Skip to main content

JELAJAH SEPANG DENGAN BUS SELANGOR HOP ON HOP OFF (HOHO SELANGOR)

Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru Kak Mied dan rakan Media berkesempatan menaiki Selangor Hop On Hop Off bas( HoHo Selangor) ketika mengikuti program FamTrip : Exploring Sepang with Selangor Hop On Hop Off Bus.

Bagi yang masih belum tahu,  Hoho Selangor ialah bas perkhidmatan Pelancongan yang disediakan  oleh Kerajaan Selangor bagi mengalakkan kemasukkan pelancong ke negeri Selangor.

Buat masa sekarang ada dua laluan yang di sediakan iaitu Laluan Cyberjaya dan Laluan Sepang.
Untuk melihat jadual bas serta tempahan boleh ke website :

Untuk Famtrip kali ini,  kami berpeluang untuk mengikuti Laluan Sepang.

Seawal  9:00 pagi, kak mied bersama rakan Media yang lain telah tiba di Stesyen MRT Cyberjaya City Centre untuk di jemput oleh  Hoho Bas ke Tamarind Square bagi menikmati sarapan pagi.

Menikmati Sarapan di Pekan Ipoh Kopitiam, Tamarind Square, Cyberjaya

Selesai sarapan, Bas Hoho terus membawa kami menjelajah ke beberapa destinasi menarik di Daerah Sepang.

Destinasi #1
Bandar Baru Salak Tinggi ( BBST) Street Mural Art
📍Jalan ST 1/2, Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor



Sangat Menarik lukisan mural yang terdapat di sini,  menekankan elemen budaya dan cara hidup berbilang kaum.
Antara Lukisan Mural yg terdapat disini :
  • Mural Litar Antarabangsa Sepang
  • Jeti Penambang Sungai Pelek
  • Kampung Orang Asli Bukit Bangkong
  • Bangkuris Homestay
  • Kapal Korek Dengkil 
Destinasi #2
HL Dragon Fruit Eco Farm
📍Lot 7608, Jalan Besar, Batu 1
43900  Sepang, Selangor
Tel : 011 35287687


Antara menu yang terdapat di HL Cafe iaitu Nasi lemak Buah Naga, Bun kari Buah Naga dan Jus Buah Naga

Di HL Dragon Fruit Eco Farm ini kita boleh menikmati menu-menu makanan berasaskan buah naga selain daripada itu kita boleh melawat ladang buah naga serta mendapat penerangan mengenai penanaman buah naga.

Terdapat pula Replika Buah Naga terbesar dan telah diiktiraf sebagai struktur buah Naga terbesar di Malaysia dan di catat dalam Malaysia Book Of Record 

Destinasi #3
Jeti Sirip Biru
📍Jalan Kijeng, Kampung Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek
Selangor
Tel : 019 2060443 (Bro Zac)
017 6013345 (River Cruise)
013 2119060 (Umpan)
010 6107777 (Rumah Rakit)


Jeti ini terletak di Jalan Kijeng, Kampung Bagan Lalang,  Sungai Pelek.  
Antara aktiviti yang ditawarkan disini ialah bermalam di Rumah Rakit,  Sewa Bot Memancing Laut Dalam, Sewa Bot Pandu Sendiri, Team Building, Makan Tiram dan River Cruise.

Destinasi #4
Avani Sepang Goldcoast Resort
📍67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kampung Bagan Lalang, Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek, Selangor


Merupakan sebuah resort di atas air yang mempunyai 315 unit bilik/villa.
Resort 5 bintang ini menawarkan percutian menarik  dengan pelbagai fasiliti di sediakan.

Destinasi #5
Kedai Kopi Chop Guan Kee
📍355, Jalan Kampung Baru,
Kampung Baru Sungai Pelek,
43950 Sungai Pelek, Selangor
Tel : 017 2345232


Kedai kopi unik ini terletak di Kampung Baru, Sungai Pelek.  Ianya adalah rumah lama berstruktur kayu yang telah diubahsuai menjadi kedai kopi yang menarik.
Mempunyai sejarah yang unik,  bermula dari tahun 1943, apabila Teoh Hoh Hwa  berhijrah dari China mula memproses dan menjual kopi.
Bermula dari  situlah, kemudian turun temurun keluarga Teoh menjalankan perniagaan kopi.

Antara kopi yang menarik di sini ialah Kopi Susu Tradisional Nanyang, kopi santan dan kopi buah Naga 

Rasai kelainan bercuti dengan ronda-ronda bersama Hoho Selangor

Nak Bercuti ????
PUSING SELANGOR DULU

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...