Skip to main content

PROGRAM MERAIKAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL AL FIRDAUS ANJURAN BERSAMA PLAZA SHAH ALAM DAN BOB ROCK CLOTHING (BRC).

 Assalamulaikum dan salam sejahtera
Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi,  memberi kita peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat serta memperbanyakkan amalan mulia seperti bersedekah dan berkongsi rezeki.
Rasulullah S.A.W bersadha,
" Bersedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu memadamkan api"
Semoga dengan bersedekah, terhapus dosa dan kita memperoleh pahala berlipat kali ganda..insyallah.
Untuk Ramadhan kali ini,  iaitu pada tarikh 7 April 2023, Bob Rock Clothing(BRC) iaitu Butik Pakaian lelaki Saiz Besar menerusi usahasama dengan Plaza Shah Alam dan beberapa lagi Pertubuhan NGO yang terlibat,  telah mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus, Denai Alam.  Majlis telah  berlangsung  di Plaza Shah Alam.
Seramai 45 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al Firdaus  yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun  berserta 10 orang Penjaga telah diraikan dalam majlis tersebut.
  

Program ini bermula dengan majlis penyerahan bahan keperluan di sebelah petangnya.

Pelbagai barangan keperluan telah disumbangkan oleh para penyumbang

Para pengunjung dan orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan untuk Rumah Amal Al Firdaus.  Barangan dan jenis sumbangan yang boleh dihulurkan adalah seperti :

  • Bantuan kewangan
  • Lampin pakai buang (S-XL)
  • Pakaian harian (umur 2 tahun - 6 tahun)
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Sabun mandi
  • Sabun basuh pakaian
  • Shampoo kanak-kanak
  • Tuala
  • Ubat-ubatan seperti krim ekzema
  • Tikar/pelapik lembut berlipat
  • Keperluan makanan harian seperti beras, susu, gula, minyak dan sebagainya.

Selepas selesai majlis penyerahan sumbangan,  program diteruskan dengan majlis berbuka puasa yang di taja oleh Bob Rock Clothing (BRC).


Program diakhiri dengan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak dari Rumah Amal Al-Firdaus oleh para penyumbang antaranya Kelab Kucing Malaysia, Ghadeez KL, Belacu, Lepaque dan Bob Rock Clothing sendiri. 




Menurut En. Syafiq Azizan, Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, program seumpama ini merupakan aktiviti rutin BRC setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya.

"Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan bersempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi."

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang:

#BobRockClothing
#MenPlusSizeClothing
#PlusSizeFashion
#PlusSizeClothingOnlineMalaysia
#PakaianSaizBesarLelaki
#KedaiBajuSaizBesarLelaki
#Ramadhan2023

Salam sayang,



Comments