Skip to main content

PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT, IPOH

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini kak mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kak mied. Alang-alang dah sampai ke Perak, anak-anak mengajaklah jalan-jalan di Ipoh dan yang paling best anak-anak booking penginapan di The Haven All Suite Resort, Ipoh.

Alangkah gembiranya hati sebab dah lama teringin nak menginap di sini kerana The Haven All Suite resort ini merupakan sebuah hotel  yang bertaraf resort mewah. Terletak kira-kira 3km aje dari tempat percutian terkenal Lost World of Tambun
Yang paling kak mied suka panorama sekeliling yang menghijau dengan kawasan bukit batu kapur serta tasik...sangat tenang uolls.


Kak mied dan anak-anak tiba di resort ini kira-kira jam 2 petang, kami terus ke kaunter pendaftaran..sepatutnya check in jam 3 petang tapi semua dah ready maka awallah sikit kami check in. Seperti lain- lain resort atau hotel, deposit akan di kenakan.  Deposit untuk penginapan semalam adalah Rm300.
Nie lobby ..tempat register
Mengenai parking kenderaan pula, jangan risau parking untuk visitor memang di sediakan. Anda boleh memilih untuk parking open space atau dalam bangunan.  Memandangkan kereta anak kak mied yang sorang nie masih bau kedai jadi cari parking berbumbunglah nampaknya🤭. Di parking berbumbung cuma jangan letak di parking yang dikhaskan untuk residen sudahlah..yang lain boleh jer.

The Haven ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Tower A(Acacia), Tower B (Bayan) dan Tower C (Cycas).  Kami menginap di Suite di Tower B (Bayan), memang Tower B di buka untuk pengunjung luar untuk menginap di sini.
Suite kami di tingkat 4 mengadap tasik, memang cantik viewnya dan suasana amat mendamaikan. 

View dari suite kami memang mendamaikan..hilang rasa gundah gulana🤭

Tenang ribut jiwa.......
Suite nie mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air.  Master bedroom sangat luas serta mempunyai bathtab. Bilik 2 dan 3 berkongsi bilik air di tengah-tengah. Toiletries juga disediakan.


Ruang dapur pula dilengkapi dengan mesin kopi, peti sejuk, cerek dan ketuhar.  Memang senanglah untuk panaskan makanan jika malas nak keluar dari bilik.  Terdapat juga ruangan untuk menyidai pakaian untuk dikeringkan.



Ruang tamu pula amat luas dengan 
Televisyen serta kemudahan wi fi turut tersedia.

Kebiasaan kak mied jika menginap di hotel atau resort, kak mied akan mencuba kemudahan-kemudahan yang disediakan terutamanya kolam renang.
Kolam renang infiniti di sini memang menarik kerana bersebelahan dengan tasik semulajadi dengan bentuk kuda laut (sea horse). Kolam renang ini terdapat 5 level iaitu jacuzzi, children pool, lap pool, leisure pool dan wading pool  Waktu operasi di kolam renang ini dari 7 pagi hingga 10 malam.

Best jacuzzi.....air panas lagi



Banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di sini seperti Gimnasium, Spa, Court Badminton, tennis ,squash, bola keranjang, ruang yoga & meditasi, trek berjogging, poolside bar & restaurant, pet corner dan lain- lain lagi.
Kemudahan ruang acara pula seperti Ballroom, ruang geleri,bilik seminar, amphitheater dan lain-lain.
Walaupun penginapan kami 2 hari 1 malam sahaja, namun sempatlah kami menjengah ke Pet Coner dan jalan-jalan di trek jogging mengelilingi tasik sambil melihat keindahan alam semulajadi.



Sebelum tue, kami sempatlah  menikmati  "Welcome drink" di The Cuisines.
The Cuisines nie merupakan satu- satunya restoran yang terdapat di The Haven All Resort Ipoh nie.  Terletak berhampiran Kolam renang dan tasik semulajadi.  Jadi sambil menjamu selera, sambil- sambil menikmati alam gitew.
"Welcome Drink" pula dinamakan  Haven 's All Natural Drink. Gabungan bahan- bahan semulajadi seperti serai, halia, kulit kayu manis, limau nipis, kunyit, madu dan wild Chrysanthemum. Semua bahan-bahan ditumbuk secara tradisional kemudian di tapis untuk mendapat minuman Haven's All Natural Drink ini.  Lepas menikmati segelas pasti terasa segar. Ianya sangat elok bagi membuang angin-angin dalam badan 🥰.



Di The Cuisines ini juga, kami menikmati sarapan pagi.  Banyak juga variasi makanan yang di sediakan seperti mee goreng, spaghetti, mee sup, nasi lemak, kek, buah-buahan dan lain-lain.  
Nasi lemak, sambal dan rendang memang terbaik👍



Kak mied tak lepas peluang, menyusuri trek jogging  walaupun hanya jalan-jalan lenggang kangkung jer.  Trek ini akan menyusur sekitar tepi tasik berlatarbelakangkan hutan batu kapur Rockhaven.


Port Healing terbaik😘

Tertiba muncul pulak Dinosaur ...hahaha.. Replika Dinosour ini adalah simbolik kepada kewujudan kepada Rockhaven yang berusia lebih 280 juta tahun.

Jadi pada yang berminat nak merasai kedamaian di resort ini bolehlah hubungi :

Tel : 05-5400000 ( tempahan)
Hot line : 1700-8-17000


 📍Alamat : The Haven All Suites Resort
Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak




Selamat bercuti💞

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag