Skip to main content

TRIP KE PULAU LINGGA - PART 02

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

K mid sambunglah cerita trip ke Lingga ini ya.....
Malam tadi dah puas joget lambak...tidurpun lena betul ....yalah 6 jam naik feri.

Di mulai pagi hari kedua ini dengan seawal 7 pagi sarapan di Hotel dan bersiap sedia untuk check out...
Pandangan di kawasan depan Hotel
Destinasi pertama hari ini ialah Museum Timah Singkep yang terletak di Jalan Pagoda. Masih lagi di kawasan Dabo ,  belum lagi sampai ke Daik.


Selamat datang ke Museum Timah Singkep

Pulau Singkep dahulunya adalah pulau penghasil timah bermula dari tahun 1950an hingga ke tahun 1990an. Pulau ini juga terkenal satu ketika dahulu sebagai pulau penghasil timah terbesar di Sumatera.  Jadi idea penubuhan Museum timah ini untuk menyimpan dan mempamerkan khazanah bersejarah di masa kejayaan Pulau Singkep sebagai penghasil timah.
Kebanyakan barangan koleksi di Musuem ini adalah pemberian dari masyarakat setempat dan orang awam. Kini dikatakan telah pun mempunyai 637 koleksi peninggalan masa lalu perusahaan timah walaupun Musuem ini baru di rasmikan pembukaannnya pada 25 Mei 2019 yang lalu. Dengan adalah Museum timah ini akan menjadi wadah untuk generasi akan datang tentang Pulau Singkep yang pernah berjaya dalam perusahaan timah.

Pagoda Dabo Singkep
Disebelah Museum timah pula terdapat sebuah Pagoda yang di dalamnya terdapat gerai cenderahati...jadi sambil melawat Museum timah bolelah beli ole-oleh di sini untuk di bawa pulang.

Kain tenun/tekap diorang memang cantik
Ayuh beli ole-ole 😍
Perjalanan seterusnya ke satu lagi destinasi iaitu Pulau Marquez.  Terletak di  Tg Sawang, Desa Singkep Persisir, Dabo Lama.
Acara hari ini adalah melepaskan anak-anak penyu ke pantai kerana di sini ada pusat "Santuary Penyu"
Pantai nie bersih dan cantik,  ada chalet-chalet penginapan juga.

k mid di Pantai Marquez
antara chalet yang terdapat di sini


sebahagian anak-anak penyu yang akan di lepas...semoga semuanya selamat ya
sebelum beredar sempat capture gambar nie...walaupun tak sempat meniti sampai ke hujung sana😅
Tiba masanya ke Pelabuhan untuk ke Daik pula...
Bye..bye Pulau Singkep...hingga jumpa lagi insyaallah

Perjalanan di teruskan dengan menggunakan speedboat selama 30 minit untuk sampai ke Pelabuhan Tanjung Buton, Daik

Pemandangan gunung Daik ini bole di lihat dari pelabuhan Tanjung Buton tapi hari ini tidak bernasib baik kerana gunung daik yang bercabang tiga langsung tidak kelihatan cabangnya... Malu agaknya😃
agak jauh juga kena berjalan di Pelabuhan Tanjung Buton ini

Di Daik iaitu Ibu kota Lingga ini ada beberapa tempat yang sempat kami kunjungi antaranya  :-

* KOMPLEK ISTANA DAMNAH
Istana ini terletak di Kampung Damnah, Kabupaten Lingga.  Di bangunkan pada tahun 1860 masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II.(1857-1883).   Istana Damnah kini yang bole kita lihat  hanyalah beberapa runtuhan tapak, tiang  serta tangga batu sahaja.

Bagi tujuan gambaran sebenar dan sejarah...didirikan  replika yang menyamai Istana Damnah yang bersebelah dengan tapak asal istana dahulu.

Walaupun bukan menyamai 100 % istana sebenar namun rekabentuk dan saiz Replika Istana Damnah ini adalah sama dengan Istana  asal.

Inilah replika Istana Damnah
Balairung seri

Perjalanan kami ke sini yang hampir menjangkau tengahari,  menyebabkan cacing-cacing menjerit kelaparan😂😂 minta perut di isi.  Bagai orang mengantuk di surongkan bantal,  kami dijamu makan tengahari dengan duduk bersila dalam replika Istana Damnah ini
Masuk jer...makanan telah di hidang dan di tutup rapi....apa lagi tunggu...nasib sempat di ambil fotonya..hahaha
Apa lagi teruslah bersantap......
cantik sekali motif ukiran di pintu ini kan...
Di tengah-tengahnya pula terdapat sebuah singgahsana indah...mungkin begini agaknya singgahsana raja-raja melayu  dulu
apa lagi....berposinglah kejap di atas singahsana ini.

* RUMAH TEKAT TUDUNG MANTO HALIMAH
Selesai makan tengahari di Istana Damnah ,  kami pun menuju  kesebuah rumah tekad yang di gelar Rumah Tekat Tudung Manto Halimah.



 Mesti korang nak tahu kenapa di beri nama Halimah tidak pulak Hamidah, Ghasidah dan nama lain-lain yang lebih menarik...hehehe...
Sebenarnya nama Halimah adalah nama isteri datuk bandar yang memberi tanah untuk membangunkan rumah tekad ini.
Dengan adanya rumah tekad ini,  ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi kaum wanita desa dan generasi muda pula bole meneruskan warisan tekad ini.
Tudung manto ini biasa di pakai sebagai selindang diatas kepala
pakai macamnie barulah betul kan???

Mari kita lihat apa itu tudong Manto?


Tudung manto ialah warisan kebudayaan pakaian tradisional masyarakat  melayu dan tidak asing lagi bagi masyarkat Lingga.  Tudung sendiri dalam bahasa melayu bermaksud penutup.  Manto pulak bermaksud tutup kepala.,  jadi Tudong Manto berfungsi sebagai penutup kepala bagi kaum wanita yang sudah bersuami.
Tudong manto biasanya di pakai pada acara tertentu seperti ke majlis2 perkahwinan,  keramaian serta ke majlis2 adat dan budaya. ia juga adalah lambang identiti sipemakainya, juga di gunakan untuk menutup keranda (bahagian kepala) disaat kematian.

Jenis2 bahan yang di perlukan untuk membuat Tudung Manto ini ialah kain sari, benang emas atau perak,  jarum perak dan tembaga.

Dan untuk menghasilkan tudung manto ini teknik tekad di gunakan dan masa yg perlu untuk menghasikan sehelai tudung bole menjangkau selama sebulan mengikut motif  tertentu dan harga juga bergantung kepayahan untuk membuatnya.  Harga sehelai tudung di antara Rp600 - Rp1500.

Kalau berminat boleh berkunjung ke Lingga ini ya...

kalau k mid yang buat tak tahulah bila akan siap...silap2 buat separuh jalan je...


*MASJID JAMI SULTHAN LINGGA


Masjid yang berwrna kuning hijau ini mencerminkan warna khas melayu.

Masjid ini merupakan peninggalan Sultan Melayu Riau Lingga. Merupakan masjid tertua di Lingga. Dibangunkan pada sekitar 1800 masihi semasa pemerintahan Sultan Mahmud III yang merupakan sultan yang memerintah daerah Lingga, Johor dan Pahang pada ketika itu.

Di belakang dan sisi barat majid terdapat makam Sultan mahmud III dan lain-lain kerabat di raja.
Disini kita bole mendapat informasi tentang makam-makam yang terdapat di sini
Makam Sultan Mahmud Syah III


Masjid ini di dirikan dengan tidak menggunakan tiang, sebaliknya masjid ini terdiri dari pilar-pilar yang berjumlah 10  iaitu 4 buah pilar terletak di ruang utama dan enam pilar terletar di serambi masjid.

Pintu masjid ini juga unik dimana pintu dan tingkap masjid juga di ukir cantik menunjukkan betapa seninya masyarakat melayu.

*MUSEUM LINGGAM CAHAYA

Terletak  di Jalan Raja Muhammad Yusof, Daik dan lokasi nya berhampiran dengan Komplek Istana Damnah.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai sejarah kerajaan melayu Lingga,  Museum ini adalah tempat yang sepatutnya di kunjungi kerana ia menghimpunkan pelbagai khazanah kesultanan melayu Riau Lingga merangkumi sejarah asal usul, adat , budaya serta kehidupan masyarakat melayu Riau Lingga.

Museum Lingam Cahaya

Ini adalah pandangan di hadapan Laman Museum....korang rasa  ada apa dalam pasu tue dan kenapa di letakkan di situ?

Menurut catatan ada 5700 koleksi sejarah dan aktifak tersimpan di musuem ini dan sebahagian besarnya adalah pemberian dari masyarakat Lingga sendiri.

Selamat Datang ke Museum Linggam Cahaya
Salasilah Kesultanan Kerajaan Lingga

Sebahagian Koleksi yg ada di sini.

Salah satu koleksi yang menarik di sini ialah,  Tulang Kerangka Gajah Mina.  Bangkai Gajah Mina ini di temui hamyut di salah satu pantai di Daik ini sebulan setelah kejadian Tsunami Acheh.


Generasi akan datang pasti mendapat pengetahuan yang bernilai tentang Sejarah kesultanan melayu Riau Lingga di sini

Pandangan dari Tingkat atas Museum

*AIR TERJUN RESUN

Sesuai dengan nama di beri,  ianya terletak di Desa Resun.  Merupakan salah satu dari belasan air terjun di Pulau Lingga.
.


Dengan kecondongan 45 darjah,  air tidak terus turun kedasar sebaliknya ianya mengalir ke tepi dinding batuannya. Kawasan sekelilingnya pula dipenuhi dengan kehijauan pohonan...membuatkan k mid tak sabar nak berendam di sini .

Kita tidak perlu berjalan jauh setelah turun dari kenderaan untuk sampai ke air terjun ini.
Juga terdapat fasiliti lain seperti toilet dan surau di sini,  jadi ini memudahkan orang ramai untuk datang beriadah di sini.

Wah..bestnya korang berendam kat sini ya...


Tak kan k mid berselfi dan berposing ajekan...
Yeah...dapat juga merasai kenyamanan air terjun resun ini...mandi sampai puas....

 * Hotel Lingga Pesona




Inilah hotel penginapan kami di Daik,  walaupun tidak berbintang-bintang namun hotel ini selesa dan bersih...bolelah merehatkan diri selepas seharian meneroka Kota Daik ini

 Alamat  :  Merawang, Daik Lingga, Kec.Lingga.  Kabupaten Lingga,
Kepulauan Riau , Indonesia


 

 
Dengan kebatasan masa,  dapat juga kami menjelajah dan mengetahui serba sedikit tentang Pulau Lingga ini.  Mungkin juga ada kesempatan yang lain bolelah ke  pantai Batu Berdaun, Pantai Batu Berlubang,Gunung Daik, Pulau Benan, Air Terjun Batu Ampar, Meriam Tegak dan lain-lain.

Dari pengamatan k mid,  Pulau Lingga bole menjadi salah satu destinasi pelancongan yang berjaya dengan menambah baik fasiliti yang ada kerana ia mempunyai banyak tempat-tempat  semulajadi dan pantai-pantai yang indah, cantik dan bersih tambahan pula Gunung Daik telah menjadi terkenal untuk pendakian.

Ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada  Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga Bapak Raja Fahrurazi, Bapak Edi Sutrisno dan semua yang terlibat dalam Program Fam trip ini. Hingga jumpa lagi.

 #PersonaLingga      #WonderfulIndonesia


Salam sayang,


KLIK SINI UNTUK TRIP KE PULAU LINGGA 01

Comments

  1. seronok tgk kak mieda pergi Lingga tu.. tempat yang masih lagi belum ramai yang tahu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak tapi lama benar naik feri..huhuhu

      Delete
  2. such a lovely pulau to visit.. first time heard of this place.. looks great to plan a trip too.. nice nice nice..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya! suka sangat ke muzium. kena masukkan destinasi ni dalam bucket list ni. paling best mandi air terjun la.. tu aktiviti paling disukai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala jalan guna feri dari flight..ok gak

      Delete
  4. Seronoknya dapat pergi jalan-jalan. Dapat tengok tempat orang. Pengalaman yang menarik ni yang mana ramai orang tak tahu tempat ni. Thank you sharing.

    ReplyDelete
  5. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga...bercabang tiga tak Gunung Daik tu..hehe
    dulu kawan jemput buat lawatan ke Pulau Lingga tapi tak berkesempatan...dh ada info ni boleh la kot pergi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung daik tue memang bercabang tiga ...tapi time mid pergi berkabus jadi tak nampaklah cabang nye tapi ramai pelajar malaysia mendaki gunung daik tue

      Delete
  6. Seronok ya bercuti ke sana. Yg best tu semestinya mandi air terjun. Haha dah lama saya tak mandi di Sungai atau air terjun.

    ReplyDelete
  7. Best nya dapat travel. Cantik la kain yang tutup makanan tu. Warna warni betul la fabrik dia kan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman di sana. Kalau tak silap Naim, Lingga ada sejarah di dalam Kesultanan Tanah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya naim..sejarah kesultanan melayu riau lingga..sebb tue budaya dan adat resam sama dengan kita nie

      Delete
  9. Wahhh seronok tengok uoll jalan sana sini. Bilalah turn kita pulak. Harap next year adalah lagi trip cam ni..nak gak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2 ...lepas nie kalau ada peluang kita pergi ramai2...baru best

      Delete
  10. wah bestnya makan dalam Istana Damnah tu! Makanannya nampak sedap. Duduk bersila makan di bawah aduh nikmat :)

    ReplyDelete
  11. Banyak juga ye tempat menarik di sana. Tak pernah terlintas ada tmpt menarik mcm ni dkt sana. Jauh dari kesibokan bandar tu . Tenang je hati tgk semulajadi ni

    ReplyDelete
  12. Seronok nya dapat melawat tempat bersejarah di lingga ni....dpt plak belajar kebudyaan mereka disana...makanan tradisional pula di hidangkan....lepas kenyang makan boleh ke air terjun bagi mengisi masa lapang....thanks for sharing...boleh juga masuk dlm list tempat kami sekeluarga nk bercuti nanti..

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dapat merantau tempat orang, teringin sangat nak pergi. Thank you sebab share experience. Tak dapat pergi at least dapat tengok gambar.

    ReplyDelete
  14. Pulau lingga ni belah mana kak? Rasa mcm tak pernah dengar lgi.. Tpi cantik lahh.. Suka tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulau lingga di kepulauan riau...4 jam naik feri dari Batam

      Delete
  15. seronoknya!! awa tak pernah sampai lagi ke sini.. cantik la... dah macam kembali ke zaman silam pulak rrasanya...

    ReplyDelete
  16. Bestnya !! Seronok tengok entri2 travel mcm nie. Rasa mcm kita turut sama2 ada dekat sana. Teringin pulak nak jejakkan kaki ke sana sendiri. Best ! Nanti boleh rujuk entri nie utk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada famtrip lagi bolelah kita gi ramai2...best kalau pergi dengan member2

      Delete
  17. best tengok sisi pergi jalan-jalan ni..gamabr tu kalau besarkan lagi mesti lagis eronok tengok ni..kita tak pernh pergi lagi jalan-jalan macam ni..hope ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti insyallah....okay..nanti k mid besarkan gambar ya...thanks

      Delete
  18. bestnya kak. insyaAllah kalau berpeluang ke sini, boleh tengok blog akak untuk buat rujukan.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, saya pun dah sampai ke pulau lingga ni. kat sini dapat saksikan sendiri dimana dan bagaimana sebenarnya gunung daik yang diperkatakan dalam pantun melayu lama tu.

    ReplyDelete
  20. Menarik hasil karya kraftangan dan budaya orang kan :) Hopefully akan dapat lagi bercuti kat Indonesia sambil melawat saudara mara kat sana :)

    ReplyDelete
  21. Wah cantik juga pulau lingga ni.Belum sampai kesana lagi tapi nampak banyak tempat menarik untuk dilawati.

    ReplyDelete
  22. Pulau Lingga lia tak pernah sampai lagi. Tapi boleh je masukkan dalam list travel ke Indonesia. Nak lawat tempat menarik di sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag