Skip to main content

Famtrip ke Muar, Johor Part 2

Assalamulaikum.
Kak mid bersambung lagi bercerita tentang Muar untuk hari yang ke 2...

Seawal 8.30 pagi semua peserta dah bersiap untuk Check out dari Hotel Traders . Kami akan di bawa bersarapan di R& H Cafe (Sate Maharani).  Sebagai Bandar Maharani...salah satu tarikan dan keunikan Muar ialah makanan tempatan yang enak dan sedap..
Jom kita terjah  makanan di R& H Cafe nie....

Sebahagian dari Kueh mueh yang di hidangkan
Ada Lontong, Mie Rebus dan Meat ball

Nie dia hidangan utama,,,Satay.

                           Di Muar nie... Satay menjadi menu utama untuk sarapan

Terima kasih R & H Cafe kerana  sarapan yang sedap nie






 Nie. alamatnya  :-
R & H Cafe Satay Maharani
No.15 , Jalan Temenggong Ahmad 26/1,
Taman Sri Temenggong,
Jalan Temenggong Ahmad,
84000 Muar Johor
Dibuka seawal 7 pagi hingga 12.30 malam setiap hari kecuali hari Jumaat

Perjalanan di teruskan  ke destinasi berikut iaitu  ke  Don Hu Jurassic Park Garden

Don Hu Jurassic Park Garden ini dulunya di kenali sebagai Don Hu Nursery.  Minat pemilik Nursey ini En Heng Chiang Hwee terhadap haiwan prasejarah mendorong beliau menghias kebun beliau dengan patung Dinasour yang di tempah dari China.


Nie Dinasour2 yg  ada dalam bangunan. Ada  juga pertunjukan Dinasour untuk pengunjung.

Tengok tue...orng2 dewasa lak yang happy jumpa dinasour..........hahaha
Nie semua dinasour di kawasan luar,,,,seramnya



Bole naik anak dinasour ni....best jugak rasa kembali ke zaman kanak2... kak mid mmg excited lebih...huhuhu

Bole beli jugak permainan2 bertemakan dinasour dan Jurassic Park dengan harga yang lebih murah berbanding di luar
Buat masa nie tiada bayaran masuk di kenakan di sini...cuma kalau nak main anak Dinasour tue kena bayarlah ya...tak mahal pun dalam Rm3-5 satu pusingan...
Apalagi ...kalau dah sampai Muar bolelah bawak anak2 ke sini...iaitu di Jalan Pintasan Muar.

Lawatan seterusnya ke Pusat penanaman & semaian Nursery terbesar di Malaysia iaitu Tankok Leyong Nursery

cantik2 bunga kt sini..mcm kt Cameron Highland


Sessi penerangan dari pemilik Nursery
Selesai di Tankok Leyong Nursery...perut pun mula berkeroncong...kami pun di bawa  ke Ke Nasuha Herbs & Spices (Ladang Herba dan Rempah Ratus Nasuha).

Inilah Makanan Tengahari kami iaitu Briyani Herba,,nyam2
Antara produk2 keluaran Nasuha herbs & Spices

Dapat merasa minuman2 herba yang berkhasiat dari Ladang Nasuha nie

Selesai makan tengahari  kami di bawa menaiki Trem untuk melawat ladang rempah ratus Nasuha

                             Kami di beri penerangan tentang jenis pokok herba dan khasiat2nya   



Dan seterusnya perjalanan kami ke tempat yang cukup bersejarah iaitu Galeri Darurat Bukit Kepong yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Plaza Tol Pagoh.



Galeri Darurat Bukit Kepong ini diharapkan menjadi sumber rujukan masyarakat khususnya generasi akan datang mengenai keganasan yang dilakuakn oleh pihak komunis.  Galeri ini juga menghimpunkan peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Banyak artifak2 bersejarah terutama yang di gunakan oleh pasukan keselamatan pada zaman darurat di tempatkan di sini.

Antara bahan bahan penerangan dan artifak Tragedi Bukit Kepong yang di pamerkan.


Paling utama Galeri Darurat Bukit Kepong ini diwujudkan adalah bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan setiap ahli pasukan polis yang telah berjuang debgan semangat keperwiraan dan keberanian dalam tempoh darurat dari tahum 1948 hingga 1960


Kami juga di bawa ke pusara anggota polis yang terkorban yang terletak berhampiran balai

Al fatihah buat mereka yang terkorban...sesungguhnya perjuangan mereka ini akan di kenang buat selama-lamanya
Bergambar bersama anggota Polis yang berpakaian ketika era terdahulu

Sessi bergambar di hadapan  Galeri

Selesai sudah lawatan hari ke 2 ke Muar...sesungguh Muar mempunyai Sejarah dan keunikannya yang tersendiri.  Jadi apa lagi yang di tunggu......bawalah famili anda melawat tempat-tempat menarik di Muar sambil menikmati keenakkan makanan nya.

"ORANG MUO GAYA MUO"

Salam sayang,





Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad