Skip to main content

GAMARO CHICKEN & BURGER : AYAM TANPA TULANG KOREA NO.1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Hai kawan- kawan semua,  lagi beberapa hari kita umat islam dah nak menyambut bulan Ramadan. Cepatnya masa berlalu,  rasanya baru aje menyambut Ramadan dan Aidil Fitri 2023 dan kini Ramadan 2024 dah menghampiri.
Nak ceritalah cikit...kak mied dan kawan-kawan pun decide nak jalan-jalan dan makan-makan sebelum menyambut bulan Ramadan nanti. Sewaktu kami jalan-jalan di The Curve, Mutiara Damansara kami pun terjumpa satu restoran makanan segera Korea, menu kat restoran nie nampak menarik dan kami pun singgahlah tengok-tengok. Nama restoran nie ialah GAMARO Chicken & Burger.


Kak mied dan kawan-kawan pun dah lama tak makan ayam goreng korea nie jadi kami pun sepakat nak cuba makan di restoran ini. Mula-mula kami teliti dahulu, adakah restoran ini mendapat status HALAL?. Ya..memang terpampang sijil halal di kaunter restoran....jadi kami pun terus memesan beberapa jenis menu dan minuman.
Inilah menu yang kami order...semua pun nampak sedap😋😋

Kak mied dan makanan berpisah tiada😄😄

Nie antara menu-menu yang kami order :
  • Half Chicken
  • Dakganjung Soy Garlic
  • Dakganjung Monster
  • Dakganjung Chili Mayo
  • Cheese Tteokpokki
  • Rapokki
  • Cheese Fries 







Burger pulak kitaorang order 2 jenis iaitu :
  • Double Cheese (ala carte)
  • Sweet Chili (ala carte)
Double Cheese

Sweet Chili
Minuman pulak kami nak cuba ke empat- empat  perisa yang terdapat disini.
Sparkling Ade (Aloe vera,Hawaii Blue, Yuja,Lemon)


Yang kak mied minum nie perisa Lemon
Memang best lepak-lepak kat sini, tempat pun bersih dan teratur ditambah dengan minuman dan makanan yang sedap.





Bulan Ramadan ini, Gamaro Chicken & Burger juga turut menyediakan pakej "Jom Buka Puasa" jadi sambil bershopping raya tue bolehlah berbuka di sini.

📍 Gamaro Chicken & Burger
Lot G110, The Curve, Jln PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya

Selamat berpuasa dan selamat mencuba menu di sini❤️

Salam sayang,
Miedajaz


Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...