Skip to main content

PERCUTIAN DI KASHMIR, INDIA PART 01

Assamulaikum semua.

Tanggal 20hb Mac 2019 hingga 30hb mac 2019,  Kmid sekeluarga serta 2 orang sahabat karib berada di India...ya ...selama 10 hari kami meneroka India... Percutian yang memang di nantikan oleh kami semua...saat semua orang berada dalam dilemma...apa tidak nya..sekitar bulan februari...ada berita mengejutkan iaitu perbalahan India Pakistan di Sri Nagar Kashmir.  Ada banyak syarikat penerbangan yang tidak melalui  ruang udara Kashmir... setiap hari kami semua berwatsup sesama sendiri bertanya..macamana perkembangan di sana...sentiasa peka pada pekembangan terkini... jadi ke kita ke Kashmir??? pertanyaan ini sering bermain-main di fikiran. AA pun menghantar email memberi option...bole tangguh penerbangan atau redeem duet....harga tiket ke destinasi SRI NAGAR aje di benarkan redeem  atau di tangguh ke lain waktu, sedangkan tiket ke New Delhi tak ada effect langsung....
Aduh...aduh...nak buat apa 10 hari di  New Delhi/Jaipur/Agra?   Maktlamat sebenarnya nak gi Kashmir...nak main Salji...Doa dan Berdoa...tup2...2 minggu sebelum tue tarikh berangkat.  satu lagi dugaan tiba...k mid kena demam ...demam bukan demam biasa pulak tue ..K mid kena demam campak..Aduhai ...dah usia begini kena demam campak... Kerana takut x dapat pergi Kashmir dan takut effect pada orang lain..k mid berkurung di rumah selama 10 hari,  pantang makan makanan yang gatal2,  makan ubat on time...10 hari makan sayur aje...anak2 k mid pun buat k mid stress...mama..mama...tolong pantang elok2...klu mama x baik dan menangis ke airport jgn salahkan kami tau...sebab demam campak x bole travel...jgn marah klu kami tinggalkan mama nanti...  hahaha...apa lagi k mid pun  pantang betul2...

GITEWWLAH......tapi dengan izin Allah kami semua sampai juga ke INDIA

Disini k mid nak share itinerari yang di buat oleh daughter k mid...Sebenarnya diorang yang aturkan semua...k mid ikut jer ( Thanks anak2ku)

DAY 01 (20 mac 2019)

Kami sekeluarga seramai 6 orang bertolak dari rumah ke Klia2 menggunakan 2 buah Grab Car.  Target sampai  Klia2 jam 4 petang...sebab kena berada awal 3 jam sebelum berlepas
Jam 7.00 mlm  ... kami berlepas dengan pesawat AA ke New Delhi
Di jangka tiba di New Delhi Jam 10mlm waktu india...iaitu 12.00 tengahmlm waktu Malaysia ( lebih kurang 5 jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi)
FLIGHT D7 182  KUL - NEW DELHI ETD 7.00 PM ETA 10.00 MLM

kami berlapan di Klia2

Let's go India

Sampai di New delhi ontime...kami lepak kt airport aje...walaupun pada awalnya nak bermlam di Hotel tapi mengenangkan x tahu keadaan lalu lintas di delhi macamana...lagi pun jam 7.00 pagi akan berlepas ke Sri Nagar..kami ambik keputusan tidak akan mengambil risiko...baik lepak kt airport aje.

Namaste India
Agak canggih tapi kesian my BFF tertinggal powerbank kt sini...malang nya x tahu jenama apa so mcmana nak claim kt lost & found...so sedekah ajelah...


Sangkaan Kmid agak meleset mengenai airport New Delhi..Sebenarnya airport dia besar...lebih besar dari Klia...pun agak bersih.


Tepat jam 7.00 pagi kami telah pun berada dalam pesawat AA Ke Sri Nagar ( 2 jam penerbangan dari Delhi ke Sri Nagar)
FLIGHT I5 715  NEW DELHI - SRI NAGAR  ETD 7.50 AM ETA 9.15 AM
Day 02 (21 Mac 2019)

Disajikan dengan permandangan yang memukau..Banjaran Himalaya...masyallah

Akhirnya jam 9.00 pagi kami tiba di Sri Nagar,  selepas semua pemeriksaan imigresen selesai, pemeriksaan agak ketat di sini ya namun bagi k mid biasa aje... sebelum keluar kena isi form yang akan kita terima dari pegawai tourism mereka ....diorg perlu2kan data2 peribadi kita...senang aje ...tulis slow2...klu x faham ada pegawai tourism yang akan tolong.

welcome to Sri Nagar, Kashmir

Kitaorg punya kereta dah menunggu...Javeed pemandu kami nampaknya masih malu2 di situ...hahaha

Semua dah selesai...kami nak cari tempat makan dulu..dalam flight semua x nak beli makan sbb meals dia semua mcm x best...so skrg bila sampai kashmir semua lapar dah...


Tempat makan pertama di Kashmir LINZ CAFE

Suasana dalam LINZ CAFE

First makanan kami di Kashmir kari kambing, tandoori, steam rice, roti naan

Dah selesai makan...kami semua pun di bawa melawat taman-taman sekitar Kashmir Seperti Lotus Garden, Tulip Garden dan Pari Mahal Garden


PARI MAHAL GARDEN

Kalau musim bunga sekitar pertengahan April  sudah tentu taman2 nie penuh dengan Bunga

masih musim sejuk ketika ini, jadi di sajikan dengan pandangan gunung yg di liputi salji..syahdunya

Gambar2 k mid wajiblah ada...hehehe


Di Pari Mahal,  kami sekeluarga mengambil kesempatan mencuba pakaian tradisional Kashmiri...semua sporting2...kelakar pun ada bila tengok gambar2 nie....hahahaha

air dari pergunungan dekat salah satu tamannya...x ingat pulak taman yang mana... k mid sudah mencubanya..memang dingin dan nyaman

Kami di bawa lagi ke beberapa taman,  ada yang kami x masuk sebab sama aje pemandangan nya.. badan pun agak letih...so kami decide check in di Hotel .

Sebelum tue..kami singgah di  Masjid Shah E Hamdan iaitu salah sebuah masjid tertua di Kashmir
Keadaan bilik sholat utama... sungguh indah

k mid di hadapan Masjid Shah E.Hamdan
selesai semuanya...kami pun check in di Kashmir INN Hotel


di depan Kashmir Inn Hotel

Cafe tempat kami sarapan di kashmir inn...cuba tengok tempat pemanasnya...di Kashmir nie masih banyak kediaman menggunakan cara pembakaran yg begini kerana tenaga letrik mereka agak terhad

rindu pulak kt cafe kecil di Kashmir inn nie...minum teh safron panas..

Minuman selamat datang... enak jer kek tue bila time sejuk2 nie

teringat bila tengah malam letrik xda...pemanas pun off...sejuknya  sampai ke tulang..

Pasti merindui mereka...MR chef Kashmir inn, MR. engineer kashmir inn dan MR driver kashmir inn...hahaha

Begitulah hari pertama di Kashmir....


Selamat malam ....mlm yang dingin di Kashmir.....esok kami akan ke PAHALGAM untuk main salji..tak sabar rasanya....
BERSAMBUNG......

KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART02

KLIK : PERCUTIAN DI KASHMIR PART 03

 

Comments

  1. alhamdulillah. hasrat nak ke kashmir tercapai juga. dpermudahkan allah. walaupun transit lama d delhi..lbih kurg 10 jam. honestly, takjub dgn airport delhi. besar, bersih, siap dgn facilities charging port.
    sbuah pngalaman yg x mgkin dlupakan. sbab ni first time travel ke tmpat bergolak. yg dkawal spenuhnya oleh tentera. tp kashmir aman. tmpatnya cantik. apalagi d kelilingi banjaran himalaya yg penuh salju wktu itu. orgnya yg ramah. tp yg tak boleh tolerate, sejuknya yg melampau. huhu. nak sgt mrasa musim sejuk kan. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman indah yang tak mungkin dilupa..walaupun hampir x dapat pergi namun kehendak allah memungkinkan kita sampai..alhamdulillah

      Delete
  2. didn't know of this place til you shared it here. Interesting places to visit, shall let my friends to know too. At the moment India not in my travel list. Got to start saving first!

    ReplyDelete
  3. it's really interesting sherry. You should go there if u love winter, the cost more cheaper the we go other place to play ski or to play with snow

    ReplyDelete
  4. Rawlins tak pernah lagi jejak kaki ke bumi India dan sekitarnya. Teringin gak, insyaAllah akan ke sana tahun depan bersama famili. Nak baca your next itinerary kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orangnye baik2 walaupun serba kekurangan..nanti jemptlah baca sambungannye ya

      Delete
  5. DIdn't that this place can be that beautiful. Thanks for sharing the places of interest with us, hopefully I can visit this awesome land one day with my family. :D

    ReplyDelete
  6. salam prkenalan kak mid :) bestnyee dh smpai kashmir n satu family pergi pulakk alahaii memori sgt ni!! cant wait for the next day updates !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan dear..mmg pergi dengan famili rasa nostalgia sangat..anyway best gi Kashmir..nanti ada sambungan tau.

      Delete
  7. waa bestnyaa dapat pergi berjalan-jalan ke Kashmir. Alhamdulillah jugk kn even ada dugaan dulu dgn kena chicken pox tu tp alhamdulillah sempat sembuh seperti sedia kala dan dptla pergi travel dgn fmly, syoknya! tgk dr gmbr2 tu semua cantik2 belaka yea tmpt2 kt sana. teringin pulak nk jehak kaki ke sana jugk nnt hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib masa nak pergi chicken fox dah baik walaupun ada parut..klu tidak k mid nanges kt airport x dpt gi.hahaha

      Delete
  8. OMg! My dream holiday.Dah lama teringin nak pegi India but I takut sebab not safe to travel alone here. Beautiful view😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. safe sebenarnya...hanya propaganda dari dua2 side yg india dan pakistan yang nak kan bumi kashmir yg cantik tue

      Delete
  9. Seronoknya dapat pergi India walaupun tiada dalam list travel location kita tapi tempat ini sungguh menarik dan banyak yang cantik-cantik hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat..klu pergi musim bunga lagi cantik

      Delete
  10. Bestnya jalan jalan di Kashmir. Kat sana pemandangan memang cantik cantik ka . Teringin juga nak jalan jalan kat tempat orang dan menikmati alam sekitar kat sana .Boleh juga belajar dan tahu budaya mereka kan .

    ReplyDelete
  11. Cantiknya banjaran himalaya tu dr atas flight. Subhanallah.. bestnya kak mieda dpt g jalan2 ke tempat org ni. Time sejuk pulak mmg best la g kahsmir kan.. nampak gunung yg dilitupi salji.. doakan liez dpt ke sana

    ReplyDelete
  12. Wow lawanya view. So priceless. Best dapat jalan tempat orang. Sebelum ni tengok dalam tv ja cantik. Mesti sejuk kan?

    ReplyDelete
  13. Kashmir is really a very beautiful place. I have been to india many times but never been to Kashmir. Should plan a trip there soon.

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat pergi ke kashmir..kaan nad pun ada yang dah pergi ..banyak tempat menarik dekat sana..nasib baik dah sihat dari sakit dapat berjalan ye..heee

    ReplyDelete
  15. Happy travelling ! Travelling is always fun with family and friends. Never touch down India yet. Thanks for sharing travel experience in Kashmir, India. Love to read it!

    ReplyDelete
  16. Wuuuuwwuuu dah lama tak melancong. Dulu pernah dah siap beli tiket ke Kochi India. Tak dapat nak pergi. Seronok ke sana sebab suka trngok budaya mereka. Kashmir pun seronok. Doakan turn Saya k. Kali ni nak bawa anak-anak. Hehe

    ReplyDelete
  17. Waaaa.. Seronoknya kak.. Sy ni malaysia pun tak habis pusing.
    Kalau nak tengok negara orang tu, ntah bila la agaknya.
    Cantik sangat permandangan di sana ye.
    Pergi ramai ramai seronok.

    ReplyDelete
  18. Bestnya pergi bercuti. Tak pernah pergi luar negara lagi. Tapi india memang one of negara yang teringin nak pergi walaupun orang selalu kata negara dia kurang sikit bab kebersihan. Tapi sebenarnya banyak je tempat cantik kat sana.

    ReplyDelete
  19. terima kasih kerana berkongsi sebab tak pernah sampai lahi ke Kashmir mahupun India. insyallah kalau reejki ada blh guna info di sini

    ReplyDelete
  20. bestnya! dah lama teringin nak pergi India.waaupun ramai macam tak galakkan oergi india tapi banyak tempat dekat sana yang instaworthy kan

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag