Skip to main content

Percutian ke Shenzen Goungzhou 6hari 4 malam (Day 01)

Assalam semua pembaca budiman...baru je pulang dari Trip ke China,,cepat2 menaip takut lupalak..dah terfikir kali nie nak cepat2 menaip supaya ingat semua aturcara dan orang lain akan dapat menafaatnya.
Sebelum nie banyak trip juga dah pergi tapi dok  terperap...x nak menaip akhirnya terbengkalai..bila nak menaip dah x ingat...huhuhu
Oklah...Kesempatan ke China kali nie atas kerja iaitu memjadi Tour Leader Syarikat Poto Travel Sdn Bhd.  Membawa dan menjaga kebajikan 23 orang untuk bercuti ke Shenzen dan Goungzhou,.

Day 01 (23 Mac 2016)

Penerbangan kami nie menaiki pesawat Cathay Pasific
Jam 7.35 pagi...semua peserta di minta berkumpul di Aras 5 Kaunter H untuk check in dan Drop Luagage.

8.30 pagi..semua urusan selesai dan semua berkumpul untuk sessi taklimat dan bacaan doa kemudian semua menuju pintu penerbangan antarabangsa.

Flight kami jam 10.20 pagi  dengan penerbangan tanpa henti selama 3 1/2 jam dan di jangka tiba di lapangan Terbang Hong Kong jam 2.30 petang.

Akhir nya kami tiba jam 3,00 petang...lewat setengah jam

Tiada perbezaan waktu Malaysia dan China....jadi x payah adjust jam...hehehe...tapi kul 6.00 petang dia dah gelap macam kul 7,00 malaysia tapi rata2 shopping mall dan kedai tutup hingga jam 11.00 malam.

Jangan lupa isi arrival form atau white form sebelum imigresen...jika guna feri ke mainland x payah isi form....jam 4.00 petang semua urusan di airport selesai....


Nie dia coach kami..yang akan bawa ke Hotel di Shenzen...kira Hong Kong Nie macam transit jer...Captain Coach sebiji macam gengstar...marah orang selamba jer..

Guide kami A LIM..yang pandai berbahasa Melayu Indonesia..tapi dia hanya akan bersama kami hanya smpai border jer

Jalan menuju Shenzen


Apa yang dapat k mid tengok ialah kutipan tol nya seperti lebih korang macam smart tag amat efisien berbanding smart tag kita..jadi kurang sangkut di Plaza Tol.

5.30 petang ..tiba di imigresen Hong Kong Shenzen.

Guide lain pula menunggu iaitu Mr George (English Speaking)...dialah yang akan bersama hingga habis Trip nie

Selepas memasuki Shenzen...kami meneruskan perjalanan kira-kira 20 minit untuk sampai ke Hotel kami iaitu Hotel Century Plaza...Check in Hotel dulu




Seterusnya dinner di restoran Halal berhampiran dengan hotel.


Makanan di restoran banyak betul letak herba sampai tak tahan pijar lidah

Restoran Halal di Shenzen agak kurang berbanding Goungzhou
Selepas dinner kami di bawa ke Louhou Coomercial Market....

Walking distance jer Luo Hu Coomercial Market nie dari Hotel kitaorg
Luo Hu Coomercial Market nie kiranya macam Berjaya times Square atau Sg Wang...Banyak barangan di jual di sini tapi  boleh tawar hingga setengah dari harga....

K mid survey dulu....tengok kat sini xlah murah sgt...rasanya orang cakap di Goungzhou lagi murah..


Keluarga En Zainuddin ketika menemani k mid

Beginilah suasana di sekitar Lou hu  Coommercial Market pada waktu malam.  Ini pula En Rahman bersama Isteri 
Setelah kira-kira sejam pusing2 di sana... kami pun pulang semula ke Hotel. Kaki pun dah lenguh sangat..so besok nak tour lagi nie....balik berehatlah...

Begitulah kisah hari pertama..........bersambung


Luv


Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...