Skip to main content

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah ( Day 03 & Day 04)

Assalamulaikum.....kak mid nak sambung lagi hari ke 3  dan hari ke 4 percutian kami di Sabah nie.

Hari nie bangun lewat cikit sbb nak check out dari Kiram Village  dalam pukul 10.  Tengok kt dapur ada maggie dan nasi goreng segera Berahim...masaklah dulu...nanti jumpa kedai mana2 sambung breakfast lain pulak.

Nak cerita sikit pasal hari kedua...dalam perjalanan balik kawan k mid teringgin sangat nak rasa durian isi merah...jadi semalam diorg beli dua biji kecil  dengan harga rm20+++...so sampai di chalet malam tadi pakat2 nak bukak....excited nie nak rasa...last2 dua2 biji x rasa apa...macam rasa durian muda...kami pun sebenarnya tak tahu mcmana sebenarnya rasa dia klu masak...macam musang king ke,  D24 ke,  XOXO ke..........hampeh...langsung buang aje dua biji tue...
Moral of the story .........lain kali kena tanya betul2 kt orang yang pernah makan durian nie...baru beli..

okay2...lupakan hal durian merah nie...so hari nie kita orang nak ke Kota Belud.
Dari Kundasang ke pekan Kota Belud lebih kurang 50 km rasanya...

Ada satu destinasi yang terdapat dalam itinerari k mid yang kitaorang nak pergi iaitu Polumpung Melangkap.




 Polumpung Melangkap nie di kenali sebagai Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS),  merupakan satu tempat menarik yang semakin di kenali di Kota Belud.  Terletak di Kg Melangkap Baru,  kira-kira 29km dari pekan Kota Belud.




Kawasan ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi...bole mandi -manda,  berkhemah,  berbeku dan macam2 lagi bersama keluarga dan rakan2.
Berkhemah adalah aktiviti utama di sini...tempat nya amat sesuai untuk berkhemah di pinggir sungai...sayang sekali kali x dapat nak buat aktiviti nie...mungkin lain kali insyallah.  Khemah bole di sewa di sini dengan harga berpatutan.


Puas rasanya  dapat berendam dalam air nie...sejuk, nyaman...almaklumlah air dari gunung  kinabalu
Rasa nak datang kat sini lagi...pandangan matahari terbenam pasti cantik.

Untuk lebih best lagi...bole menyewa pelampung dan meluncur di tempat yang agak dalam dan deras...barulah adventure cikit....hahaha...

Leka mandi -manda sampai lupa hari semakin petang...ada kira2 30 km lagi pemanduan untuk sampai ke Pekan Kota Belud ...di mana kami menyewa Hotel untuk satu malam di Kota Belud. Kak mid pada mulanya ada keinginan untuk melihat sunset di sini tapi mengenangkan perjalanan ke Kota Belud nie...kiri kanan hanya hutan dan memang sunyi...lagi pun kami hanya 4 orang perampuan...klu jadi apa2 di tengah jalan mesti nangis jer kat situ...di takdirkan tayar pancit pun belum tentu bole tukarkan tayar....kerana itu...sebelum hari gelap baik sampai cepat di Pekan Kota belud.

Inilah Hotel Penginapan kami di Kota Belud...TIMES TRAVELLER LODGE 11
Hotel nie hotel budget yang di tempah melalui Booking.com.  Actually not bad untuk tidur satu mlm..hotel baru jadi agak selesa.

Gambaran tentang Pekan Kota Belud..rasanya lebih besar dari Pekan Kundasang... dengan banyak bangunan kedai 2 tingkat...Hotel kami nie pun di  tingkat atas rumah kedai.

pasal makan kitaorag penuh meja....macamana nak slim pun x tau.
Selepas  sarapan  di restoran berhampiran Hotel kami pun bersiap-siap hendak balik  Ke Kota Kinabalu...sebelum tue kitaorg nak tinjau dulu apa ada di Rampayan laut Kota Belud.

Bila kami telah sampai ke Kg Rampayan Laut,  barulahh k mid tahu kawasan ini adalah kawasan untuk melihat kelip2 dan juga Hutan Bakau,...juga  pusat tenunan masyarakat kampung.  Kampung Rampayan Laut pula adalah salah sebuah kampung tertua bagi suku kaum Iranum.

pantai nya tak sesuai untuk mandi...ombak kelihatan begitu kuat
Kami hanya lepak2 di pantai  sbb kalau nak ikut tour kelip2 mesti malam jadi masa tidak mengizinkan...hanya lihat2 kawasan pantai nya aje

Perjalanan hari ke 4 di teruskan dengan menuju semula ke  Kota Kinabalu............

Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik  Tamparuli.  Terletak 33 km dari bandar Kota Kinabalu dan rumah terbalik ini merupakan Rumah terbalik yang pertama di bina di Asia tenggara


tidak di benarkan mengambil gambar di dalam Rumah terbalik ini dan hanya 20 orang sahaja di benarkan masuk dalam satu masa dan akan ada seorng in house guide memberi penerangan


Antara gambar2 yg bole di ambil di luar rumah terbalik
Salah satu lagi tarikan di sini ialah kewujudan 3D wonders Museum bersebelahan rumah terbalik ini



3D Wonders Museum mempamerkan 28 lukisan 3D bersaiz besar dan lebih mengetengahkan konsep pengembaraan di beberapa lokasi menarik sekitar Sabah


antara gambar 2 yang sempat di snap di dalam 3D wonder Museum

Dah puas2 bergambar disini,  ada satu lagi tempat yang berhampiran so...jgn lepas peluang naik Jambatan Gantung Tamparuli


nampaknya kawan k mid nie relax jer posing.  nasib time nie x goyang2 sgt..sebab dia nie bukan apa gayat cikit.....
Bersama orang  tempatan , siap berpakaian tradisional lagi..





Kalau di lihat pada jambatan ini ..hanya biasa2 sahaja tetapi sebenarnya ada  sejarah dah kisah sedih di sebalik pembinaan nya.

Ada satu kisah tragis dan menyayat hati di sebalik pembinaan Jambatan Tamparuli ini,  di mana mengorbankan nyawa akibat pengkhianatan dan Cinta tigasegi antara Solungkoi (gadis Tamparuli yang cantik rupa parasnya ) bersama pegawai British Robinson dan Intang pemuda tempatan yang menaruh hati terhadap Solungkai,  namun Solungkai mencintai Robinson.


Lagenda Solungkoi (sumber google)

Menurut maklumat yang tersimpan di Muzium Sabah, terdapat satu kisah disebalik pembinaan awal Jambatan Tamparuli yang baru.
Ketika jambatan itu baru mula dibina, seorang pegawai British bernama Robinson yang berkhidmat di Tamparuli, telah jatuh cinta dengan seorang sumandak cantik (gadis cantik) tempatan bernama Solungkoi.
Mereka kemudiannya jatuh cinta dan menjadi pasangan kekasih.
Dalam masa yang sama, seorang jejaka tempatan bernama Intang dalam diam-diam turut menaruh hati terhadap Solungkoi.
Malangnya, cinta Solungkoi hanya untuk Robinson. Mungkin kerana wajahnya yang tampan, apatah lagi berpangkat.
Sementara itu, Robinson adalah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek pembinaan Jambatan Tamparuli.
Jambatan Tamparuli pula sering mengalami kerosakan setiap kali berlaku banjir besar.
Robinson begitu runsing kerana tanpa jambatan, akan menyukarkan pihak British dan penduduk tempatan untuk berhubung dengan dunia luar.
Suatu hari, Robinson telah meminta bantuan daripada Intang untuk mencari punca dan cara terbaik menyelesaikan masalah itu.
Dengan keyakinan bahawa penyebab masalah jambatan selalu rosak adalah tombuakar (hantu air), Intang kemudiaanya berjumpa dengan odu-odu (wanita tua) yang merupakan seorang bomoh wanita dan pakar dalam bidang pemujaan (mengubati orang sakit dan menghalau hantu).
Odu-odu kemudiannya mengenal pasti masalah tersebut, kononnya tombuakar marah kerana tapak pembinaan jambatan telah mengganggu kawasan tempat tinggalnya.
Lalu odu-odu menyarankan supaya diadakan satu upacara untuk menjamu tombuakar sebagai tanda meminta maaf.
Peliknya, walaupun upacara jamuan sudah dilakukan, jambatan masih lagi bermasalah.
Rupa-rupanya, tombuakar mahukan nyawa seorang sumandak yang cantik sebagai temannya di dalam air.
Pada masa itu, tiada gadis lain yang lebih rupawan selain Solungkoi.
Dan kerana cemburu dan dendam, Intang menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkoi.
Robinson pun bingung memikirkan antara kerjaya ataupun kekasih hati. Akhirnya Robinson memilih untuk mengorbankan Solungkoi.
Pada suatu malam, ketika Robinson dan penduduk kampung berpesta minum tapai (minuman memabukkan), Solungkoi dibawa ke jambatan dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk.
Sebaik saja Solungkoi sedar, dia mendapati badannya sudah diikat dan tergantung pada tali untuk diturunkan ke bawah cerucuk jambatan.
Ini adalah syarat dari Tombuakar yang mahukan mangsanya ditanam hidup-hidup di bawah jambatan.
Solungkoi mula menangis dan merayu untuk dilepaskan, malangnya tangisan Solungkoi tiada siapa mendengar kerana semuanya sudah mabuk.
Solungkoi pasrah. Dia lalu membuat permintaan terakhir kepada Tombuakar dengan bersumpah, Jambatan Tamparuli tidak akan kukuh dan selalu rosak selagi tidak mengorbankan darah Robinson.
Robinson kemudiannya amat menyesal dengan tindakannya dan bagi mengenang kekasihnya itu, Robinson mengukir nama Solungkoi di atas sekeping plat besi dan melekatkannya di cerucuk jambatan di mana Solungkoi ditanam.

Selepas itu, Robinson dikatakan membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar.

Rupanya ada cerita disebalik Jambatan Tamparuli ini....nie pun baru k mid tahu hahaha....Sungguh Tragis rupanya....

Begitulah pengembaraan kami di hari ke 3 dan ke 4.  Jam 6 petang baru tiba di Hotel Penginapan di KK  iaitu Kooler In Hotel...dekat aje dengan Pasar Filipine ...untuk senang makan Seafood dan Shopping....

Bersambung lagi untuk esok....




klick di sini : Percutian di sabah hari ke 2

Klick di sini : Percutian di Sabah hari  pertama


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag