Skip to main content

Persediaan / Tips sebelum Travel ke Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua...

Hari nie nak kongsikan serba sikit tips yang mungkin boleh memberi manafaat kepada orang lain manalah tahu ada orang yang baca kat blog aku nie. Biasanya,  sebelum travel ke mana-mana aku buatlah sikit research atau google2 tempat tue...dari situ bolehlah agak-agak tentang budget yang perlu ada.  Bagi yang travel berseorangan atau pada yang terlebih loaded mungkin tak perlu buat canggini kan tapi aku nie nak travel anak beranak jadi terpaksalah buat persediaan dari awal...

Ok...sekarang nie aku tengah sibuk research dan google tentang Ho Chi Minh..nak travel bulan Disember nie lah ya....kenalah cari info serba sikit tentang Ho Chi Minh...lagipun aku bukan pergi ikut package...aku pergi sendiri... Ramai kawan-kawan cakap...engkau bolehlah selalu travel sebab engkau mampu........sebenarnya aku selalu travel pun secara budget je,  lagi pun banyak tempat-tempat kat luar negeri tue aku tak sampai lagi....tempat-tempat matawang dia murah macam Indon tue selalulah aku pergi.

Kat sini aku buatlah beberapa tips :-

1. Penerbangan

Seperti yang sedia maklum...aku nie budget traveller...nak travel pun kali nie dengan famili mestilah nak guna duet lebih sikitkan...nak beli tiket kapal terbang pun untuk lima orang bukan nye untuk sorang jadi buat masa nie penerbangan yang sesuai bagi aku dan keluarga aku ialah AirAsialah....itupun aku booking masa AA buat promo murah atau free seat,  selalunya 6 hingga 8 bulan awal.  Kalau tiba-tiba tak jadi travel pun taklah rasa kecewa sangat sebab tiket yang burn tue taklah mahal sangat. "NOW EVERYONE CAN FLY" sesuai sangat bagi aku...huhuhu...

2. Penginapan

Nie pun perlu kita titikberatkan.  Kalau guna package tentulah kita tak perlu risau semuanya sebab dah ada orang uruskan. Lagi pulak bulan Disember waktu cuti sekolah.... pandai-pandai gi tanpa booking hotel tiba2 semua hotel fully booked takkan merana di buatnya.....Bookinglah awal-awal melalui Booking.com ke,  Agoda.com ke, AsiaRooms.com ke dan dll.... so aku dah booking hotel melalui Booking.com...

3. Itenary

Sebelum travel aku biasanya buatlah itenary ....bukan apa?? kan senang kita ikut je itenary kita...dari situ kita tahulah nak melawat mana,  budget berapa...so bolehlah agak2berapa duet kita nak keluar.....betul tak???

4. Tukaran Wang

Aku selalunya survey dulu tempat nak tukar duet.  Yang mana tinggi sekali kat situlah aku tukar...Kat KL nie tempat paling ok sekali rasanya kat Jln Masjid India...banyak pengurup wang yang lumba-lumba tawarkan rate diorang....jadi tukarlah siap-siap ye...
 
5.  Pengangkutan/transportation

Nie lagi satu....ramai sangat blogger cakap hati-hati dengan pemandu taxi dan penarik beca kat Ho Chi Minh..diorang nie rajin dok pekena orang..lebih2 lagi pada pelancung asing macam kita...depa ingat orang Malaysia nie kaya sangat kot....
Ramai blogger yang suggest naik taxi Vinasun atau taxi bermeter...tapi klu rasa-rasa nya jimat lagi naik bas aje lah...naik bas NO 152 katanya.. insyaallah nanti ku cuba...hahahha...



6. Makanan

Bab nie...mr hubby dan anak2 memang tak suka kalau aku berjimat tapi yalah...bukannya kita nak angkut beras, susu ke, gula ke pergi sana...cuma kita bawalah..maggi ke...Milo 3 in 1, biskut atau coklat buat kudapan..itu je...sebab ramai cakap makanan halal sangat mahal kat Ho Chi Minh...breakfast pagi je sorang mesti sampai RM15...jadi tak salah kan bawa sikit-sikit .....

7. Membeli belah/Shopping

Aku nie bukanlah kaki shopping tapi orang cakap Ho Chi Minh nie syurga membeli belah bagi orang Malaysia jadi manalah tahu aku akan terjerumus sekali....perempuankan memang canggitu..........banyak nafsu nafsinye...jadi survey2lah mana-mana tempat yang paling murah untuk beli kain ke atau serveniour ke................

8. Luagage

Jangan lupa beli luagage...boleh agakkan berapa kg nak beli...rasa-rasa nak shopping sakan belilah 40kg...beli awal-awal jadi taklah kelam kabut nanti..


Apa lagi nak tambah ye???? Kalau semua dah siap bolehlah travel dengan tenang..selalunya aku nie excited lebih...seminggu sebelum travel aku dah siap-siap packed barang...biarlah...aku memang tak suka kelam kabut nanti banyak barang aku lupa.....

Itulah serba-sikit my preparation sebelum ke Ho Chi Minh atau kemana-mana pun....tak sabar rasanya nak bercuti.....Ok...BYE...BYE..


Ho Chi Minh...tunggu ye aku datang...huhuhu (sumber google)




With Love

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag