Skip to main content

Travelogue Escape 2.0 Putrajaya 2018 - Tempat-tempat menarik boleh dilawati di Putrajaya

Assalamuaikum

Ada apa di Putrajaya??  Itulah persoalan yang selalu bermain di minda kita kan.  Sebabnya ramai yang datang ke sini untuk berurusan rasmi di Pejabat-pejabat kerajaan dan hanya beranggapan Putrajaya hanyalah sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Sedikit info mengenai Putrajaya  :
Putrajaya merupakan bandar terancang dan di bina sebagai pusat pentabiran persekutuan kerajaan Malaysia mengantikan  Kuala Lumpur.

Terletak 25km di selatan Kuala Lumpur,  merupakan sebuah bandaraya Futuristik dan berkonsep Garden City.  Dari sebuah tempat terpencil di kenali dengan nama Prang Besar di daerah Sepang,   kawasan ini melonjak membangun kemudiannya dengan nama Putrajaya.

Dinamakan sempena nama Perdana menteri Malaysia yang pertama "Tunku Abdul Rahman Putra".  "Putra" bererti putera atau anak lelaki.  "Jaya" pula  bererti kejayaan.

Selain dari Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Putrajaya  mempunyai  banyak taman-taman serta tempat-tempat menarik yang bole  mengamit kehadiran pelancongan dari luar dan dalam negeri.

Pada tangal 13 & 14 Julai baru-baru ini,   pihak Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Santai Travel sekali lagi membawa wakil media utama dari  Malaysia,Indonesia,Jepun,  Filipina, Taiwan dan France  untuk menyertai Explorasi Putrajaya melalui Program Travelogue Escape 2.0  Putrajaya 2018.  K mid juga mendapat peluang untuk ikut  serta... jadi peluang ini  k mid  gunakan untuk meningkatkan pengetahuan k mid mengenai Putrajaya.


Hari pertama (13 Julai 2018)

Kumpulan Putrajaya Drum Circle (PDC)

Selepas selesai sesi pendaftaran, pihak Perbadanan Putrajaya memperkenalkan kumpulan Putrajaya Drum Circle (PDC).  Kumpulan ini di tubuhkan pada 2014 dan aktif menjayakan program-program disekitar Putrajaya.


Para wakil media mendapat peluang mencuba alatan bunyi seperti kompang dsbnya


Wakil dari media Jepun ini,  sangat teruja untuk belajar cara2 memukul kompang.

Kemudian sessi Interview dan Q & A bersama Presiden Perbadanan Putrajaya

Datuk Seri Hashim Ismail iaitu Presiden Perbadanan Putrajaya sedang menjawab pertanyaan dari pihak media
Penerangan dan taklimat mengenai Putrajaya kepada para media

Para media kemudian di bawa menikmati keindahan Putrajaya dengan menaiki bas Hop On Hop Off (HO HO)

Pengangkutan untukTravelogue Putrajaya kali ini.
Buat pengetahuan umum,  Bus HO HO ini beroperasi di Kuala Lumpur saja buat masa ini dan jika sesiapa berminat untuk sightseeng di Putrajaya,  boleh mengunakan perkhidmatan Bus sightseeing yang beroperasi di Putrajaya Sentral.


Cuaca panas tidak menjadi halangan ..yang penting dapat menerokai keindahan putrajaya
Seterusnya kami Check In di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside 



Hotel Pullman Putrajaya Lakeside bertaraf 5 bintang,   hotel ini sangat hebat dari segi rekabentuk bangunan dan landskapnya serta berbagai fasiliti dan kemudahan di sediakan buat penginapnya.
Kedudukan hotel juga  bersebelahan dengan Tasik Putrajaya yang indah.

Bilik penginapan k mid kali in
Sesiapa berminat nak nak menginap di sini k mid sertakan alamat dan contactnya ya :

Pullman Putrajaya Lakeside
No.2 Jalan P5/5 , Precint 5,
62200 Putrajaya Malaysia
tel : +60 3 8890 0000

Email  : info@pullmanputrajaya.com
Facebook : https://www.facebook.com/PullmanPJ/
Instagram : https ://www.instagram.com/pullmanputrajaya/


Sebelum kami menikmati  makan malam yang di sediakan oleh Hotel Pullman Putrajaya Lakeside,  sempatlah kami  menaiki Cruise Tasik .
Di Jeti Marina Putrajaya
Permandangan suasana hampir senja di Jetty Marina Putrajaya
Gambar-gambar yang dapat di snap saat matahari terbenam di Tasik Putrajaya...Indahnya...
Bagi yang berminat hendak menaiki Cruise Tasik Putrajaya ini,  k mid letakkan di bawah ini senarai harga,  waktu operasi dan jenis-jenis pakej yang di sediakan.

Untuk lebih informasi bolelah menghubungi :

Cruise Tasik Putrajaya, Jeti Putra,  Jambatan Putra,
Presint 1, 62200 Putrajaya, Malaysia.

Tel : +603 8888 5539  Fax  : +603 8888 3769
Email  : sales@cruisertasikputrajaya.com
 

   




Begitulah hari pertama Program Travelogue Escape 2.0 : Putrajaya.

#discoverputrajaya      #putrajayadekatje

SilaLah menonton video ketika sunset  yang sempat k mid  rakamkan.



Bersambung esok untuk ke tempat-tempat yang lebih menarik.


Salam sayang,


Klik Di sini untuk  :  Travelogue Putrajaya Day 02

Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag