Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026

Thousands of Years Media :Tayangan Perdana Drama Mikro Hari Raya “Seikat Kasih”, Perkukuh Ekosistem Drama Mikro Malaysia

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Thousands of Years Media (ToYm), sebuah syarikat media dan hiburan bersepadu yang diasaskan oleh Datuk Wira Jment Lim, telah mengadakan tayangan perdana drama mikro terbaharunya berjudul Seikat Kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di GSC Lalaport BBCC. Majlis tayangan perdana tersebut menghimpunkan rakan industri, wakil media serta tetamu jemputan, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon drama ini termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah dan Sayf Mikael. Seikat Kasih mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan pelbagai konflik dan cabaran kehidupan. Melalui perjalanan watak utama Arina Dahlia dan Harris Hakim, drama ini membawa mesej bahawa kebahagiaan sebenar tidak terletak pada kekayaan atau harta benda, sebaliknya pada kekuatan hubungan kekeluargaan yang saling menyokong dalam menghadapi ujian kehidupan. Menurut Datuk Wira Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment dan Thousands of Years Media, pener...