Skip to main content

KESERONOKAN MANDI-MANDA DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE, BANTING

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Terbaru Gamuda Land dengan rasminya telah membuka Taman Tema Air yang pertama iaitu SplashMania Water Park  yang terletak di Gamuda Cove, Banting Selangor.

Berkeluasaan 18 ekar, menyediakan 24 gelungsor air serta 15 tarikan utama yang pastinya membuat pengunjung teruja untuk menikmatinya.

Mengenai lokasi SplashMania Gamuda Cove ini, jika kita melalui Lebuhraya Elite hendak ke Lapangan terbang Klia dan Klia2 pasti mata kita terpandang sebuah replika Kapal besar yang kelihatan.  Replika Kapal ini merupakan simbol ikonik SplashMania.

Pada tarikh pra-pembukaannya pada 3 Feb 2023 baru-baru ini, pihak media telah dijemput untuk merasai sendiri keseronokan mandi- manda serta mencuba permainanan dan tarikan yang tersedia.
Apa lagi, kak mied dan beberapa rakan blogger mengambil peluang ini untuk bersama mereka-mereka yang hadir untuk menjadi yang terawal menikmati permainan di Taman Tema Air ini.
Seawal jam 9 pagi kami dah menunggu di pintu masuk walaupun waktu operasi Taman Tema bermula jam 10 pagi.
Penerangan dari krew dulu
Mula-mula kami melepasi pintu masuk, disebelah kiri akan terjumpa kawasan penyimpan barang atau Locker. Apa yang menariknya Locker ini, ialah kita hanya menggunakan nombor telepon sendiri sebagai kod untuk membuka dan menguncinya serta perlu ingat warna Locker tersebut. Mudahkan!!!.
Locker ini hanya menerima pembayaran tunai.
Selain Locker, terdapat tandas dan bilik mandi yang banyak disini.  Bagi pengunjung muslim, surau lelaki dan surau wanita turut tersedia di sini.

Selepas menyimpan barangan di Locker, tetiba terasa lapar pulak😂..apa tidaknya...rupanya belum bersarapan..hahaha.
Kami terus melihat ke sebelah kanan, kelihatan sebuah cafe yang di beri nama Jungle Jamboree( Kopitiam & Fast Food).
Seperti biasa,  harga makanan dan minuman di tempat- tempat percutian memang agak mahal berbanding di luar tapi bagi kami dengan kuantiti dan keenakan, nampaknya masih boleh di terima.  Contohnya : Sepinggan nasi goreng ada udang dan telur mata serta minuman teh ais  cuma Rm20.
Okay..dah selesai mengisi perut..masa untuk meneroka SplashMania ini .

Naik jambatan ini dulu, tinjau keadaan sekeliling🥰

Mana satu permainan nak cuba dulu nie 🤔

Jom kita tengok permainan apa yang kami cuba.

#MANIAC RACERS
Menggunakan "Multi-flume Slide", kena berbaring dengan keadaan meniarap untuk mengelungsur dari atas ke bawah.  Best..seolah-olah kejar mengejar bersama rakan-rakan.


#SHAKA WAKA
Ini pula, gelungsor gelap panjang 78m yang di hiasi dengan lampu warna warna LED serta sound effect bila menghampiri kawasan yang lebih curam.


Gelungsor ini boleh dinaiki berdua atau seorang mengikut berat yang dibenarkan.

#PLUNGE
Gelungsor yang paling tinggi ini iaitu setinggi 6 tingkat.  Perlu mengelungsor secara berbaring dengan tangan dua-dua bersilang di dada.
Nasihat kak mieda, pada yang ada sakit jantung dan gayat tue...tak payahlah😅 kerana gelungsor nie condong 75 darjah tapi....jika dah try sekali mesti teringin nak try lagi. Kak mied yang dah nak masuk golongan warga emas nie,.cukuplah sekali itupun dah gempaq😅😅😅.


#WILD RUSH
Gelungsor ini pulak yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter.  Kaki memang tak kan jejak dasar kolam tapi jangan risau, life guard akan menunggu untuk menarik kita naik ke permukaan.

# RAVAGE RIVER
Tak menariklah jika taman tema air tidak ada sungai kan. Kita akan enjoy menyusuri sungai sambil rilex di atas pelampung tapi jangan leka ada kalanya air akan mengalir agak laju dan satu ketika tiba di kawasan di mana terdapat pancutan deras terkena kepala hingga terpaksa menutup dengan tangan.

Dah puas main gelungsur, jomlah kita mandi-manda di kawasan berombak berlatarbelakangkan kapal besar siap dengan muzik dan persembahan  di Ombak'King Cove.

Untuk kanak-kanak pula, Treasure Tower pula sangat mengujakan dengan beberapa slide serta " Splash buckets" yang tersediaBukan kanak-kanak aje yang teruja bermain di sini, Ibu bapa pun boleh turut serta mandi- manda.

Seharian di sini memang best sangat.  Tidaklah rasa letih sangat sebab semua attraction hanya berdekatan antara satu sama lain.
Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, meluangkan masa bersama anak- anak di sini sangatlah sesuai kerana lokasinya tidaklah jauh.

Waktu Operasi : 10 pagi hingga 6 petang ( setiap hari kecuali hari Selasa. Akan di buka jika hari Selasa hari Cuti Umum atau Cuti Sekolah)

Harga tiket : RM125 untuk dewasa dan RM95 kanak- kanak

Untuk membeli tiket bolehlah ke :
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Salam sayang,




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag