Skip to main content

SEHARI DI SELANGOR...jom kita ke SEPANG!!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah... kita semua dah boleh melancong...tapi dalam negeri aje dulu ya.. tak mengapa asalkan boleh keluar jalan-jalan setelah hampir 3 bulan terperap kat rumah. Dengan kelonggaran yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,  bolehlah membawa family melancong dalam negeri dulu namun kita semua kenalah berhati-hati dan sentiasa mengikut Prosedur Operasi  Standard (SOP) yang telah di tetapkan.

Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor,  rasa-rasanya semua dah habis ke explore tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor...kalau belum?  apakata kita semua pakat-pakat bawa family pusing dekat-dekat dahulu.

Jom kita terokai daerah yang terletak di bahagian selatan Selangor dahulu iaitu daerah SEPANG.


Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di
Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk
utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan
KLIA2, Daerah ini juga terkenal dengan Litar Antarabangsa Sepang yang telah
menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai acara sukan motor pada setiap tahun.
Menempatkan Pusat Membeli-belah premium pertama di Selangor, Sepang giat
menarik ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikannya salah sebuah Daerah
yang wajib anda kunjungi di Selangor!

Itinerari di bawah ini boleh di jadikan panduan untuk sesiapa berhajat nak jalan-jalan tue.


8.00 a.m    :  Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
9.00 a.m.   :  Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi
10.00 a.m. :  Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
12.00 p.m. :  Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
1.00 p.m.   :  Ikuti Mangrove Tour
2.30 p.m.   :  Luangkan masa di Ladang HL Sepang
3.30 p.m.   :  Berbelanja di Mitsui Outlet Park
5.00 p.m.   :  Minum petang di Book Barter Cafe
6:00 p.m.   :  Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
7.00 p.m.   :  Makan malam di HM Sri Bagan Sepang

Ayuh!!!,  kita mulakan dengan berjogging di awal pagi :
# Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya


Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran anda dan singgahlah ke Taman
Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Di sini, terdapat beberapa trek larian terbaik yang
boleh anda cuba dengan rakan-rakan anda! Juga tidak ketinggalan, persekitaran
yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah pasti akan
memberikan anda satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.

# Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi

Tambahkan tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu
Restoran Adik Abang! Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai makanan
Malaysia yang lazat di mana anda boleh memesan dari menu mereka. Adalah
sangat digalakkan untuk anda mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai
ini. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini
semestinya tempat yang tepat untuk anda!

# Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang



Teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal. Di
sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana anda boleh mengisi
pengetahuan anda mengenai industri sukan permotoran! Lawatan ini merangkumi
lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak
lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa anda
berada di sana.

# Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh



Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak
Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya anda sedang mencari masakan selera
kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang ke sini untuk
mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain daripada kedua-dua menu
tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut anda cuba!

# Ikuti Mangrove Tour

Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X
menawarkan anda dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh anda
lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa anda berlayar
ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung
eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka
tawarkan!

# Melangkah ke Ladang Buah Naga


Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan anda berkunjung ke Ladang
Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali
dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh anda
lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang
tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah
segar!


# Berbelanja di Mitsui Outlet


Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan
satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai
barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan
lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah yang lain. Anda pasti tidak ingin
ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di Pusat
Membeli-belah premium ini!

# Waktu minum di Book Barter Café


Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini
sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe ini menggayakan
konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai,
terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja
persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya
akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony
Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.

# Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya


Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind Square ini!
Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, anda juga boleh
menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness,
Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang
berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda
lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq
yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.

# Makan malam di HM Sri Bagan Sepang

Satu penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam sambil
menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk
pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang. Disini, anda boleh memilih
hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua
menu di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam
dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!

Itulah dia! Sekiranya anda sudah sampai sejauh ini, ianya bermakna anda sudah
membaca kesemua lokasi yang telah kami sertakan dalam jadual perjalanan ini.
Oleh itu, jangan lupa untuk pergi ke Daerah yang menakjubkan di Selangor ini! Tidak
dinafikan lagi, Daerah Sepang ini sudah pasti akan membuat anda kagum kerana
tarikannya yang luar biasa!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di
Selangor.Travel.

Boleh juga Klik di bawah untuk tengok kunjungan k mid ke Sepang pada tahun 2019 :
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

DESTINASI-DESTINASI MENARIK DI SEPANG


Selamat bercuti di dalam negeri,  jom kita semarakkan industri pelancongan negara.

#SplendidSelangor   #TakeMeAnywhere
#PusingSelangorDulu  #TravelWithConfident


Salam sayang,








Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag