Skip to main content

SEHARI DI KIDZANIA, KUALA LUMPUR

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Cuti sekolah kembali lagi!! Ibu bapa sekian pasti sibuk memikirkan kemana nak bawa anak-anak mereka menghabiskan cuti mereka.  Apakata kali ini kita Pusing Selangor Dulu.

Jom kita bawa anak-anak ke Kidzania, Kuala Lumpur yang terletak di Mutiara Damansara.

Kidzania adalah taman tema didik dimana kanak- kanak boleh merasai pengalaman mempunyai kerjaya atau pekerjaan seperti orang dewasa.  Kanak-kanak dan remaja berumur 4 hingga 14 tahun selalunya mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor, ahli bomba, polis, pemberita, juruterbang dan sebagainya,  tetapi adakah mereka benar-benar memahami tugas-tugas tersebut?  Di sini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti dan memahami alam pekerjaan kerana ada lebih 60 tarikan dan lebih 100 aktiviti disediakan. Setiap pekerjaan yang dilakukan akan menerima gaji. Gaji yang diterima dalam bentuk matawang Kidzania (Kidzos), ianya boleh disimpan di bank atau di belanjakan di mana-mana kedai di sini.

Menarikkan !!!!

Baru-baru ini k mid berpeluang melihat dan menyertai aktiviti di Kidzania bersama Tourism Selangor.


Dengan SOP yang ketat serta ciri -ciri keselamatan yang sentiasa dipraktikkan,  ibu-bapa tidak perlu ragu-ragu membawa anak-anak kesini.

  • Alamat :
         Curve NX,
         Jalan PJU 7/5
         Mutiara Damansara,
         47810 Petaling Jaya, Selangor
  • No.tel  : 03 22039666
  • Waktu Operasi :  10am - 5pm
 Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini boleh layari :


Salam sayang,
 

Comments

  1. Budak budak memang seronok kalau ke kidzania ni sebab boleh explore mcm mcm. Jangan kata budak, kadang mak ayah budak pun eksited hehe

    ReplyDelete
  2. Kanak2 mmg suka pergi sini.. semua mereka nk jadi apa pun sejak PKPP ni blm pernah masuk lg. Bagus la mrk tetap patuhi SOP.

    ReplyDelete
  3. Banyak dengar dan baca review kata best kat Kidzania ni, tapi sejujurnya Qeela sefamily tak pernah pergi lagi huhuu. Nanti maybe bolehla try pergi mcm seronok untuk anak2 kan 😁

    ReplyDelete
  4. Bestnya baca pengalaman exploring Kidzania ni... teringin nak explore juga walaupun lebih sesuai untuk kanak-kanak.. Ada peluang sure akan lawat Kidzania dengan anak-anak buah nanti...

    ReplyDelete
  5. Anak saya suka ke sini. Macam2 aktiviti pekerjaan dia boleh buat. Paling dia suka jadi ahli bomba.

    ReplyDelete
  6. Kalau Sis ada anak kecik, semua tempat Sis bawa bercuti ni...sebab dulu masa anak kecik, tak banyak tenpat nak bawa anak berjalan,,, balik-balik gi taman aje..

    ReplyDelete
  7. Seronok mereka habiskan masa kat sini. Bagi mereka puas-puas cuba semua pekerjaan. Hehe

    ReplyDelete
  8. Seronok ni bawa budak. Kalau masuk takut taknak keluar. Tapi harga dia pon boleh tahan. Huhu.

    ReplyDelete
  9. tak pernah jejak lagi sini, dah lama teringin nak bawa anak2 ke sini. hope one day ada rezeki

    ReplyDelete
  10. Selalu iena dengar je pasal kidzania ni. tak pernah pergi lagi..hehe yela masih belum kawen dan takde anak lagi. kalau da ade anak nanti boleh la selalu bawa anak ke sini

    ReplyDelete
  11. Yaya pernah pergi kidzania sebelum ni memang seronok sangat kita rasa macam jadi kanak2 semula haha yela time kecik dulu takde macam ni kan

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag