Skip to main content

Posts

COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil Membantu Kulit Yang Bermasaalah dan Berjerawat

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Harapan k mid semoga kita semua sihat dan dilindungi dari ancaman Covid-19.   Walaupun memang stress terpaksa berkurung di rumah dan tidak boleh ke mana-mana,  kesihatan kita dan orang di sekeliling kita harus diutamakan. Marilah kita mangamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan disamping  itu kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat. Dari  segi kesihatan tubuh badan,  bolehlah kita bersenam di rumah saje,  menjaga pemakanan yg seimbang,  berkebun dan sebagainya. Bagaimana dengan kesihatan kulit pula,  aspek ini pun kita tidak boleh ambil mudah.  Kita perlu menjaganya walaupun banyak menghabiskan masa di rumah di kala masalah pandemik melanda sekarang nie. Disini k mid ingin berkongsi produk penjagaan kulit dari COSMODERM . Mungkin ramai yang telah mencuba dan mengetahui Rangkaian produk penjagaan kulit dari Cosmoderm tapi kali ini k mid nak kongsikan ialah Vitamin E dan Tea Tree O...

Kitsui Review : Perbezaan Antara Produk Whitenin BB dan Vitamin C + Shine

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan,  ibarat irama dan lagu.  Semua wanita ingin kelihatan cantik dan menawan  dengan kulit yang cantik dan mulus.  Begitu juga kesihatan badan kita,  dengan keadaan dunia yg dilanda Pandemik Covid 19 sekarang, kita perlukan makanan kesihatan dan vitamin c bagi meningkatkan sistem imunisasi badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit dan sentiasa cergas. Dengan peningkatan usia,  k mid dapat merasakan kulit k mid semakin kusam dan bintik-bintik hitam banyak kelihatan. Jadi baru-baru ini k mid mencuba  Kitsui Whitenin B B dan Vita C+ Shine .     Kenapa k mid  memilih  memilih Kitsui Whiten BB dan Vita C + Shine ini? > Yang penting sekali produk ini bebas dari bahan- bahan yang merbahaya seperti bahan pengawet, glute, GMO, alergen, antibiotik d an bahan-bahan larangan lain yang boleh menganggu hormon dan kesihatan badan . >Produk ini juga te...

10 MASJID TERINDAH DI NEGERI SELANGOR

 Masjid yang Cantik &Indah untuk dikunjungi Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya di Negeri Selangor Dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara Malaysia, Negeri Selangor memiliki pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Bersempena bulan Ramadan tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.  1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pen...

9 LOKASI AKTIVITI PELANCONGAN EKO YANG MENARIK DI NEGERI SELANGOR

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Sektor Pelancongan Eko Menerima Perhatian Yang Signifikan dalam Kalangan Pelancong di Negeri Selangor Sektor pelancongan eko ialah antara segmentasi pelancongan yang paling menerima sambutan di Negeri Selangor kerana keunikan alam semulajadi di Negeri ini. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda kelak dengan menikmati  dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut:   1) FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjo...

PELANCARAN BOOKLET : PANDUAN KE SKYMIRROR, KUALA SELANGOR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Baru-baru k mid dan rakan -rakan media yang lain berpeluang ke Sky Mirror di Kuala Selangor bersempena dengan majlis Pelancaran Booklet : "A Guide To Sky Mirror , Kuala Selangor" . Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan , Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli . YB Tuan Hee Loy Sian bersama penulis Goh Yong Chuan Booklet " A Guide To Sky Mirror, Kuala Selangor" di tulis oleh penulis  Goh Yong Chuan   menerangkan mengenai biodiversity di daerah Kuala Selangor secara lebih terperinci kepada umum,  memberi pengetahuan kepada pengunjung untuk lebih memahami dan mempelajari mengenai pemuliharaan alam semulajadi. Booklet ini akan menjadi buku panduan yang berguna  kepada pengunjung yang datang ke daerah Kuala Selangor untuk meneroka khazanah laut . Antara kandungan yang terdapat dalam booklet ini ialah mengenai : Kuala Selangor Sky M...