Assalamulaikum dan Salam sejahtera. Anugerah yang dinanti-nantikan kembali untuk mengangkat martabat usahawan Islam di persada antarabangsa. Edisi ke-2 Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 yang berlangsung di Le Meridien Hotel , Putrajaya yang dianjurkan oleh KNKV Group dan diiktiraf secara rasmi oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders , dengan sokongan padu daripada CTOS Data System Berhad selaku rakan semakan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK ) sebagai rakan strategik akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM ) sebagai rakan guaman rasmi, serta Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan. Majlis ini menghimpunkan tokoh industri dari dalam dan luar negara termasuk penerima anugerah antarabangsa antaranya seperti Muslim Pro (Singapura), Human Appeal (Australia), dan ZTE (China) menjadikan anugerah ini medan pengiktirafan dunia kepada syarikat yang menggabungkan prinsip perniagaan moden dengan etika Islam. Presiden Dewan P...