Skip to main content

Percutian ke Aceh (menjejak Tsunami)

Assalamulaikum

Syukur alhamdulillah di beri kesempatan ke bumi Aceh selepas lebih 10 tahun bumi Aceh di landa Badai Tsunami.
Perjalanan k mid dan rakan-rakan bermula pada tanggal 4hb. Mac 2015 dengan pesawat Air Asia pada pukul 1.50 tengahari dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda jam 2.00 petang waktu Acheh

Bandara yang bercirikan islamic



Bandara yang telah di bangunkan selepas Tsunami 2004
Bermulalah pengembaraan kami di Bumi Acheh yang juga di kenali sebagai Serambi Mekah
Tiba di Bandar Acheh, kami di sambut oleh Abang Zahari yang berkerja dengan Hotel Rumoh PMI dan Wisma PMI iaitu tempat penginapan kami.. Pihak penginapan telah menyediakan Pengangkutan percuma dari Lapangan terbang ke Hotel dan juga dari Hotel ke Pelabuhan.... alhamdulillah ...kan dan safe budget kami...


Mendapatkan peta adalah penting sebelum memulakan perjalanan..betul tak???

Gambar di depan hotel tapi di panggil Hotel Rumoh PMI

 Kami berempat dok terfikir2 ...apa makna PMI tue...rupa2 nya Pasukan Palang Merah Indonesia....Adui!!!!  menginap dengan Hotel yang di usahakan oleh pasukan palang merah yang mendapat dana untuk membangunkan kawasan tersebut selepas Tsunami.
Staff yang ramah dan sedia membantu.
Seterusnya selepas letak beg...kami pun berjalan kaki menuju Muzium Tsunami yang kira-kira 10 minit berjalan kaki....kira-kira 2 km....(penat jugak menapak..nasib baik k mid nie fit lagi...hehehe)



Gambar-gambar di hadapan Muzium Tsunami



Ku tatapi saat2 duka mereka dan kini saat-saat pemulihannya

Muzium ini di buka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Tidak di kenakan apa2 bayaran saat ini,.

Muzium Tsunami ini adalah sebuah muzium yang dirancang sebagai monumen simbolik kepada bencana gempabumi dan Tsunami yang melanda Aceh sekaligus menjadi pusat pendidikan dan tempat perlindungan darurat andai Tsunami terjadi lagi.

Saat melangkah masuk ke muzium ini....k mid merasa sedih...melihat kemusnahan dan gambar2 ribuan nyawa yang terkorban.  Itulah tanda kebesaran tuhan...AL fatihah buat mereka.

Laluan Muzium ini agak berpusing-pusing....

Kesedihan di hati tatkala melihat gambar ini


Nama-nama penyumbang dana bantuan termasuk M'sia ada di letak kan ...begitu juga ada ruang nama2 beribu-ribu korban di ruangan Sumur Doa. Bacaan ayat suci Al Quran berkumandangan saat berada di ruangan Sumur Doa.
Naskah ALquran yang di kumpul selepas Tsunami



Seterusnya....kami meneruskan perjalanan untuk melihat kapal PLTD Apung di Desa Punge, Blancut Bandar Aceh




Kedasyatan gelombang Tsunami yang boleh menyeret kapal yang seberat 2,600 ton ini kedaratan  dari Pelabuan.




Kapal PLTD (Pembangkit Listik Tenaga Diesel)yang datang ke Aceh pada tahun 2003 untuk memenuhi keperluan letrik di bandar Aceh telah di seret kedaratan sejauh lebik 5km.



Gambar2 di atas Kapal PLTD Apung dan contoh  rumah yang di ranapkan olehnya
Melihat sendiri kejadian yang menimpa bumi Aceh walaupun sudah 10 tahun berlalu amat memberi keinsafan pada k mid...alhamdulillah bumi aceh semakin membangun ...


Seterusnya kami ke daerah Gampong (kampung) Lampulo untuk melihat Bot di atas rumah.





Beginilah maha dahsyatnya ....bot nelayan yang seberat 65 tan telah di seret sejauh 3km dari lautan hingga tersadai di atas bumbung rumah penduduk

Tangga di sedia kan bagi para pengunjung melihat bot ini secara dekat

Terpaku sedetik!!

Nama-nama beribu2 penduduk kampung Lampulo yang terkorban.  Innalillah hiwainnailla hirajiun......

 Perjalanan kami seterusnya ke satu kawasan perkuburan di panggil perkuburan Massal. Kuburan Massal nie di beri nama Kuburan Massal Siron kerana terletak di Gampong(Kampung ) Siron.
 Letaknya di Jalan Bandara Sultan Iskandar Muda.


Sabanyak 46,718  korban di kebumikan di sini secara beramai..ramai




Replika gelombang Tsunami .....KUN FA YA KUN................

Di kuburan ini di bina pondok dan di letakkan yassin untuk para saudara mara dan pelawat yang berkunjung untuk sedekahkan bacaan yassin atau Al Fatihah...sesungguhnya perjalanan ke bumi Aceh nie amat menyedihkan..



Tidak akan lengkap perjalanan ke bumi Aceh jika tidak mengkunjungi Masjid Agung Baitulrahman  yang terletak di tengah2 bandar Aceh.

 Sewaktu Badai Tsunami melanda...Masjid Agung ini terselamat walaupun  ada juga kerosakan2 yang berlaku.

Menjejak kaki dan menunaikan sholat di Masjid Agung ini adalah pengalaman terindah...semuga semua kejadian yang berlaku ini banyak memberi keinsafan pada kita..Amin


Terima Kasih Ya Allah yang mempermudahkan perjalanan ku ke sini.



With luv,

Comments

  1. Assalamualaikum k mid.. Allah, sedih tengok gambar2 yang k mid kongsikan.. Terbayang2 keadaan mangsa2 tsunami 10 tahun lalu.. Semoga roh mereka berada dalam keadaan tenang hendaknya..
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
  2. Wkumsalam miza...mmg sedih sekali..walau sudah 10 thn berlalu..kesannya masih sukar dilupakan

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag