Skip to main content

Percutian 2 hari 1 malam di Royal Belum Tasik Banding

Assalamulaikum semua.
Hari nie Kmid nak coretkan pengalaman 2 hari 1 malam di atas Boat house di Royal Belum tasik Banding.
Sebenarnya ini bukanlah percutian tapi lebih kepada proses penambahan ilmu untuk para Tourist Guide .
Kak mid dah lama berminat nak ke Royal belum nie tapi asyik tak dapat nak ke sini so bila agak free .. kak mid pun mengajak beberapa orang kawan TG untuk turut serta ke sini walaupun anjuran dari Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA).

Tarikh  :  26-28 APRIL 2018
Jeti Awam Banding (sumber google)
K mid di jeti banding sebelum menaiki boathouse

Beberapa boat house sedang berlabuh di sini
Sedikit Info mengenai Hutan Belum (sumber Berita Harian)
-Hutan Belum yang di wartakan sebagai Taman Negeri perak di isytihar sebagai sebagai " The Royal Belum" oleh Sultan Perak,  Sultan Azlan Shah pada 31hb Julai 2003.
- Nama Hutan belum di ambil daripada nama asal perkampungan melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi tujuh perkampungan kecil.
-Royal Belum di bahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum dan Hutan Simpan Belum.  Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak di wartakan sebagai hutan simpan,  manakala untuk ke Hutan Simpan Belum perlu mendapat permit pihak berkuasa.
- Hutan Belum - Temenggor berusia 130 juta tahun  adalah hutan tertua di dunia.
- Menjadi kawasan tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.
-Kompleks Hutan Belum- Temenggor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 Hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 Hektar) dan Hutan Temenggor (147, 505 hektar).
-Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temenggor hampir empat kali ganda saiz Singapura,  dan amat kaya dengan pelbagai flora dan fauna.
-Terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 species paku pakis,  62 species tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan hidup di sini.

Perjalanan kami dari Sunway Putra Kuala Lumpur ke sini dengan bas persiaran mengambil masa kira-kira 5 jam. Kami bertolak  pukul  12.00 tengah malam dan smpai ke jetti banding jam 5 pagi

Pukul 8.00 pagi dah bole boleh naik boat house nie

Ini bilik k mid di tingkat atas boat....k mid book dulu...

Ini bilik sebelah.
Beginilah keadaan bilik dalam boat house nie....Klu yang lebih mewah ada penghawa dingin tapi kitaorang punya bot hanya ada kipas...oklah juga sebab banyak masa kitaorg lepak2 dan sembang2 di atas dek.


Sessi berfoto2 atas boat pun bermula...hahaha


Sahabat selamanya...Insyallah.....

Aktiviti pertama kami ialah melawat perkampungan orang asli suku kaum Jahai

Inilah Perkampungan Orang Asli Aman Damai






Memang sesuai dengan namanya...memang mendamaikan....jauh dari hirok pikok kota




Dengan memberi sedikit cenderhati seperti makanan ringan dan alat tulis sudah tentu mengembirakan kanak2 nie,
Terdapat beberapa perkampungan orang asli di Royal Belum nie antaranya Kampung orang Asli Aman Damai, Kampung orang Asli Sungai Kejar,  Kampung ornag Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang  Asli Belum Lama.   Kitaorang membuat lawatan ke Kampung Orang Asli Aman Damai yang mengambil masa kira lebih 2jam untuk sampai ke sini dengan boat house.

Kemudian.. bot house ke satu destinasi untuk berlabuh.. dan bolelah semua melakukan aktiviti seperti mandi manda, berkayak dan berakit .. sesiapa yang berminat untuk memancing akan di bawa oleh bot kecil oleh crew ke lokasi-lokasi memancing.



Rakit dah ada...sabar2 ya


Akhirnya...puaslah berakit dan mandi manda

Esok nya pula kami  ke Air terjun Ruok dan Santuari Ikan



Jarak dari jeti Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit  di mana kita perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun dan santuari kelah.

Inilah kak mid....mandi manda sampai lebam
Disini jugak...kami di bawa untuk menjejaki bunga Rafflesia,  tetapi memang menghampakan sebab memang x dapat melihatnya kerana mungkin bukan masanya dia berkembang. Agak kecewa di sini







Sessi water confident.....k mid as always memang tunjuk berani ...hahaha...

Begitulah sedikit pengalaman k mid bersama teman2 pemandu pelancong di Royal Belum... sebenarnya ada ada tempat lagi yang tidak sempat kami pergi iaitu air terjun sungai kooi dan sira binatang (salt lick).  Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan  akan datang ke kawasan tersebut dan menjilatbgaram mineral sebagai salah satu sumber nutrisi.
Berharap akan kembali lagi ke sini untuk  merasai kedamaiannya....itulah harapan k mid.....

Hingga jumpa lagi

salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag