Skip to main content

Percutian ke Sabah(Part 1) -PULAU MANUKAN

Alhamdullillah......dapat kembali menaip dan menceritakan pengalaman ketika bercuti bersama keluarga dan teman-teman untuk dijadikan pedoman yg mungkin berguna pada orang lain...
Sebelum tue rasanya masih sempat mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari K mid.

Sebelum ketibaan bulan Ramadan, kak mid dan keluarga dapat bercuti ke Sabah.  Biasalah k mid beli tiket promo airasia dengan harga Rm85 pergi balik. Itulah saja k mid mampu buat masa nie untuk bawa keluarga bercuti.

Seperti biasa sebelum bercuti k mid akan google tempat yang k mid ingin lawati di Sabah so hasil dari google kak mid telah pun buat itinerary seperti nie  :

Hari Pertama ( 26 Jun 2014 - Jumaat)
Dapatkan Kereta sewa  terus ke Terminal Ferri Jesselton (sarapan pagi disini) -Terminal Ferri Jesselton Jesselton adalah jeti untuk ke pulau Manukan, Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan Pulau Sulog iaitu Pulau2 di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman

Kita semua boleh memilih untuk ke salah satu dari ketiga2 pulau ini  iaitu pulau manukan, Pulai Sapi atau Mamutik.  Kak mid pilih untuk ke pulau Manukan aje
 Bayaran bot dan alat snookeling serta jaket keselamatan adalah lebih kurang RM25 seorang.Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Bawalah roti, air atau sedikit bekalan makan ke sana sebab di sana makanan na sudah tentu harganya agak tinggi.

Inilah dia Terminal Feri Jesselton....makan atau sarapan dulu di sini...masakannya bole tahan


Pada mulanya kami sekeluarga tidak ada perancangan untuk ke pulau nie, tapi  rasanya tidak lekap percutian kami ke Sabah jika tidak mengunjungi dan bersnokeling  di Pulau indah ini.








Kami berada di pulau manukan dari pukul 10 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Jika ingin menyelam di pulau ini juga boleh gunakan alat nie


Tak tahu nama alat nie...tapi hanya boleh di gunakan dari pagi hingga pukul 1.00 tengahari dengan kadar bayaran lebih kurang RM150.00 untuk 20 minit



Alhamdulillah...dapat menjejakkan kaki ke sini......mungkin next time snookeling kt pulau sapi ke atau Pulau mamutik...hehehe...

Sampai jumpa lagi..........

With luv,

Comments

  1. Best!! Semut hari tu sempat g Pulau Sapi ja.. hehe.. Len kali nak g mabul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang semut..salam perkenalan dari kak mid... k. mid nak repeat gak gi Mabul...best Mabul

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Mid! Salam perkenalan sari saya.. Datang singgah sini dari group #KelabBloggerBenAshaari.. Done follow jugak.. ^_~
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'kumsalam rosmiza, salam perkenalan...dah follow u syg...

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

PENGALAMAN SAMPAI KE PARADISE 101 LANGKAWI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera "PARADISE 101 LANGKAWI" Korang semua dah pernah sampai ke sini ke???  K mid baru aja sampai ketika mengikuti Famtrip baru-baru ini. Paradise 101 adalah pulau persendirian dan  pulau buatan manusia.  Di urus dan di miliki oleh NAAM Sdn Bhd,  ia nya merupakan Pulau yang ke 101 di Langkawi. Berlantarbelakangkan Laut Andaman, pulau eksklusif ini hanya berkeluasan 2 ekar,  dikelilingi dengan pasir pantai yang memutih serta pohon pinus yang tentunya menjanjikan permandangan indah. Ada banyak aktiviti air yang ditawarkan di sini seperti main jet ski,  main taman tema mini Aqua, Banana bot, snorkelling , zipline dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat kemudahan lengkap yang lain seperti Dewan untuk menglansungkan majlis perkawinan, Cafe, tandas dan sebagainya, Bagaimana cara hendak ke sini?? Senang aje nak ke Paradise 101 nie,  kena naik bot di jeti Paradise 101 yang terletak di Pantai Kok berhampiran dengan Telaga Harbour Marina Langkawi. D