Skip to main content

Astaka Morocco Putrajaya

Assalamulaikum semua dan Salam Ramadan Al Mubarak

Ramadan datang lagi dan hari nie kita berada di hari ke 8 Ramadan 1438H.  Lama sungguh k mid tak menaip di blog yg dah bersawang nie...inilah akibat sibuk dan Laptop rosak..hehehe.
Sebenarnyanya banyak aktiviti yang kmid lalui dari awal Jan 2017 hingga sekarang dah nak masuk bulan Jun 2017 tapi belum satu pun tercatat di Blog nie....

Okaylah arinie k mid nak cerita serba sedikit mengenai Astaka Morocco yang terletak di Taman Botani Putrajaya.  Buat pengetahuan semua kmid telah di lantik sebagai salah seornag Pemandu Pelancung Sambilan Putrajaya...jadi sekarang dah menjadi satu kewajipan buat k mid untuk mempromosikan tempat-tempat menarik d Putrajaya sebab kebanyakkan orang hanya tahu Putrajaya adalah Pusat Pemerintahan Kerajaan Malaysia dan hanya banyak bangunan2 kerajaan sahaja...Itu silap ya... Ada 13 taman2 yang menarik yang boleh di terokai di Putrajaya.
Tapi.. harinie nak cerita mengenai Astaka Morocco yang berkeluasan kira-kira 0.8 hektar  dan ia di bina pada tahun 2003 dan ketika itu berlangsung persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).  Ia adalah cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang amat tertarik dengan senibina Maghribi.
Para pemandu pelancong Putrajaya bergambar di depan Signboard Astaka Morocco


Ini laluan Masuk ke Astana Morocco....senibina yamg halus dan unik
Pintu masuk utama atau pintu gerbang  di bina menggunakan kayu ialah replika kepada gerbang di Istana Aljaferia yg terletak di Zaragoza.

Antara gambar  yang k mid dapat snap

Ketika Fasalitator memberi penerangan ...mmg unik senibinanya
 
Patutnya seni ukiran x bole di ambil gambar..biasalah k mid nie degil...di snap jugak

Astaka Morocco ini memiliki 3 ruang utama yang boleh di lawati iaitu iaitu Zon awam, zon separa Awam dan Zon Persendirian.
Zon Awam adalah tempat yg mengambarkan bandar atau satu kawasan yg di gunakan oleh penduduk setempat  di Maghribi  untuk melakukan pelbagai aktiviti  harian seperti  menjaual hasil kraf dan tanaman.

Zon Separa Awam pula merupakakan kawasan khas  untuk golongan  orang ternama  dan menempatkan replika taman-taman yang terdapat di sesebuah kota di Maghribi.

Pada Zon Persendirian pula terdapat 6 galeri  yang mencerminkan  kesenian seni bina  berbeza daripada 4 wilayah utama di Maghribi iaitu Fez, Rabat , Marakesh dan Meknes termasuk dua bandar lain iaitu Essouria dan Rif-Atlas.

Pengunjung yang ingin memasuki Zon Persendirian akan di kenakan bayaran RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak2,  manakala Zon awam dan Zon separa awam adalah percuma.




Bagi yang berminat untuk buat sessi Photoshoot Wedding ke.. sangat2 cantik.  Apa lagi  rajin-rajinlah meneroka Putrajaya yang memang terkenal dengan Landscap nya.


salam sayang


Kak Mid





Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad