Skip to main content

Media challenge 2.0 : Antara Muzium yang dilawati di Negeri Sembilan dan Melaka

Assalamulaikum semua

Sebelum meneruskan coretan nie...kak mid nak tanya dulu....rajin ke korang gi muzium???? k mid terus terang ajelah...klu k mid muzium selalulah k mid skipp....hahaha...
Teruknya....so... ..tak kenal maka tak cinta................

Baru2 nie  sempena hari muzium antarabangsa peringkat kebangsaan, k mid di beri peluang mengikuti satu program Media challenge anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia .

Program 3 hari 2 malam ini bermula dengan semua peserta seramai 24 orang berkumpul di ibu pejabat Tourism Malaysia Putrajaya seawal jam 8 pagi.

Setelah selesai sesi pendaftaran, kami pun memulakan  perjalanan menggunakan bas persiaran ke negeri Sembilan dan Melaka.  Untuk program media challenge  kali ini k mid bersama peserta2 yang lain akan mengunjungi dan melalukan aktiviti yang telah diatur oleh pihak muzium dan tourism malaysia  jadi dapatlah kami melawat ke 5 buah muzium...3 di negeri Sembilan dan 2 lagi di negeri Melaka.

Muzium pertama yang kami kunjungi ialah  :
1. Muzium Adat, Jelebu Negeri Sembilan

Sedikit info mengenai Muzium Adat
"Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Pelancongan,  Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang  Luak Jelebu,  Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Musa bin Wahab bersama-sama dengan menteri pelancongan,  kesenian dan warisan Datuk Seri utama Dr. Rais Yatim dan juga menteri besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan.  Muzium Adat di Kuala Klawang ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat" "




 Hari dan Masa Lawatan  :
9.00 pagi hingga 5 ptg setiap hari kecuali hari pertama Hari  Raya Aidil fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Alamat  :
 Muzium Adat,
196,  Jalan Dato' Umbi,
71600 Kuala Klawang, Jelebu
Negeri Sembilan
Tel  : 06 6136586 / 06 613 6588

http : //www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-adat


Pengarah Muzium Adat,  En Mohd Nasruamiazam bin Mohd memberi sedikit info serta kata-kata aluan setibanya kami di sini

 Selepas menjamah hidangan di sediakan,  pihak Tourism Malaysia dan Jabatan Muzium telah  menyediakan aktiviti2 untuk para peserta ....so  kami 24 orang media yang dari berlainan platform di bahagikan kepada 6 kumpulan dengan 4 orang ahli.  Semua kumpulan perlu sediakan nama kumpulan masing-masing.

 
ini dia kumpulan kak mid.....happening....hahaha...

Nama kumpulan k mid  ialah "kumpulan COOL"  terdiri dr k mid, hans (blogger), ara (lomino tv) & ennes (media france)

Lain2 kumpulan pulak :
*Kumpulan Hafiz
*Kumpulan Merecik Hawau
*Kumpulan Soko
*Kumpulan Fanstatic 4
*Kumpulan Wira 

Bermulalah media challenge.,  di setiap muzium kami semua perlu menjawap soalan2 dan bila berjumpa dengan benda yang di cari,  maka kami semua perlu ber wifie ....dengan mencari jawapan yang sememangnya ada di dalam muzium tersebut dengan masa yang telah di tetapkan ...jadi sangat seronok pula k mid untuk berada di muzium.  otak pun ligat mencari jawapan........jadi excited pulak.....

Seterusnya kami ke 2 .
 Muzium Negeri Sembilan @ Teratak Perpatih
Sejarah Penubuhannya  :
Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8,  Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya istana Ampang Tinggi Kuala Pilah di pindahkan ke taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah.,  seremban dan di jadikan  sebagai muzium negeri.  Mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban,  oleh kerana Taman Bunga tidak sesuai Muzium Negeri telah di pindahkan ke Komplek Taman Seri Budaya di Jalan Sg Ujong pada tahun 1984.  Ditubuhkan mengikut enakmen no.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan 7 orang ahli jawatankuasa yg di lantik oleh kerajaan negeri. Bagi tempoh 1996 - 2003, Lembaga Muzium  Negeri dipengerusi kan oleh Y. Bhg Tan Sri Dato abdul samad bin Idris. Enakmen ini di wujudkan berikutan pengisythiharan istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar  Negeri Sembilan yang ke 8.  Pada 14hb. Julai 1986,  Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seri Budaya telah diisytiharkan ole YAB, Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato" Hj Abdul Smad sebagai Muzium negeri Mengantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

Muzium Negeri Sembilan @ Teratak Perpatih

Lokasi dan Direktori :

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Uhong,
70200 Seremban

Tel  : 06 7631149
Fax  : 06 761 5355



Di jamu makan  tengahari  dengan Makan Bersilo masalk Lomak Chili Api
Antara bahan-bahan yang di pamerkan
Seterusnya kami ke  :


3.  Muzium Lukut Negeri Sembilan
"Muzium ini di bina oleh Jabatan  Muzium dan Antikulti( kini di kenali sebagai Jabatan Muzium Negara) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.  Ia dirasmikan oeh Y.A.B Dato" Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Dato' Abdul Samad pada 9 April 1999.

Ia di bina sebagai satu tanjungjawab menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan,  pelancong luar negara serta para pelar dan penyelidik sejarah.  Muzium ini memaparkan sejarah Lukut bermula dari awal kurunke 19 Masihi sehinggalah Lukut di masukkan ke dalam daerah sg ujung  pada tahun 1880.

Terdapat 4 jenis galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut,  Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat  dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai Koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah di jelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi,  gambar, artifak  dan  sebagainya ntuk dipamerkan kepada pengunjung.


Inilah dia Muzium Lukut


Info dan penerangan mengenai Muzium Lukut oleh ketua Muzium Lukut En Peterson Augustin

Waktu Lawatan di Muzium ini  :
Isnin - Ahad  9 pagi hingga 6 petang
(tutup pada hari pertama Hari Raya Aidil Fitri dan  Hari pertama Hari Raya Aidil Adha)


Muzium ke empat  :  Muzium Istana Kesultanan Melaka

Terletak di kaki Bukit St.Paul,  berdekatan dengan kota A 'Famosa.  Muzium ini di bina seperti skala asal istana Melaka yang sebenar  ketika era kegemilangan negeri Melaka pada zaman Sultan Mansur Syah (1456 - 1477). Pembinaan Muzium ini masih mengunakan cara pasak sebagai ganti paku  untuk menghubungkan sendi-sendi kayu.


Para peserta bergambar di hadapan Muzium Kesultanan Melaka
Suasana perjumpaan pembesar dan sultan di Balairong Seri
Tujuan muzium ini di bina adalah untuk mengetengahkan sejarah kesulatanan Melayu Melaka kepada pelancong,  dengan banyak menceritakan  tentang-tentang pahlawan-pahlawan di Melaka, budaya , hal 2 perdagangan, sistem pentadbiran dan lain-lain lagi.


Semuanya nampak sangat berminat nak menghadap sultan Melaka...hahaha...

pertunjukan pencak silat oleh kumpulan Cahaya Delima

Harga tiket  :
Pelancong tempatan Dewasa (RM3)
Kanak2 (7-12 thn) - (RM2)
Kanak2 bawah 7 tahun - percuma
Oku  : percuma

Pelancong asing - Dewasa (Rm5)
kanak2 (RM2)

Waktu Operasi  : Isnin - Ahad  (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
                            Jumaat (11.45 - 2.45 rehat)





Muzium ke 5 yang kami lawati :  Muzium Seni Bina Malaysia

 Muzium Seni Bina Malaysia mula dibuka kepada umum pada bulan September 2005.  Objektif  utama penubuhannya adalah untuk mempamerkan keunikan warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Selain daripada menjadi satu lagi destinasi pelancongan,  muzium ini juga turut menekankan aspek pendidikan dengan menyediakan pusat sumber sebagai sumber sebagai rujukan mengenai warisan seni bina yang terdapat di Malaysia.



Bangunan yang dijadikan muzium adalah sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke 18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pegawai2nya. Ia kemudian dijadikan pejabat  pentadbiran semasa pentabiran Inggeris.  Sebelum diambil alih oleh Jbatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium pada tahun 2000,  bangunan ini digunakan sebagai pejabat Lembaga Air Melaka sejal tahun 1982.



Muzium ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar terutamanya mereka yang minat dalam bidang kejuruteraan awam dan berciat-cita nak jadi arkitek.

Masuk percuma
Waktu Operasi  :  9 pagi hingga 5.30 setiap hari


Inilah dikatakan tak kenal maka tak cinta...... bagi kak mid  bila adanya infomasi dan aktiviti2 menarik yang di jalankan oleh pihak Muzium Malaysia seperti media challenge dan juga aktiviti seperti bermalam di setiap muzium maka akan memupuk minat orang ramai terhadap muzium.  Objektif muzium itu sendiri adalah untuk memberi pengetahuan, pendidikan dan menyemarakkan penglibatan generasi muda khususnya berkaitan sejarah dan budaya negara,  dengan demikian kita lebih memahami asal usul dan tamadun kita.

#muziumkitatamadunkita
#tourismmalaysia
#malaysiatrulyasia


Ucapan terimakasih kepada  :
Tourism Malaysia
Jabatan Muzium Malaysia,
Treasures Hotes dan Suites,
Encore Melaka dan lain lain agensi yang terlibat.....



Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag