Skip to main content

TEMPAT-TEMPAT MENARIK BOLEH DIKUNJUNGI DI PULAU PANGKOR

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Setelah hampir lapan tahun tidak menjejakkan kaki di Pulau Pangkor...peluang untuk kesana tiba-tiba datang apabila k mid mendapat jemputan mengikut Media Trip ke Manjung .  Sudah tentu rasa gembira berpeluang ke sana setelah sekian lama tidak menjejaki ke Pulau yang memang terkenal dengan kecantikan pantainya.

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di negeri Perak,  terletak di perairan Selat Melaka.  Ia termasuk dalam Daerah Manjung.  Bandar tanah besar yang paling hampir dengan Pulau  Pangkor adalah Lumut. Pulau Pangkor telah menjadi pulau bebas cukai berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Asal usul nama Pulau Pangkor adalah dari bahasa Thai " Pang ko " yang bermaksud pulau yang cantik.
Ada 2 terminal feri untuk ke Pulau Pangkor nie.  Terminal Jeti Lumut adalah terminal awal dan hingga sekarang masih beroperasi. Manakala Terminal Jeti Marina Island  ialah terminal jeti yang baru.

Kiatorang guna jeti Marina island..cepat aje ..lebih kurang 15 minit

Perjalanan feri ke Pulau Pangkor dari Jeti  Lumut  mengambil masa kira lebih kurang 40-45 minit manakala dari Jeti Marina Island  hanya 10-15 minit sahaja.

Apabila tiba di Pulau pangkor terdapat van pelancong atau teksi yang akan membawa para pengunjung ke chalet atau resort masing-masing.

nielah teksi Pulau Pangkor..jgn lupa deal harga dulu sebelum naik..sbb tak da meter..hahaha

Penginapan di Pulau Pangkor


Di kawasan popular seperti Pasir Bogak dan Teluk Nipah memang terdapat banyak resort dan chalet. Harga bilik pula bergantung pada jenis bilik, hotel atau chalet.

Ada beberapa resort yang terdapat sekitar Pantai Bogak nie.  Antaranya :

1.  Golden Beach Resort
2.  Pangkor Sandy Beach Resort
3.  Pangkor Village Beach Resort
4.  Puteri Bayu Resort
5.  Sea View Resort
6.  Ye Lin Guest House
7. Coral Bay Resort


Penginapan di Teluk Nipah  antaranya  :

1. Nipah Guest House
2. Ombak Inn Chalet
3. Flora Beach Resort
4. Palma Beach Resort
5.  Pangkoe Bayview Resort
6.  Pangkor Inn Chalet
7.  Purnama Beach Resort

Untuk penginapan k mid bersama teman-teman blogger yang lain,  kami menginap di Coral Bay Resort/ Pangkor Coral Bay Resort yang terletak di Pasir Bogak.


Resort ini  hanya berjarak kira-kira 2.1 km dari jeti Pangkor ,  jadi amat mudah untuk sampai ke resort ini...manakala Pantai Pasir Bogak  berjarak 160 meter dari resort.  Pihak resort jugak ada menyediakan khidmat shuttle dari jeti ke resort.
Resort ini menawarkan 2 jenis penginapan iaitu Bilik Hotel dan Bilik Apartment.  Bilik Hotel ialah jenis Superior,  Deluxe dan Suite manakala bilik apartment pula ialah Apartment 2 bilik,  Apartment 3 bilik dan Penthouse.

Kesemua jenis penginapan lengkap dengan kemudahan-kemudahan berikut :-
Alat penghawa dingin,  Bilik air lengkap dengan alat mandian panas, Television lengkap dengan astro  Alat pengering rambut,  Kemudahan telefon IDD dan Kemudahan minuman panas seperti kopi/teh.

Bilik Superior -bilik penginapan kami
Ini paling k mid x suka...bilik besar tidur sorang... tapi memang sangat selesa😍

view dari lain-lain bilik..besar dan selesa

Pandangan dari balkoni...walaupun bukan pandangan laut tetap tenang jer

Fasiliti-fasiliti lain :

Swimming pool,  indoor plyground, gym.
Untuk makcik-makcik yang minat shopping,  Kedai bebas cukai yang baru beroperasi di tingkat bawah...sure makcik-makcik seronok dapat angkut bawak balik coklat ,pinggan mangkuk, perfume dan lain-lain lagi.

Kolam renang yang besar


Kami pula di sajikan dengan makan tengahari ketika check in dan malam pula BBQ telah di sediakan.  Apa yang boleh k mid katakan di sini makanan dan masakan dia memang terbaik..Puas betul kami makan..memang sedap.Terbaik chef-chef Coral Bay Resort 👌
 
 
kami BBQ tepi kolam renang
 
Nak bagi 5 bintang dekat makanan dia😋😋


Pangkor Coral Bay Resort
Jalan Pasir Bogak,
32300  Pulau Pangkor
Perak
Tel  : 03 6855111

Pantai di Pulau Pangkor

1. Pantai Pasir Bogak

Oleh sebab hanya berjarak 160m dari Coral Bay Resort,    k mid dan kawan-kawan hanya berjalan kaki aje ke pantai. Pantai ini popular untuk aktiviti  watersport dan aktiviti pantai yang lain. Di pantai ini juga kita boleh menikmati panorama indah saat matahari terbenam.

sempatlah makan ais kacang dan goreng pisang sambil menunggu sunset


Boleh bermandi-manda di pantai ini..namun dasarnya agak berbatu


subhanallah...cantiknya sunset

 2.  Pantai Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah adalah pantai yang tercantik di Pulau Pangkor.  Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan banyak penginapan yang selesa.  Ia terkenal dengan pantai yang landai,  pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah sukan air,  berkhemah dan berkelah.  Terletak 5km dari Jeti Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam.



Kredit foto : Rahimah Zainal

lepas melakukan aktiviti air kalau lapar jangan risau,  banyak gerai-gerai terdapat di sini

3.  Pantai Teluk Ketapang.

Di kawasan pantai ini hanyalah terdapat  pantai berpasir yang cantik dan bersih.  Di sini tidak ada hotel dan kemudahan awam di sediakan.  Kawasannya agak sunyi dan tidak di galakkan untuk mandi manda sebab  tiada pengawal pantai.  Terdapat sebuah jeti  dan sering menjadi tumpuan para pemancing kerana kawasannya yang strategik untuk mencandat sotong di penghujung jeti tersebut.
Tapi yang paling menariknya di sini adalah terdapatnya  Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu.
 
Pantai yang cantik



Sangat seronok dapat peluang pegang dan beri makan pada penyu-penyu di sini
En. Rasli Ibrahim memberi penerangan yang terperinci tentang Pusat Konservasi Penyu ini👍👍
Sesiapa berminat untuk melihat penyu di sini boleh hubungi :

En Rasli Ibrahim
h/p  :  017 5919137
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu
Pantai Teluk Ketapang

Boleh tengok video nie untuk lihat suasana di sini ....



Tempat-tempat bersejarah di Pulau Pangkor

1.  Kota Belanda
Tanah Melayu pernah di jajah oleh Belanda sebelum kedatangan British,  jadi  Kota Belanda ini adalah  lokasi bersejarah peninggalan Belanda.
Kota ini di bina pada tahun 1670 oleh Belanda sebagai pertahanan dan juga bagi menyimpan bijih timah yang di ambil dari Perak.

 

 
2.  Batu Bersurat Pangkor


Batu bersurat ini terletak hanya 100 meter dari Kota Belanda.
Kita boleh lihat lorekan  pada batu ini adalah gambar seorang kanak-kanak dilarikan oleh seekor harimau.  Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan,  batu ini di gunakan untuk mengingati peristiwa seorang kanak-kanak yang di makan binatang buas..Banyak lagi versi tentang batu bersurat nie namun fakta sebenar masih misteri hingga sekarang.



Tokong Fu Ling Kong

Tokong Fu Ling Kong adalah sebuah tokong yang terkenal di Pulau Pangkor.  Ia adalah Tokong Taois iaitu agama yang mengikuti ajaran ahli falsafah cina,  Lao Tze.   Ia mempunyai persekitaran dan taman yang cantik.

Terdapat " Mini Tembok Besar Cina" di bina di lereng bukit berhampiran menjadikan  kawasan tokong lebih menarik.

Kebanyakkan pengunjung berbangsa cina mengunjungi tokong ini untuk bersembahyang dan untuk mendapat keberkatan.



Tokong ini sangat kaya dengan keseniaan arcanya

Mini Tembok Besar Cina

Pemandangan cantik di sini.
Mencuba makanan "Signature"  Pulau Pangkor

Rasanya kunjungan ke Pulau Pangkor tidak akan lengkap kalau kita tidak menikmati makanan "Signature" Pulau Pangkor iaitu Laksa mi Pulau Pangkor.

Pada mulanya k mid ingat Laksa mi nie sama dengan Laksa Utara atau Laksa Johor,  rupanya sangkaan k mid meleset sama sekali.

Laksa mi Pangkor ini menggunakan mi khas yang berwarna putih,  dihidangkan dengan sup ikan yang jernih.  Diletak diatasnya sambal tumis serta sayur tumis kacang panjang.
Selain ikan di gunakan untuk membuat sup,  sotong, udang dan ketam juga  boleh digunakan untuk membuat kuahnya.

Laksa mi nie antara menu sarapan pagi wajib bagi penduduk Pangkor tidak kira dewasa atau kanak-kanak.






k mid suka sambal tumis lebih

Dapat jugak k mid merasa Laksa Mi Pangkor
Banyak lagi tempat menarik di Pulau Pangkor tapi buat kali ini,  inilah tempat-tempat yang k mid sempat kunjungi .
Semoga apa yang k mid tulis nie boleh di jadikan rujukan untuk sesiapa yang berhasrat nak bercuti ke Pulau Pangkor nanti.

salam sayang,
 


Comments

  1. Tq sharing..menarik juga ya klo nk melancong di pulau pangkor..lps nie boleh la suzie bawa family melancong kat sana..mesti 2 hari tak cukup utk berjalan2 disana kan..😊😁🤗

    ReplyDelete
  2. Dulu sekali je pernah sampai Pangkor, masa tu time puasa, pergi pagi balik tghri, memang tak jalan mana, kira jejak aje, sewa kereta pusing kemudian balik...nanti ingat nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah bertahun tahun tak ke Pulau pangkor... banyak perubahan nampak... insyaAllah jika ada masa nak kembali tgk tempat tempat terbahru di aitu.

    ReplyDelete
  4. yeah! kita dah pernah pegi and duduk hotel yang sama. tapi tak pernah tulis pasal tu kat blog ;(

    rindu nak bercuti!

    tq share wak.

    kot-kot nak pergi lagi kan.
    hari tu pun tak puas meronda :)

    ReplyDelete
  5. Insyaallah. Kalau ada rezeki nak juga bawak anak-anak ke sini. Belum pernah lagi sampai ke Pulau Pangkor ini. Tengok gambar semuanya cantik-cantik belaka.

    ReplyDelete
  6. Suka ke Pangkor untuk dapatkan stok makanan laut segar. Hehehehehe. Ikan bilis mata biru. Sedapnyaaaa kakk!!

    ReplyDelete
  7. Masa pergi Pangkor laut teringin nak singgah Pangkor.. tapi tak sempat sebab banyak jenis makanan memurah kan dekat situ.. kat Pangkor laut semua Mahal 😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Last Rawlins ke Pangkor was almost 15 yrs ago. Nampak gaya kena pergi lagi nie sebab dah makin banyak tempat best - lepas Covid la kot insyaAllah

    ReplyDelete
  9. Lama x pergi pulau pangkor mmg nampak menarim dan best kalau dapat bercuti ke sini

    ReplyDelete
  10. Rupanya bnyak jgak tmpat mnarik dekat pulau pangkor nie. Boleh buat rujukan nie..ada rezeki nak jgk sampai kesini..btw thank you for sharing..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih share ya. in shaa Allah bolehlah buat perancangan ke sini bila pandemik covid19 ni dah berakhir :)

    ReplyDelete
  12. rasa lama sangat tak pegi Pulau Pangkor bertahun2 lamanya rasanya. cantik tempatnya

    ReplyDelete
  13. pernah juga ke pangkor beberapa tahun lepas. tak tahu pulak banyak juga lokasi menarik di sini.

    ReplyDelete
  14. Saya belum pernah ke pangkor.. Teringin nak tgk view kat sana.. Tgk gambar2 daripada orang lain semua nya cantik

    ReplyDelete
  15. Byknya tempat menarik fi pulau pangkir, blm pernah pg lagi next trip kena pehi ni

    ReplyDelete
  16. lama tak ke Pangkor sejak anak2 dah besar tapi mmg best sebab pulau yg kecil dan lokasi best utk relax

    ReplyDelete
  17. MashaAllah semua info lengkap. Senang la untuk pergi.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag