Skip to main content

Travelogue Escape 2.0 : Putrajaya 2018 - Tempat-tempat menarik boleh di lawati di Putrajaya (Part 2)

Assalamulaikum.  Terima kasih pada yang sudi membaca blog nie...

Hari ke 2 (14 Julai) Travelogue Escape 2.0 di teruskan.......

Seawal 7 pagi,  kami dah bersiap2 untuk check out.  Mula-mula breakfast dulu kt B's All Day Dining @ Pullman Putrajaya Lakeside. 
Kredit pic  : Pullman Putrajaya
Pelbagai juadah di sediakan dan rasanya tidak mengecewakan

Bila perut dah kenyang.....hati pun senang....ayuh kita meneroka Putrajaya....

Dimulakan dengan sessi bergambar di Pullman Lakeside Putrajaya,,,,penaja penginapan kami.

Bas Ho Ho telah sedia menanti,  semestinya hari nie lebih menarik lagi

 Lokasi Pertama  : Dataran Putra
Dataran Putra adalah sebuah dataran  terletak berhadapan Perdana Putra dan Masjid Putra.
Dataran ini selalu di gunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan.  Menjadi tempat untuk orang ramai bersantai terutama  pada malam minggu dan   kanak2 bermain basikal, kereta mainan dan rollerskate

Pandangan Perdana Putra di waktu malam

Sign " 1 love putrajaya" yang di letak  di dataran putra  telah menarik ramai pengunjung untuk bergambar di sini

Lokasi Kedua  :  Masjid Putra (juga di kenali sebagai Masjid Pink)
Masjid utama di Putrajaya,  menjadi mercutanda Putrajaya.
Terletak bersebelahan dengan Perdana Putra iaitu Komplek Pejabat Perdana Menteri dan di belakangnya menghadap Tasik Putrajaya



* one of Principal mosque in Putrajaya
* named after 1st. Malaysia Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
* one of Putrajaya Popular Landmarks
* Built 1997 - complete 1999
* can accomodate 15,000 warshippers at one time
* Architure - Modern/islamic/moorish
(sumber : Tg note)


Bergambar di Dataran Putra berlatar belakangkan Masjid Putra
Lokasi ketiga   :  Perdana Putra
Perdana Putra merupakan komplek/bangunan pejabat Perdana Menteri.  Dengan kubah berbentuk bebawang  dan di kelilingi dengan 4 buah kubah yang lebih kecil membentuk mercu tanda Putrajaya.


*Perdana Putra is the Prime minister's Department Complex
*A six storey building comprising the main block and flanked by the east and west wing
*The design of Perdana Putra Complex incorporates elements of islamic-Mogul architecture.
(sumber : Tg note)

Lokasi ke 4 : Taman Wetland Putrajaya

Taman Wetland Putrajaya merupakan taman buatan manusia yang pertama di Malaysia serta antara kawasan tanah lembap yang terbesar di rantau ini.
Peranan utama taman ini,  umpama buah pinggang manusia iaitu merawat dan menapis pelbagai bahan enap cemar dan tosik yang di salirkan dari sungai2 berhampiran secara semulajadi sebelum memasuki Tasik Putrajaya


pic  : google
*water filter for Putrajaya
*largest constructed freshwater wetlands in the tropics
*1st. man made wetlang in Malaysia
*covering a total area of 187 hectar (consists of wetland Park & lake recreation centre)
*the waterland park has an 18 metre look-out tower,  plant nursery, nature trails, flamingo pond and nature intrepretive centre.
*the lake recreation centre as a centre for water recreation activity suitable for boat fishing,  boating & cenoeing.
*the lake also serves as a habitat for a variety of local fish species.
(sumber  : Tg note)


Aktiviti2 yang bole dilakukan di sini :

- bersantai bersama keluarga dengan berbasikal / menaiki tram dan buggy
- melihat Flamingo di kolam Flamingo
- melihat 'Bird feeding" di Tasik angsa ( time  : 11 pagi dan 4 petang setiap hari)
- berkhemah
- bole menambah ilmu pengetahuan tentang betapa penting wetlands dan alam sekitar di NIC iaitu     Pusat Penghayatan Alam


Kawasan Kolam Flamingo

Para Media berpeluang menaiki basikal dan Tram


 beberapa jenis spesis burung dan angsa yang berlain dapat di lihat di sini

Lokasi ke lima :  Taman Cabaran Putrajaya

Terletak di presint 5,  dengan kedudukan yang agak tersorok,  namun bukanlah penghalang pagi pengemar sukan indoor seperti sukan wall climbing, skateboard, basikal BMX dan roller blade untuk ke sini


Ada beberapa jenis dinding,  klu yang beginner bole mulakan dengan yang mudah dahulu,  lepas tue bolelah mencuba pada dinding yang lebih sukar ada yang tinggi beberapa tingkat yang memerlukan tali
Skate Park

Taman ini direkabentuk untuk membolehkan pemain beraksi pelbagai gaya dan mencabar

Bayaran masuk  : percuma

Waktu operasi  :

Isnin  - Khamis  :  10 pagi - 7 petang

Jumaat  - Ahad  :  10 pagi - 11 mlm


Juga terdapat basikal trail di sini,  dan laluan ini di buka hingga 7 petang sahaja

Bagi yang tiada peralatan seperti basikal dan kasut roda,  jangan risau... anda bole menyewanya di sini.  Harga bergantung kepada jenis peralatan dan jam penggunaannya.


sessi bergambar para media....kami telah mencubanya!!!!
k mid letakkan map disini.....silalah datang ya...

seterusnya kami ke lokasi yang ke enam

Taman  Ekuestrian Putrajaya

Taman Ekuestrian Putrajaya ini terletak di Precint 5.  Taman ini di iktiraf sebagai padang ekuestrian
terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.  Menawarkan pelbagai aktiviti berkuda di sini dan taman ekuestrian ini pernah menjadi tempat bagi acara ekuestrian pada kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Pihak Taman Ekuestrian menyediakan kemudahan stable dan tempat penginapan bagi kuda2 persendirian  dan bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman berkuda disediakan pakej joyride dengan harga berpatutan.  Turut di adakan kelas untuk menunggang kuda bagi yang sukakan aktiviti berkuda.


Apa2 pun k mid tak lepaskan peluang menunggang kuda ...hehehe

Dapatlah juga bermesra-mesra dengan si kuda........


Berminat dengan aktiviti di sini bolelah hubungi :

Taman Ekuestrian Putrajaya
Precint 5,  622000 Putrajaya

Tel   :  603 -  80008902
Fax  :  603 - 88888699
email  : enquiry@tep.my


Hari pun beransur petang...klu ikutkan 2 hari menjelajah Putrajaya nie pun belum cukup untuk ke semua taman-taman yang ada di sini.   Seterusnya kami nak cuba pula menaiki balon udara di
Skyride Festivals Park

Marilah kita merasai pengalaman menaiki balon udara.  Balon ini akan naik 150 m ke udara dan kita bole melihat pemandangan Putrajaya dari udara.

Waktu Operasi  :

Ahad hingga Khamis  :  10 pagi hingga 10 malam
Jumaat dan Sabtu        :  10 pagi hingga 12 tengah malam

Balon Udara :

dewasa RM45      Kanak2 RM35  ( My card)

dewasa RM73      Kanak-kanak RM65  (non - Malaysian)


Nak lebih detail bole call infoline  : 603- 8893 0185




Wajah2 happy dapat naik Balon udara





Sebelum menaiki belum udara nie,   kami ke Skywarrior Rainforest Challenge yang terletak berhampiran. Anda bole mencuba dan menguji kehebatan dan daya fizikal anda di sini

antara satu cabaran yang perlu di lalui bagi menguji anda di sini

Paling senang kat sini ialah mengangkat bebanan ini....malang sekali beban nie pun tak terangkat oleh kak mid

Rasa2nya dah sehari suntuk kami menjelajah di Putrajaya untuk Program Travelogue Escape 2.0 ini ...masih banyak tempat belum di cover lagi....jadi apakata masing-masing bila ada kelapangan datang bersama family untuk beriadah di sini.

K mid senarai kan semua taman-taman yang ada di Putrajaya nie...semuanya ada tarikan masing-masing

*  Taman saujana hijau
*  Taman Wetlands
*  Taman Botani
*  Taman Putra Perdana
*  Taman Rimba Alam
*  Taman Warisan Pertanian
* Taman Wawasan
* Taman Pancarona
* The China- Malaysia Friendship Garden
* Taman Ekuestrian
* Taman Cabaran
* Taman Selatan

dari Segi Jambatan2 yang cantik pula :
* Seri Perdana Bridge
* Putra Bridge
* Seri Bakti Bridge
* Seri Wawasan Bridge
* Seri Bestari Bridge
* Seri Setia Bridge
* Seri Saujana Bridge
* Seri Gemilang Bridge

So apa lagi di tunggu...jom kita beriadah dan bersantai2 di Putrajaya............

#discoverputrajaya           #putrajayadekatje 

Terima kasih kepada Santai Travel,  Perbadanan Putrajaya, Hotel Pullman Lake side,   Hop On Hop Off bus dan lain-lain agensi yang terlibat. Hingga jumpa lagi


Salam sayang,



Klik Disini untuk :  Travelogue Putrajaya Day 01

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag