Skip to main content

Rockbund Fishing Chalet

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Hari nie k mid nak menaip sikit ...tertiba pulak ada mood ...hehehe

Beberapa bulan yang lalu (kiranya tahun lepas lah ya)...kak mid sekeluarga nak pergi melawat kakak2 yang ada tinggal di Parit Buntar, Pantai Remis dan Slim River ... so dah melawat semua kakak2...k mid pun search lah di google tempat2 memancing yang berhampiran  sbb husband k mid nie bila gi Parit Buntar mesti bawak pancing kononnye nak memancing...last2 bukan memancing tapi menjala..dapatlah ikan sepat yang bole di buat ikan kering.

Akhirnya kami sekeluarga memilih Rockbund Fishing Chalet yang terletak di Pulau Marina, Lumut

Ada Signboard nie di simpang jalan ke rockbund

Ini dia chaletnya....semua mengadap laut
Harga chalet di sini di antara RM250 -350  termasuk breakfast..Break fast dia simple tapi sedap juga..sayang sekali gambar breakfast dah terdelete (hua..hua..hua)

Setiap chalet ada dua bilik... so sangat sesuai untuk keluarga dan anak2. Agak selesa dengan harga yang berpatutan

Cafe ..tempat breakfast

Bila senja menjelang...sunnguh indah ketika sunset

Orang yang beriya2 nak memancing...akhirnya lepak mengadap laut sambil menikmati keindahan alam....hahaha

Gambar2 k mid biasalah....suka bergambar...hehehe
Walaupun percutian yang singkat tapi masa bersama keluarga itu amat berharga.. Bagi pemancing2 tegar atau biasa2 (macam hubby k mid)...tempat ini tidak mengecewakan..
Sesiapa yang berminat bolelah hubungi no. di bawah tue untuk pertanyaan dan tempahan...Bole juga buat tempahan di BOOKING.COM





Salam sayang,










Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...