Booking.com

Sunday, March 22

PAKEJ HAJI YANG MENEPATI KEMAMPUAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar semuanya?  Harapan k mid semuanya sihat-sihat belaka .
Hari ini k mid nak cerita sikit mengenai Ibadah Haji.


Sebagai umat islam kita wajib menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan fardu haji (bagi yang berkemampuan) dari segi fizikal dan kewangan untuk sekurang-kurangnya wajid dilakukan sekali seumur hidup.
Bila kita telah bersedia dan berhasrat untuk menunaikan fardu Haji, banyak perkara yang kita fikirkan antaranya mencari pakej haji yang bersesuaian dengan kemampuan kita.
Maksud "kemampuan " di sini bukan saja kemampuan kewangan semata tetapi termasuk kemampuan fizikal, mental dan kesihatan.

Walaupun k mid belum lagi berkesempatan menunaikan Fardu Haji namun bila melihat ramai yang memberi feedback yang baik,  menyebabkan k mid terpanggil untuk memberitahu kepada sahabat-sahabat tentang Pakej Haji dari Felda Travel Sdn Bhd.

Jom kita tengok Pakej Rayhan dari  Felda Travel Sdn Bhd ini.


Ada banyak kelebihan jika ikut Pakej Rayhan nie,  antaranya yang kak mid boleh buat ringkaskan seperti bawah ini :-

1. Hotel Sangat Dekat Dengan Masjidil Haram
Hanya  250m ke Masjidil Haram.  Tak perlulah jalan kaki sampai 1 km.  Sangat sesuai untuk warga emas dan jemaah yang ada sakit lutut.  Jadi Jemaah boleh berulang alik beribadah dengan selesa.


2.  Tiada Transit Hotel di Aziziah
Para jemaah akan terus di bawa masuk ke Hotel di Mekah.  Tidak perlu transit di Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi,  para jemaah dapat berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat .

3. Ustazah Pembimbing Haji
Seorang Ustazah di bawa khas untuk mambantu menjawab semua masalah berkaitan jemaah wanita dalam ibadah Haji.  Tidak semua agensi Pengendali Pakej Haji membawa ustazah kerana ini membabitkan kos tambahan.

4. Makanan  Selera Melayu.
Kita nie memang tak boleh lari dari selera masakan melayu,  jadi buffet yang di sedia oleh Felda Travel nie adalah Felda D'Saji yang memang terkenal dengan sajian melayu  yang enak. Jemaah tak perlu risau tentang makanan lagi.

5. Saiz Kumpulan Kecil
Felda Travel juga menghadkan jumlah  jemaah dalam satu kumpulan untuk mereka  memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti dengan memberi layanan yang istimewa .


6. Percuma Qurban
Setiap jemaah Haji yang awal terpilih akan diberi seekor Kambing  percuma untuk ibadah Qurban.

7. Haji Tarwiyah
Tidak semua agensi pengendali Pakej Haji  yang  membawa jemaah bermalam di Mina pada 8 Zuhijjah seperti sunnah  Nabi SAW,  kerana akan membabitkan peningkatan kos tapi  sebaliknya di lakukan oleh Felda travel.

8. Agensi Berpengalaman
Masuk tahun 2020,  ini sudah 14 tahun  Felda Travel mendapat lesen dari Tabung Haji untuk mengendalikan Pakej Haji jadi sudah tentu mereka mempunyai staff-staff yang cukup berpengalaman.

9.  11 Hadiah percuma.
Wah...banyak sungguh hadiah percuma yang di beri..bukan 4 atau 5 tapi 11 hadiah percuma di berikan kepada jemaah haji bagi mempermudahkan persiapan para jemaah menyempurnakan rukun islam ke 5 ini.

10.  Pembimbing Haji Berpengalaman.
Felda Travel sediakan 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk menjadi pembimbing haji di Mekah bagi membantu para jemaah mendapatkan Haji yang mabrur.


Pada yang berminat nak menunaikan fardu haji tahun ini bolehlah mendaftar dengan Felda Travel sekarang  kerana ada" Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020".
Hanya tinggal beberapa hari lagi...jangan lepaskan peluang anda.

Boleh layari laman web  : www.feldatravel.com.my 

atau

Hubungi  :  Pn. Shidah   +6019 201 0843
                   Tn.Hj Rizal  +6019 263 7028

Facebook  : feldatravel
Instagram  : @feldatravel

#feldatravel    #pakejhaji    #pakejhaji2020   #haji2020  #panggilanhaji2020

Salam sayang,






16 comments:

  1. pergi dgn pakej kena ada wang banyak tapi pada dengan service yang kita dapat..
    ada duit apa salahnya kan.. untuk ibadah.. semoga murah rezeki kita semua dijemput jadi tetamuNya..

    ReplyDelete
  2. Sy belum pernah menjejaki kakki ke tanah suci. Info sebegini sgt bagus untuk orang awam untuk membuat pilihan yang terbaik berdasarkan tawaran pakej y jelas.

    ReplyDelete
  3. Ya jika berkemampuan sebaiknya pilih pakej Haji dari Felda Travel ini sbb apa yg ditawarkan mmg menarik.

    ReplyDelete
  4. Good Haji package. Thank you for sharing this package ya.

    ReplyDelete
  5. Ok juga kan dengan pakej begini. Sekurang-kurangnya yang pergi beramai-beramai akan lebih selesa dengan ahli keluarga sendiri. Moga kita ada rezeki, boleh menunaikan ibadah haji. InshaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Mudah2an tahun ni jemaah haji dapat menunaikan hj dengan mudah. Moga Allah angkat virus covid19 ni dan dapat ibadah seperti biasa

    ReplyDelete
  7. Suka pakej lengkap mcm ni. Boleb fokus ibadah. Nanti ingat nak hadiahkan pakej haji kepada mak dan suami. Boleh pergi sesama.

    ReplyDelete
  8. Menarik pakejnya. InsyaAllah one day hope dapat pergi menunaikan umrah dan haji. Semoga dipermudahkan,

    ReplyDelete
  9. kalau booking sebelum 25 mac tu, agak-agak dapat tak tunaikan umrah tahun ni? sebab ibadah haji pun tak pasti lagikan disebabkan wabak pandemik sekarang. semoga dipermudahkan urusan orang yang berkeinginan menjejakkan kaki ke mekah

    ReplyDelete
  10. Pakej Felda Travel ni memang dah bagus dah. Pernah tau sb bapak keje dgn Felda sblum pencen. Miga kita semua dpt jd tetamu Allah di rumahnya kelak. Aminn.

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing. insyaAllah bila lepas wabak ni ramai orang akan nak pegi umrah, ramai dah rindu

    ReplyDelete
  12. banyak juga kemudahan yang disediakan oleh pihak Felda Travel ni. Mudah-mudahan musim haji tahun ni dapat dilaksanakan dengan baik. Risau juga sebab wabak COVID-19 ni masih belum reda kan.

    ReplyDelete
  13. Memang teringin sangat nak buat Haji. Moga kita semua mendapat seruan ke sana dan dipermudahkan untuk melakukan ibadah Haji. Nak kesana pun kenalah ada agensi yang bagus kan..supaya teratur perjalanan dan tidak mengganggu ibadah kita disana

    ReplyDelete
  14. terbaik.
    hajj & umrah ni semua dlm wishlist kita semua.
    kumpul duit. set masa.
    in shaa Allah.
    travel ejen yg bagus pun salah satu kriteria.
    agar gi balik kita terjamin, di sana pun selesa :)

    ReplyDelete
  15. Menarik juga pakej yg disediakan oleh Felda Travel ini yea.. insyaAllah ada rezeki AM pun berhajat mengerjakan haji..

    ReplyDelete
  16. Thanks for the info, semoga semua dipermudahkan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

MUZIUM-MUZIUM BERSEJARAH DI NEGERI SELANGOR

Assalamulaikum dan Hi Semua. Korang semua buat apa waktu-waktu cuti hujung minggu?  Janganlah asyik balik Kampung aje...sekali sekala luangk...