Skip to main content

Tarikan pelancongan terbaru di Melaka - TEATER ENCORE MELAKA

Alhamdulillah.
Baru-baru nie,  kak mid berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukan teater di Melaka.  Kak mid suka jugak menonton teater terutama nye teater Mak Cun...selalunya di istana Budaya jer...itupun anak-anak yang selalu belanja...........hehehe... cerita macam selalu sangat tengok teater...hahaha....

Tetapi.....yang ini berlainan.....
Kak mid berpeluang menonton baru-baru  ini nie adalah Teater Encore Melaka iaitu  teater yang bertaraf dunia dan mengambil masa selama 70 minit masa persembahannya, Diarahkan oleh pengarah teater terkenal dari China,  Wang Chaoge.

K.mid dan geng2 media yang dapat menonton baru-baru ini

Pandangan teater di siang hari
Struktur bangunan Encore Melaka ini  berkonsep moden,  menggunakan porselin putih dan biru sebagai hiasan luar .

Pintu masuk pengunjung ke teater di lengkapi dengan kanopi organik

Ini pula pandangan malam
Encore Melaka merupakan sebuah pentas  teater terbesar di Asia yang bole menempatkan lebih 2,000 penonton dalam satu sesi pementasan.  Memiliki platform yang unik dengan berputar 360 darjah.


Teater Encore Melaka  menampilkan projeksi video yg inovatif dan mengagumkan serta  set pentas hidraulik bertingkat dengan pencahayaan dan teknik akustik termaju


photo by : wanista.com



Pertunjukan ini akan mengimbas kembali kisah yang semakin dilupai, iaitu cerita pelayar,  legasi diplomatik Zheng he,  penempatan orang asli serta pertembungan budaya seperti Baba Nyonya,
Penonton akan dibawa menerusi pelbagai era dalam persembahan yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Mandarin.

Ada 7 scene yang di persembahkan  dan menggunakan lakonan dari 200 pelakon tempatan.

Scene 1 :Pameswara
Kisah bagaimana Pareswara membuka Melaka  dan bagaimana Melaka mendapat namanya

Seene 2 : Cheng Ho
Kedatangan laksamana Cheng Ho ke Melaka .  Kisah bermulanya kemujudan Baba-Nyonya dalam masyarakat Melaka

Scene 3  :   Nyonya & Wedding
Kisah perkahwinan Baba Ah Jie dan Nyonya Ah Lan...mereka masih lagi hidup...bole berjumpa mereka jika berkunjung ke Jonker Street.


Scene 4 : Six Mothers
Kisah 6 ibu yang menjaga seorang bayi yang hanyut....menggambarkan kehormanian dari pelbagai kaum di Melaka

Scene 5  :  Pregnant Mother
Kisah menceritakan keturunan yang lahir di Melaka,   warisan turun termurun

Scene 6 : Wau
 Melaka mendapat pengikthiran Unesco World Heritage bukan saje kerana bangunan2 lama tapi juga kepandaian dari kerja pengukiran.  Warisan budaya turun temurun ini yang membawa Melaka menjadi bandar bersejarah.

Scene 7  : Finale
Pengakhiran penceritaan dengan penuh penghayatan  oleh para pelakon dan ucapan selamat jalan kepada penonton.



So,  k mid sudah menontonnya....apa lah salah luangkan masa,,  sambil jalan- jalan di Melaka keluarkan sedikit wang bagi menyaksikan teater bertaraf dunia ini...anda pasti merasai kelainannya.


Alamat  : No. 1,  Jalan KSB, Impression 8,  Impression City @ kota Syahbandar
                75200 Melaka ( 3.5 km dari Jonker Walk)

Harga  dan masa persembahan   : seperti di bawah





#visitmelaka
#encoremelaka
#tourismmalaysia
#malaysiatrulyasia


Salam sayang,


Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan