Skip to main content

Little India Walking Tour



Assalamualaikum semua.....

Tanggal 22 Feb 2014 ,  kak mid bersama kawan-kawan yang bakal menjadi TG professional (insyallah)... berkesempatan mengikuti walking tour yang di adakan di Little India,  Brickfield.
Seawal 9.00 pagi kami pun berkumpul di Vivekanda Ashram tempat di mana bermulanya walking Tour nie.


Tempat meeting point :  Vivekanda Ashram



Vivekanda Ashram masih teguh berdiri.....akan kekal teguh jika tak dirobohkan....


Ini dia tour brochure




Mengenai Brickfields

Dibangunkan oleh Yap Kwan Seng (Kapitan terakhir Kuala Lumpur), Brickfields satu masa dahulu adalah kawasan industri batu bata untuk kegunaan bangunan-bangunan baru di bandar ini.
Tetapi tidak ramai yang mengetahui yang Brickfields menyimpan banyak mercu tanda bersejarah bandar ini. Terdapat 17 tanda tempat bersejarah yang disenaraikan di dalam lawatan berpandu Little India @ Brickfields dengan setiap institusi mempunyai sejarah dan keunikan tersendiri.
Peserta akan dibawa ke sekurang-kurangnya 9 tempat ibadat – dari Biara Ortodoks Syria St. Mary dan Gereja Holy Rosary, Tokong Buddha Maha Vihara dan kuil Hindu Sri Sakthi Vinayagar Karpaga.
Selain daripada itu, peserta juga akan diperkenalkan kepada hidangan makanan India seperti roti, nasi daun pisang dan tosai.
Pelancong juga akan melawat Temple of Fine Arts, satu pusat muzik dan tarian tradisi India serta Persatuan Orang Buta Malaysia di Jalan Tun Sambanthan dan melihat kemahiran mereka sebagai tukang urut.






Salah sebuah kuil yang terdapat di sini -KUIL SRI KANDASWAMY




Selain dari di bawa ke kuil2, juga akan di bawa melawat Buddhist Temple, Church, rumah tradisional orang Melayu.
Little India :  Dekorasi  Lampu dia pun bentuk Muruku....hehehe

Sebenarnya banyak tempat yang akan di bawa oleh TG yang dilantik  tapi kami tak dapat mengikuti ke semua tempat tersebut...almaklumlah banyak assignment yang kami perlu siapkan.. jadi kami pun minta diri dulu..


Seterusnya kami ke Bukit Robson yang berhampiran......... Disini terletaknya Thean Hou Temple yang terkenal tue...........


Tiang-tiang berwarna merah adalah simbol kekayaan dan nasib yang baik. Ukiran naga pula adalah simbol kekuatan dan tuah.

Temple nie ada 4 tingkat- kak mid masuk kat tingkat yang bawah sekali je...untuk beli cenderahati...tingkat lain x masuk pun...tak larat naik tangga


Terdapat 12 arca haiwan zodiak cina di sini.....setiap haiwan mewakili ramalan nasib & personaliti berdasarkan kepercayaan kaum cina


"This is one of the largest Chinese temples in South-East Asia and is located on top of Robson Hill.  This temple belongs to the Malaysian Chinese community in Malaysia and public donations made it possible to open the temple in 1989.

This is a spectacular place and a first class example of the beauty of Chinese architecture. Before you enter the temple grounds you have the fountain of Kuan Yin, the Goddess of Mercy and statues of gods and lions. The main shrine with Thean Hou Goddess, the Goddess  of the Sea/Ocean, you find on the third floor of this four levels temple.  Even if this is a place for worship there are more than 100 cultural activities annually with the Chinese 15 days New Year celebration, when the temple is decorated with thousands of red lanterns, as the main event.

Thean Hou Temple is a perfect place to just sit down and relax and watch the majestic Kuala Lumpur skyline behind the spectacular pagoda roofs of the temple. The temple is very popular among newly married couples to take their wedding photos. On the second level you can find the marriage registration office, a service that more than 5000 couples are using annually."


 Inilah inasetif kitaorang untuk majukan diri...nak membaca nota dan Portfolio otak dah tak boleh terima. Nampaknya kena gilap dengan cara pratical...

 Kesimpulannya :  banyak rupanya tempat bersejarah dan menarik di Malaysia nie...nie baru Kolumpur jerrr..........




Best betul2 kawan2 intake nie....sampai sanggup bawa bas persiaran just untuk buat training smbil siapkan assignment....really appreciate them!!!!!



With luv,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag