Skip to main content

TRIP KE PULAU LINGGA - PART 01

Assalamulaikum semua

Tanggal 26 - 28 Jun 2019,k mid dan rakan-rakan blogger yg lain berpeluang mengikuti Fam Trip bersama Travel Agent dan Media ke Pulau Lingga.

Pulau Lingga?? Tak semua orang tahu di mana Pulau Lingga nie terletak...terus terang k mid sendiri pun tak tahu sebelum ini...bila dapat peluang untuk pergi ke sini barulah k mid sibuk mengkaji dan cari pakcik google.

Lingga adalah salah satu Kabupaten atau kota di Provinsi Kepulauan Riau. Indonesia.   Terletak di selatan kepulauan Riau dan di timur Pulau Sumatera. Kabupaten Lingga terdiri dari 531 buah pulau besar dan kecil yang masing-masing sangat berpotensi sebagai destinasi pelancongan.  Ibu kotanya pula adalah Daik .  Lingga mendapat jolokan Bunda Tanah Melayu.

Jadi,   yang belajar sejarah ketika di sekolah dulu pasti teringat tentang kerajaan melayu yang pernah di sebut iaitu Kesultanan Melayu Riau Lingga. Kota Daik, pernah menjadi Negara Kesultanan Johor -Pahang-Riau-Lingga Istana Damnah,  makam-makam sultan , Museum Linggam Cahaya adalah bukti-bukti peninggalan sejarah di Pulau Lingga.

Bagaimana nak ke sini ?
Pengangkutan jalan laut adalah satu-satunya pengangkutan untuk ke pulau Lingga ini. Mari ikuti perjalanan k mid dan rakan-rakan yang lain dari Kuala Lumpur ke Pulau Lingga ini.

pukul 12 mlm dah berada di Terminal TBS menunggu bas untuk ke Terminal Larkin Johor Bharu

Perjalanan k mid dan rakan-rakan dari Kuala Lumpur  bermula dengan mengambil bas dari TBS jam 1 pagi untuk ke Terminal bas Larkin Johor Bharu.  Kami sampai jam 5 pagi di Terminal Larkin dan terus mengambil Grab untuk ke Stulang Laut . Dari Stulang Laut ini kami  menaiki Feri ke Batam. Kenapa kali ini kami menaiki Feri di Stulang laut tidak dari Terminal Feri Puteri Habour.?  ini adalah kerana kami mengejar masa... Feri di Stulang laut beroperasi seawal 7.30 pagi untuk Feri pertama sedangkan di Puteri Habour 8.30 pagi adalah perjalanan mula Feri pertamanya. Jadi kalau menaiki Feri dari Puteri Habour takut tak sempat untuk mengejar Feri di Pelabuhan Telaga Punggur pulak.

Bersama teman-teman dari Kuala Lumpur
Perjalanan Feri awal pagi ditemani pemandangan matahari terbit yang indah.....

Perjalanan ke Batam mengambil masa kira-kira 2 jam dan kami sampai ke Batam kira-kira pukul 8.30 pagi waktu Batam.  Wakil dari Kepri Pak Edi Sutrisno  telah sedia menanti kedatangan kami dan seterusnya kami di bawa menaiki bas kira-kira 30 minit ke Pelabuhan Telaga Punggur iaitu Terminal Feri untuk ke pelabuhan Jagoh, Dabo Singkep.

Pemandangan Pelabuhan Telaga Punggur Batam

Jam 10 pagi,  kami sudah memasuki Feri untuk ke Pelabuhan Jagoh, Dabo Singkep dan perjalanan kami akan mengambil masa kira-kira 4 jam.

Setibanya di Pelabuhan Jagoh, Dabo Singkep.....segala kepenatan  berada lama  didalam  Feri hilang bilamana di sambut penuh adat istiadat melayu dan penuh kemesraan. 


Para tetamu disambut dengan paluan kompang dan gendang serta pencak silat, manakala tetamu kehormat disarungkan tanjak sebagai tanda penghargaan
Seterusnya, untuk acara hari pertama ini,  kami di bawa ke sebuah lokasi Pemandian Air Panas .  Terletak di Dusun II Desa Berindat,  Kecamatan Singkep  Kabupaten Lingga iaitu lebih kurang 3km dari pusat kota dan jika dari Pelabuhan Jagoh mengambil masa 30 minit pemanduan.  Di buka dari Jam 5 pagi hingga jam 11 malam.


Ada 3 kolam air panas tersedia di sini dengan setiap kolam memiliki suhu yang berbeza-beza tahap kepanasannya,  juga tersedia kolam pemandian untuk kanak-kanak. Air panas yang terdapat di sini adalh berasal dari sumber mata air  belerang asli jadi amat bermanafaat yntuk mengubati pelbagai penyakit kulit  dan untuk menyegarkan badan. Agak unik ya...daerah Dabo Singkep ini tak mempunyai  gunung berapi  namun ada air panas  dari belerang.  hebat kan???

Antara fasiliti2 yang terdapat di sini seperti bilik mandi untuk bilas dan menukar pakaian, surau, kantin dan gazebo-gazebo untuk kita duduk beristirehat.   Juga di sediakan homestay  untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.

Seronoknye berendam di kala badan-badan lenguh-lenguh

Bapak pengelola Wisata Pemandian Air Panas sedang memberi penerangan


k mid pun tak lepaskan peluang merendam kami ..almaklumlah seharian berjalan...hahaha

Begitulah  hari pertama kami di Kapubaten Lingga....kepenatan di perjalanan di isi dengan pemandian di Kolam Air Panas,  dihidang dengan kueh-mueh yang enak dan air kopi hangat😀

😋😋

Seterusnya kami ke tempat penginapan kami iaitu One Hotel Dabo Singkep.



Alamat  :  Dabo Lama, Singkep,  Lingga Regency, Riau Island
 Tel   : + 62 821 7317 2362
Malam pula kami di jamu dan di raikan dengan dengan majlis makan malam.



Majlis berlangsung dengan meriah sekali dengan di sajikan makanan masakan kampung serta dendangan Kugiran yang mengalunkan irama Melayu Asli dan Dondang Sayang.
kugiran yang menghiburkan para tetamu

Upacara perasmian yang penuh dengan adat dan budaya melayu
Trip kali ini menyaksikan beberapa MOU di tandatangani di antara Travel2 Agent dan Wakil Pelancongan Tempatan.  Di harap ianya menjadi pemangkin untuk memperkenal Kabupaten Lingga dan penduduknya mendapat menafaat dengan menjana ekonomi di bidang Pelancongan.








Begitulah hari pertama di Lingga,  walaupun penat seharian di perjalanan namun keindahan pulau ini membuat kita lupa sejenak....................






Good nite for Day 01,  esok kami akan ke Daik pula......

Salam sayang,



KLIK SINI UNTUK TRIP KE PULAU LINGGA PART 02

Comments

  1. Tak sabar nak tunggu part 2 pulak...

    ReplyDelete
  2. Sabar2..tengah cuba siapkan nie ..hahaha

    ReplyDelete
  3. wahh.. nampak sgt meriah dan bayk aktiviti...part 2 please

    ReplyDelete
  4. Marsha pernah dengar tentang kepulauan Lingga ni tapi memang tak pernah tengok lagi. Cantiknya view kat sana. Harap satu hari nanti Marsha sampai juga kat sana. Best best aktiviti FAM trip ni kan kak. Best tengok semua enjoyy

    ReplyDelete
  5. Menarik.
    Aida ada bc entri yg sama dari blogger lain jugak.
    Syok lah dpt join aktiviti gini.
    Melancong. Tgk tempat org :)
    Aida lom pernah sampai Batam lg. In shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ada kesempatan cubalah gi batam dan lingga nie

      Delete
  6. wah bestnya.. teringat pula masa belajar sejarah dulu.. kepulauan riau -lingga.. tak sabar nak baca part seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada sambungan ..jangan lupa baca tau

      Delete
  7. Siap ada paluan kompang dan silat lagi.terbaikk.

    Seronok pula tengok mereka berendam dalam air panas tu.

    Jadinya 2x lah ya akak naik feri.

    Ruby tak pernah sampai ke sini. Adik ipar adalah dari batam ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..2x naik feri...trylah pergi...dah x jauh dari batam

      Delete
  8. bestnya dapat join trip ni..seronok tengok..kalaunad pun mesti google juga bila dapat pergi..hahaa..kita lagila tak pernh travel tempat orang..kalau dpt pergi bestnyaa

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat jalan2 tempat macam ni. Selalu
    Dengar pasal batam tapi x pernah pergi lagi. Hope one day blh datang ke sini

    ReplyDelete
  10. bestnya Kak Mieda pergi ke Pulau Lingga. first time dengar nama tempat nie. banyak rupanya tarikan dekat sini. okay boleh start planning bercuti ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2...next time ada trip lagi ...bole cuba pergi

      Delete
  11. Penceritaan yg bagus kak mid. Syu yang membaca ni toksah duk cakap lah. Perasaan ni punyaa teruja rasa nak pi Pulau Lingga la ni jugak

    ReplyDelete
  12. first time dengar pulau lingga. menarik juga tempat ni. sbb memang suka tmpat yg hidangkan kita dengan budaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k mid dulu pun tak tau pulau lingga kat mana..situ asalnya gunung daik bercabang tiga

      Delete
  13. Nice Famtrip, air kolam panas memang ada unsur ubat-ubatan ni, bagus untuk kesihatan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya2..air panas semulajadi tapi tak bau sulfur

      Delete
  14. wah.. TB baru kali ni dengar nama Pulau Lingga ni.. almakulmlah jarang travel.. tapi mesti syok kalau sampai sini kan.. ada macam-macam aktiviti dan pengalamana menarik boleh dirasai.. dapat lawat tempat2 penting kat sini pun satu kelebihna..

    ReplyDelete
  15. Pulau Linga sounds awesome. But I haven’t been there. Btw, your photography are awesome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear...pulau lingga is a nice place to visit

      Delete
  16. best nyaaaaaaaa !! atie teringin nak travel ke luar tapi jadual anak-anak tak menentu.. huu~ nanti semua dah okay baru lah boleh rujuk entri akak ni.. atie tunggu sambungan !!

    ReplyDelete
  17. Pernah dengar pasal kepulauan lingga. Teringin nak pegi gak one day.

    ReplyDelete
  18. ada rezeki nanti...bole pergi..kos tak mahal sangat

    ReplyDelete
  19. Wow that is really a grand arrival right with kompang and all that. The price seems affordable too. Will love to visit the place.

    ReplyDelete
  20. Bila nak pergi lg bolehlah sy join, minta sgt nk kesana.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag