😘😘

#PIGEON VALLEY
Terletak di antara Goreme dan Uchisar, Pigeon Valley mendapat nama dari ratusan rumah-rumah burung merpati yang terdapat di celah-celah batu hasil letusan gunung berapi.

#ERCIYES
Erciyes adalah satu resort ski terkenal di Turkiye. Terletak di Daerah Kayseri  berdekatan dengan Cappadocia.
Salji akan menebal di puncak Mount Erciyes bila tiba musim sejuk dan banyaklah aktiviti boleh dilakukan seperti bermain ski, snowboard dan lain-lain.




sempatlah kami berlari manja dan berbaring di salji nie
Happy jer semua..Ngopi sejuk-sejuk☕

Inilah sebahagian  tempat- tempat menarik yang dapat kak mied share kan...untuk tempat-tempat shopping di Turkiye insyallah di part 2 nanti( tak tahu lah bila sebab kak mied nie ada masa rajin ada masa malas sangat😂😂😂)

Hidup ini satu persinggahan singkat ..jadi jika ada kesempatan dan peluang pergilah melihat negara orang. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ..kak mied pilih negeri sendiri sebab rindu makanan kat negeri sendiri..asyik-asyik makan roti, sayur, kentang..mana kita boleh tahan😂😂😂.



Salam sayang,



Jom baca juga tempat membeli belah di Turkiye
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag