Skip to main content

Posts

D' MANGGIS STEAMBOAT & BBQ CAFE

Assalamulaikum, 15.3.2014 Belanja anak-anak makan di D' Maggis Cafe sempena menyambut Hari Lahir puteri kedua  k mid ... Jom kita terjah............ Cafe nie terletak di Batu 17, Kuang Selangor Kami pergi pada  malam Jumaat jadi taklah penuh...Jika hari Sabtu Ahad..eloklah tempah dulu....takut datang jauh2 tiba-tiba penuh  Nie dia alamat dia  :   254, Batu 17, Lorong Manggis,  Kampung Cempedak,  Kuang 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan BUTIRAN NOMBOR TELEFON Tel.: +603-6038 6844 Cik Min: +6019-233-1973 Nie dia girl comel sambut birthday yg ke23 ......macam sweet 13 jer......buat kejutan untuk dia..siap belon2 lagi.... Makanan kat sini seperti biasa ada Steamboat & BBQ dengan harga RM25 seorang bagi dewasa serta RM10 (4-12) untuk kanak-kanak.  Kuah  tomyam steamboat dia memang sedap... bagi ranking 4/5...hehehe... tapi udang dan sotong dia memang kecik sangat...sotong lepas di grill ...

Little India Walking Tour

Assalamualaikum semua..... Tanggal 22 Feb 2014 ,  kak mid bersama kawan-kawan yang bakal menjadi TG professional (insyallah)... berkesempatan mengikuti walking tour yang di adakan di Little India,  Brickfield. Seawal 9.00 pagi kami pun berkumpul di Vivekanda Ashram tempat di mana bermulanya walking Tour nie. Tempat meeting point :  Vivekanda Ashram Vivekanda Ashram masih teguh berdiri.....akan kekal teguh jika tak dirobohkan.... Ini dia tour brochure Mengenai Brickfields Dibangunkan oleh Yap Kwan Seng (Kapitan terakhir Kuala Lumpur), Brickfields satu masa dahulu adalah kawasan industri batu bata untuk kegunaan bangunan-bangunan baru di bandar ini. Tetapi tidak ramai yang mengetahui yang Brickfields menyimpan banyak mercu tanda bersejarah bandar ini. Terdapat 17 tanda tempat bersejarah yang disenaraikan di dalam lawatan berpandu Little India @ Brickfields dengan setiap institusi mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri. Pes...

FIELD TRIP : MELAKA

Tarikh  : 23 Februari 2014 Assalamulaikum,  salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Sejak-sejak nak jadi TG nie...semuanya salam 1 Malaysia....hahaha......Practise make Perfect. Hari ini nak cerita Field Trip Ke Melaka,  sambil buat assignment sambil jalan-jalan......ini yang k.mid suka sangat.... The Journey begin : Pukul 9.30 pagi  - bertolak ke Melaka dan sampai di melaka kira-kira pukul 12 tengahari. Di sepanjang perjalanan kami di beri tip-tip serta tunjukajar macamana nak berkomunikasi kepada Pelancong.  Pada mulanya semua kurang menyerlah....maklumlah first time "coaching" dalam bas.... Khusyuk mendengar penerangan.............. Serba-sedikit  Info tentang Melaka  dan tempat-tempat yang menarik perlu di lawati di sini. "Melaka merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai legenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berus...

Percutian di Cameron Highland

Assalamualaikum semua  Pada Cuti tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada 31 Januari 2014 serta cuti 1 Februari  2014yang merupakan hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  k.mid berkesempatan membawa family ke Cameron Highland.  Walaupun k mid tahu jalan menuju ke sana,  tentunya jem teruk tapi k mid tetap nak pergi juga kerana k mid dah pun ada tempat penginapan iaitu Di Rumah Peranginan Kerajaan Cameron Higland. - 10 pagi (1.2.2014) sabtu,  kami bertolak dari rumah.  Kami melalui Exit Tapah.  Pada mulanya perjalanan cukup selesa hingga selepas Lata Iskandar....perjalanan semakin tersekat-sekat dan ada kalanya tak bergerak langsung.  Akhirnya dengan penuh keboringan sampai jugak ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland kira-kira hampir pukul 3.00 patang. suasana tenang di sini Inilah dia rumah peranginan kerajaan Cameron Highland Ada taman permainan di belakang Penginapan yang selesa untuk kaki tanga...

Lawatan ke Bangunan Parlimen

Assalamualaikum.. Pada 10 Feb 2014,  kak mid berkesempatan melawat Bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Parlimen Kuala Lumpur bersama kawan-kawan yang bakal jadi TG (insyaallah)...  Terujalah jugak....tak pernah2 sampai ke sini walaupun ketika lawatan sekolah....hehehe...tetiba sekarang berkesempatan........ Oklah.... lawatan ini,  sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar  keadaan di dalam Parlimen dan bolehlah nanti kami terangkan Sistem Pemerintahan Malaysia pada pelancung-pelancung asing. Gambar-gambar  PM Malaysia dan semua Yang Dipertuan Agung di pameran kan di sini Bangunan Parlimen :- Terbahagi kepada 2 struktur  : - Blok Utama - menempatkan Dewan Negara dan Dewan Rakyat,  Pejabat2 YDP Dewan, bilik banquet, bilik diraja, surau , perpustakaan, dewan taklimat dan bilik jawatankuasa. - Block menara (setinggi 17 tingkat) - menempatkan pejabat PM, TPM, menteri di JPM,  ketua pembangkang juga pejabat pentadbiran Parli...