Skip to main content

Deco bersama anak2 - Kisah kek cawan@cup cake

Tarikh : 31/12/2010

Kisah si kakak & si adik yang sibuk nak buat kek cawan......si kakak nak hadiahkan pada best friendnye sempena harijadi... nak buat dengan air tangan sendiri katanye ...touching nye...sibuklah ke kedai membeli bahan2nye...Mama bertanya tahu tak resepinya??? dengan confidentnya menjawab.....kitaorg dah ada resepi dari kawan yang keja kt cake house....Good....

Si kakak dan si adekpun sibuklah kt dapur.....mamapun biarkan saja....tup2 dah siap...diajaknya mama merasa kek cawan tue.....nampak macam ok...bila rasa alamak!!!   pahitnye...terlebih koko rupanye.....akhirnya 1 adunan masuk kt tempat yg sesuai..............bakul sampah...hehehe

Akhirnya...mereka pun gunalah resepi dari mama. Pada asalnya tak tanya pun mama...ada resepi tue ke tidak!!.. dan selepas sedikit ilmu mama turunkan pada mereka akhirnya berjaya. SI kakak serta adek gembira sangat dapat deco kek cawan......sedap jugak tapi tak lah cantik macam kt kedai kek tue.....Thanks for my kids yang suka mencuba...i love u all..............


                                                       


Inilah hasilan nukilan mereka.....Yang ini perasa buah2 campuran.
Ini pulak perasa Coklat - siap dengan huruf sekali

Inilah paling istemewa~untuk MAMA & ABAH
Kalau sesiapa beminat bolehlah mencuba~sempoi je....

 KEK CAWAN - PERASA BUAH2AN

Bahan-bahannya 

 2 Biji telur ayam
125 gm gula
150 gm tepung gandum
125 gm majerin/butter
1 sudu teh soda bikabonat
sedikit esen vanila
mix fruit ikut sukahati

Kaedah penyedianya :

1.  Pukul telur dengan gula hingga putih.
2. Kemudian masukkan soda bikarbonat & esen vanila serta buah2an campuran.
3. Masukkan majerin/butter.
4. Akhir sekali masukkan tepung.  Putar dengan kelajuan serderhana selama lebih kurang 10 minit.
5. Sudukan kedalam cawan muffin, 2/3 penuh, bakar selama 20 minit pada suhu 170.

KEK CAWAN - PERASA COKLAT

Bahan-bahannya 

 2 Biji telur ayam
125 gm gula
150 gm tepung gandum
125 gm majerin/butter
1 sudu teh soda bikabonat

1/2 cawan koko }
1/2 cawan air     } bahan2 ni di dicair di atas dapur dgn api perlahan & di kacau supaya tidak
1/4 cawan gula   } berketul,  kemudian di sejukkan



Kaedah penyedianya :

1.  Pukul telur dengan gula hingga putih.
2. Kemudian masukkan soda bikarbonat & coklat yang di cairkan tadi.
3. Masukkan majerin/butter.
4. Akhir sekali masukkan tepung.  Putar dengan kelajuan serderhana selama lebih kurang 10 minit.
5. Sudukan kedalam cawan muffin, 2/3 penuh, bakar selama 20 minit pada suhu 170.

 SELAMAT MENCUBA


With Love

Comments

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...