Skip to main content

DAE GA KOREAN RESTAURANT : RESTORAN MESRA MUSLIM DAN MENGHIDANGKAN MASAKAN ASLI KOREA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Hi, semua. 
Hari ini kak mied nak cerita tentang makan-makan bersama teman-teman di Restoran Korea
Memang tidak dapat dinafikan memang banyak terdapat Restoran Korea di Lembah Klang ini dan kita semua teringin nak makan di Restoran Korea cuma kita mesti selalunya tidak yakin dan was-was akan status halal restoran tersebut.
Kak mied dan bestie dah jumpa dah Restoran Korea yang sedap, masakan asli Korea dan Muslim Friendly di The Curve, Damansara iaitu Dae Ga Korean Restaurant.

Restoran ini di buka pada Disember 2022 dan makanan-makanan di sini adalah terbaik dan authentic korea kerana memiliki chef-chef yang memang berpengalaman serta mereka juga mahir dalam pemilihan daging premium yang berkualiti serta memiliki teknik dan resepi pemerapan terbaik.

Chef Ms Yang Haeree yang sangat berpengalaman sedang menerangkan tentang menu yang terdapat di restoran ini.

Jom kak mied tunjuk apa yang kitaorang order di sini :

Tengok tue..penuh meja kitaorg order...meriah betul😅

Kimchi Jeon Gol
Bibim Naeng Myeon

Mul Naeng Myeon 

Haemul Jeon

Yang nie Yangnyeom Galbi-Dae Ga Special Set
Dalam set ini,  terdapat daging, ayam dan seafood seperti udang, sotong dan kepah yang telah di marinate untuk di bakar dan yang bestnya semua dibakar menggunakan arang jadi memang sangat sedap dan beraroma.
 Korang boleh memilih untuk bakar sendiri atau suruh staff untuk korang.  Bagi kitaorang memang kitaorang nak staff bakarkan dan kitaorang enjoy jer menikmati daging dan ayam yang telah siap dibakar.  Lagi pun kitaorang bukan pandai bakar-bakar nie ..kang hangus dah tak sedap😅


Staff- staff di Dae Ga Restoran juga sangat friendly dan sangat membantu

Bulgogi pula di bakar dengan special sos,memang sangat lembut dan menyelerakan

Galbi Tang
Seperti biasa, makanan Korea akan disajikan bersama hidangan sampingan.
Untuk side dish nie...free flow ya 🥰

Untuk dessert pulak, kami memilih untuk mencuba Shikhye  iaitu sejenis minuman manis berasaskan nasi dan malta.
Dalam masakan tradisional Korea, biasanya dihidangkan sebagai makanan penutup atau manisan. Dalam Sikhye ini mengandungi butoran bijiran dan dalam sesetengah hidangan terdapat kacang pain.
Menikmat Sikhye sejuk sebagai dessert selepas makan sangat menyegarkan - korang disyorkan untuk cuba Sikhye ini👍

Untuk yang berminat untuk mencuba makanan Korea yang menyediakan Daging Premium berkualiti  yang di marinate bersama bahan-bahan terbaik Korea boleh ke sini :

📍Dae Ga Korean Restaurant
Lot 146, The Curve, 1F, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara
47820 Petaling Jaya
Selangor

☎️ 03-64210733


Masa Operasi : Setiap hari
Dari 10.00 am - 10:00 mlm kecuali Jumaat,Sabtu, Ahad dari 10 am - 11:00 mlm.

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...