Skip to main content

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah ( Day 02)

Assalamulaikum...jumpa lagi

Hari ke 2 di teruskan dengan bangun seawal 6.30pagi (6.30 pagi tue dah mcm 7.30 pagi di semenanjung)

Pemandangan di hadapan chalet penginapan kami...gunung kinabalu jelas kelihatan jika cuaca cerah
Planning arinie mula-mula nak pergi ke Desa dairy Farm....pergi  ke sini pagi2...baru pemandangan berlatarkan Gunung Kinabalu tidak di liputi awan....satu lagi bukan apa...tak lah panas kalau nak tangkap gambar yg cantik2...hahaha

 Terletak di tanah Tinggi Mesilau Kundasang,  Desa Dairy Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang dikatakan mempunyai suasana seperti berada di,luar negara.

kak mid klu pasal posing no. 1 ...hehehe
Suhu kt sini pagi2 nyaman jer

Tangkaplah gambar sepuas hati seakan-akan berada di New Zealand!!
 Layanlah gambar2 kitaorg....banyak lagi gambar cantik..tapi cukuplah letak cikit2kan...

antara produk Desa Dairy Farm...semua kami bedal.
Bolehlah merasa atau membeli produk segar mereka seperti susu segar, puding dan ais krim gelato yang sedap .
Bole beri makan anak lembu ya......RM1.20 sekali bagi makan
Setelah hampir 1 jam...rasanya dah puas .... so...kami turun dari kawasan Mesilau terus  ke satu tempat lagi di Pekan Kundasang iaitu Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial adalah salah satu tugu peringatan untuk mengenang  keberanian tawanan Perang Australia dan Inggeris yang gugur di Sandakan dalam perang dunia ke2





Tempat ini terdiri dari empat taman yg saling berkait tapi tetap terpisah,  yg melambangkan tanah air mereka yg gugur :
  • Taman Australia
  • Taman Bunga Mawar Inggeris
  • Taman Borneo dengan bunga liar dari Kinabalu
  • Taman Komtemplasi dgn kolam refleksi dan pagoda
Ramai yg tangkap gambar di sini...k mid suka tiang2 nie
Tak lama sangat kami di sini sbb...tempat nie x besar sangat....lebih kepada kubu dan taman.
NEXT....
↳ tempat seterusnya yg menjadi kunjungan kami ialah ke Poring Hot Spring

"Poring"  merupakan nama dalam bahasa Kadazan Dusun untuk sejenis pokok buluh yang tumbuh di kawasan ini.  Terletak kira2 40km dari pusat Taman Kinabalu,  Poring terkenal kerana air panasnya..Air Panasnya mengandungi sulfur yang boleh menyegarkan badan.


First visit x pergi Poring nie...so this time dah cover
Nama pun Hot Spring...apa lagi rendam kaki yg lengoh2....ramai juga yag mandi manda

Pilih jer kolam mana nak rendam kaki...

hampir sejam juga di sini....jam sudah menunjuk kan jam 4 petang....kami pun menuju ke Tagal Sg Maroli Kg Luanti Fish Spa...tempat ini tutup jam 6 petang...so kena cepat cikit tiba di sana


"Tagal"bermaksud tidak memancing dalam dialek tempatan masyarakat Kadazan Dusun.
Tagal ini adalah satu usaha kolektif kerajaan dan penduduk kampung untuk memelihara  alam sekitar dan ekosistem Sungai.

Tagal Sg Moroli ini terletak bersebelahan dengan pintu masuk Sabah Tea Garden. jadi lepas  jer sini...boleh terus ke Sabah tea...

bila masuk jer kaki..ikan2 x buang masa terus gigit kulit2 kaki mati...eeee...sakit gak
Ikan-ikan di sini kebanyakkan jenis "ikan Kelah".  Pengunjung bole membeli palet ikan untuk di beri makan kepada ikan di kaunter...




Lokasi terakhircuntuk hari ini.....Sabah Tea Ladang Nalapak



Kami memborong jugak teh Sabah untuk di bawa pulang...sempat juga minum2 teh di cafenya
ada orang letak kunci kt dini...k mid x letak pun....kt korea dah letak dah lah kan...hehehehe


Ladang teh ini terletak di Kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 km dari bandaraya KK.  Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang 6,200 ekar.  Ladang teh ini juga berlatarkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia.

Beginilah perjalanan kami hari ini di Sabah... Banyak jugak tempat kami lawati... walaupun penat tapi puas juga...menjelang senja kami sampai semula di Pekan Kundasang.

Nak recommend cikit..klu sejuk2 di Kundasang carilah restoran nie...ada tomyan, sup dsbnya...masakan dengan citarasa semenanjung yg amat sesuai dengan tekak kami. RINDU ALAM CAFE

Begitulah hari ke 2 kami.
** TQ to my BFF Ayie....yg memandu sepanjang hari tanpa keluh kesah..lov u!!!



Klick di sini :  Percutian di sabah hari Pertama

Klick di sini  :  Percutian di sabah hari ke 3


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag