Skip to main content

Percutian di Redang

Assalamualaikum semua...........
K.mid dan family baru je balik dari bercuti ....dekat aje kali nie....ke Pulau Redang aje...
Kami ke sini selama 3 hari 2 malam aje..

K.mid coretkanlah pengalaman kak mid..manatau ada yang berminat nak ke Pulau Redang....cantiknya Pulau Redang........

25hb April 2014
 Pukul 8.30 pagi bertolak ke LCCT....seperti biasa kitorang naik kereta dan nak parking di Zone D iaitu kawasan parking yang sewanya RM16.00 sehari....(ingat lagi kan..k.mid pernah tulis pasal kawasan parking murah sikit........... di LCCT) kt situ lah parking nye tapi kali nie hujung betul..sebab penuh sangat kat area depan2...


Jauh jugak menapak....mungkin kali terakhir parking kat sini sebab KLIA2 kan dah beroperasi..
Pukul 12.00 tengahari kami pun menaiki flight ke Pulau Redang....Tiba di airport naik teksi untuk ke Jetty Shahbandar...bagi yang tak tahu kadar bayaran teksi dari airport ke Jetty Shah Bandar dalam lingkungan RM25.00 -RM30.00


Di belakang tue aje Jetty Shahbandar...didepan pula Pasar Payang


K.mid sampai di Jetty Shahbandar kira-kira pukul 1.30 petang jadi tak sempat untuk menaiki bot pukul 1.00 tengahari jadi kami jalan-jalan dan makan-makan dulu di Pasar Payang dan kemudian naik bot terakhir iaitu pukul 3.00 petang.


Sampai tidur 3 beranak nie dalam bot...perjalanan dari Jetty Shahbandar ke Pulau Redang kira-kira 1 jam 45 minit
Dah sampai Pulau redang....pantai yang memutih.....wow!!!

Indahnya .....
Ini dia Chalet Penginapan kami iaitu Redang Lagoon

Waktu kami sampai sini...minuman petang tengah di sajikan ..iaitu cucuk udang...sedap jugak bila dah lapar.

Kemudian mulalah episod rehat2...dan dan menikmati keindahan pantai...



Kalaulah dapat lepak macamnie selalu........bestnye...hilang kejap masalah kerja...
Dan bila senja menjelma.........inilah keindahan yang dapat k mid capture

Subhanallah...............

Esoknya :- aktiviti snorkeling bermula.............




Snorkeling di Marine Park - RM5.00 tuk dewasa

Pandangan dari atas jetty...

Sangat best snorkeling kat sini..bole beli roti bagi ikan nie makan....
 Malamnye pula ada BBQ.... Bakar sendiri ya........nie yang best kt Redang Lagoon...ambiklah banyak2 tak da yang control...last2 membazir......



Di sini kak mid nak review sikit pasal Redang Lagoon...tempat nie ok...makanan dia ok..sedap!! tapi k.mid nak syorkan agar menu dia tukar atleast untuk 3 hari..sbb yang datang menginap kat sini biasanya selama 3 hari....klu 3hari menu yang sama ...apa cerita????   Yang lain semuanya ok..almaklumlah package budget kiranya bersesuaianlah dengan apa yang dapat... dan makan di Redang Lagoon nie kita tak was2 kerana memang pemilik chalet nie orang islam.

Surau juga di sediakan...sebelah je bilik kitaorang...


Sangat best...dapat spend time dengan family selepas 4 bulan bertungkus lumus study....

"CUTI-CUTI MALAYSIA"


Luv u,

Comments

  1. salam. nak tanya brape rates utk bot tu ya?

    ReplyDelete
  2. Rate bot dah termaduk dalam pakej

    ReplyDelete
  3. bape rate pakej dia? x sebut pon

    ReplyDelete
  4. So total modal akak spent dari rumah dan di pulau redang selama 3h2m tu berapa kak ye?

    ReplyDelete
  5. Termasuk semua pakej pakej tulah. Kalau akak ada lubang agensi percutian murah boleh tolong emailkan dekat saya tak kak? Ikhtiaruddinruslan@gmail.com

    ReplyDelete
  6. slm..sy seorang runner pekej bercuti ke pulau redang..
    sesiapa yg berminat nk ke sana boleh hubungi/wasap su utk pertanyaan/keterangan dn
    tempahan kt no sy ini..0179799773

    ReplyDelete
  7. slm..sy seorang runner pekej bercuti ke pulau redang..
    sesiapa yg berminat nk ke sana boleh hubungi/wasap su utk pertanyaan/keterangan dn
    tempahan kt no sy ini..0179799773

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag