Skip to main content

MUNAWWAREEN ANJUR PROGRAM TAUSIYAH 1 MUHARAM "HIJRAH: MELANGKAH DENGAN CINTA"

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Pada 1 Muharram 1445 H, kak mied telah menghadiri Majlis sambutan Awal Muharam iaitu Program Tausiyah 1 Muharram "Hijrah, Melangkah dengan Cinta" yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras.

Program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta dianjurkan oleh Munawwareen iaitu Jenama fesyen Islamik.


 Berkonsepkan 'sharing session' di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawal jam 9 pagi. Pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H. 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Justeru, Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, yakni niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek. 

Barisan panel jemputan terdiri daripada Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony, juga panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy dan Irma Hasmie selaku moderator bagi program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”. Program ini juga turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi bersama-sama memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur unsur dakwah Islamiyah, doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.

Program Awal Muharram ini juga adalah salah satu inisiatif memperkenalkan kolaborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan, untuk membawa Jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) menunaikan Ibadah Umrah pada bulan Oktober 2023. Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 ini juga bertujuan merealisasikan Impian lebih kurang 40 orang ahli pertubuhan mengerjakan umrah buat pertama kalinya. 

Semoga usaha murni Munawwareen dipermudahkan dan memperolehi keberkatan. Amin.

Kak mied bersama Pengasas Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd Datin Hajjah Aliza Abu Bakar

Untuk maklumat lanjut layari www.munawwareen.com.my

 atau

Cik Liza Jemaan  014-2155392  


Salam sayang,

kak mied💞

Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...