Booking.com

Monday, March 23

MODUL LATIHAN KHAS UNTUK SEMUA JURULATIH BADMINTON

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pada tanggal  14 & 15 Mac 2020,  baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Remaja Terbuka di Manjung,  Perak.  Kejohanan badminton ini telah dianjurkan oleh Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) iaitu sebuah perbandaran mampu milik yang didirikan oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd sebuah syarikat pemaju terbesar di negeri Perak.
 
 
YBhg Datuk Misbun ketika merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP
Apa yang menariknya di Kejohanan ini adalah kehadiran Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana iaitu YBhg Datuk Misbun Sidek iaitu Lagenda Badminton Negara.  Beliau juga baru di lantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dengan penganjuran kejohanan Badminton seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan remaja untuk di ketengahkan ke arena antarabangsa.  Datuk Misbun juga berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawan sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja di negeri Perak.

Dengan siapnya Dewan Badminton Misbun Sidek serba moden dan mempunyai enam gelanggang yang terletak di Bandar Baru Setia Awan Perdana di Sri Manjung diyakini akan mampu menggilap bakat pemain pelapis yang boleh di ketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Datuk Misbun bersama para peserta yang menyertaikan Kejohanan tersebut

Ketika ditemui pada Kejohanan tersebut beliau berkata  :
"Sudah tiba masanya untuk Malaysia mencari satu formula yang mana semua jurulatih badminton menggunakan modul latihan yang sama sehingga mampu melahirkan bintang dunia"

Beliau sudahpun menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini  hingga mampu melahirkan jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Roslin Hashim dan Rashid Sidek.

Modul latihan beliau merupakan satu peninggalan besar dalam bidang sukan badminton apabila khidmat kejurulatihan beliau akan berakhir kelak.

" Saya tidak akan berada di sini selama-lamanya,  tetapi modul yang saya sediakan ini boleh di gunakan oleh jurulatih lain.
Walaupun sampai masa saya tiada lagi,  sekurang-kurangnya sumbangan saya ini boleh terus memastikan sukan badminton negara terus mendapat perhatian peminat sukan Global" ujar beliau.


K mid berpeluang bertanya sendiri tentang Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang ditubuhkan oleh beliau.

Salah seorang pemain cilik yang telah di pilih untuk di latih di bawah Nusa Mahsuri
Ucapan terimakasih pada BBSAPmedia dan Intelectasia yang memberi peluang pada k mid untuk bertemu lagenda badminton Negara YBhg Datuk Misbun Sidek,  semoga beliau terus berbakti untuk memajukan sukan badminton tanahair dan berharap modul  latihan yang dirangka beliau akan melahirkan lebih banyak jaguh badminton Malaysia bertaraf dunia.

salam sayang,


17 comments:

  1. Seronok sangat dapat bertemu dengan lagenda badminton negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok..bukan senang nak dpt peluang

      Delete
  2. semoga usaha ni dapat lahirkan lebih ramai jaguh badminton =)

    ReplyDelete
  3. wow! legend ni.
    byk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan. misbun & adik2nya.
    beruntung la if anak kita terpilih dilatih olehnya. confirm byk tips yg akan dia share.
    untung!!!
    anak lelaki aida yg kecik tu, husband da arrange utk dia mahir pingpong kelak. da siap2 ada tempat belajar dah dekat dgn umah :)

    ReplyDelete
  4. Harap-harapnya satu hari nanti, adalah pentin jaguh badminton Malaysia kan...susah sekarang nak cari penganti seperti Dato LCW tu kan...

    ReplyDelete
  5. Fuh lagenda badminton negara sendiri bagi taklimat. Anak-anak Sidek. Best giler. Teringin la nak main badminton. Cuma mata takleh fokus. Hahaha. Mesti bulu tangkis tak dapat nak smash..aaiyooo

    ReplyDelete
  6. wow bestnya dapat jumpa lagenda badminton Negara YBhg Datuk Misbun Sidek :)
    iena selalu gak main badminton . Teringin nak jumpa lagenda negara mcm ni tp tak de rezeki lg :D

    ReplyDelete
  7. Wahh sampai Misbun Sidek turun padang. Hebatlah sifu yg jadi coach. Bestnya !!!

    ReplyDelete
  8. Semoga usaha yg dibuat dpt melahirkan pemain yg berjaya utk Malaysia. Anak kia pun suka main badminton gak..tp mak dia kaki bangku..malas nk main sekali..hehehe

    ReplyDelete
  9. Malaysia tidak kurang hebatnya dalam sukan badminton. Tak sangka kan. Hope ada pengganti jaguh negara di sukan badminton.

    ReplyDelete
  10. wah best yer dapat jumpe lagenda badminton negara. mujur sempat kan buat event ni sebelum RM0 di kuatkuasakan...

    ReplyDelete
  11. menariknya ni. insyaAllah mudah2an dapatlah lahirkan pemain yang hebat di negara kita

    ReplyDelete
  12. Tahniah Datuk Misbun. Semoga dapat melahirkan pemain badminton setaraf antarabangsa. Ramai yang berminat dengan sukan badminton ni. Harap ramai yang dapat wakili negara kita nanti

    ReplyDelete
  13. Harapnya berdasarkan modul itu kita boleh membangun dan melahirkan lebih ramai adik beradik Sidek dan juga Dato LCW kan. Amin

    ReplyDelete
  14. Baguslah ada modul latihan khas untuk jurlatih badminton untuk didik mereka yangbberbalat dalam sukan badminton. Diharapkan sukan badminton dapat melahirkan generasi yang hebat dalam badminton seperti Dato Lee Chong Wei

    ReplyDelete
  15. Bestnya kak Mid dapat jumpa legend badminton ni. Wah ada modul khas untuk jurulatih,memang bagus pun, dah tiba masanya negara kita memerlukan pelapis baharu dari anak remaja kita.

    ReplyDelete
  16. seronoknya dapat join event macam ni. dapat jumpa dato misbun jugak! :) memang legend negara ni :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

SEHARI DI SELANGOR...jom kita ke SEPANG!!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah... kita semua dah boleh melancong...tapi dalam negeri aje dulu ya.. tak mengapa a...