Skip to main content

PERCUTIAN 6 HARI 5 MALAM DI SURABAYA, INDONESIA (PART 1)

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini k mid nak share tentang percutian keluarga ke Surabaya Indonesia baru-baru ini.  Kadang-kadang ramai bertanya kenapa k mid selalu ke Indonesia.  Pertamanya kerana koslah...kmid kan kalau bole nak bawak semua keluarga bercuti sekali jadi soal kos kenalah di ambil kirakan,  selalunya kami akan grab tiket promosi AA untuk dapat tiket murah...yang keduanya, Indonesia ini besar dan setiap kawasan ada tarikan masing-masing...seperti Surabaya ini tarikan utamanya sudah tentulah  Gunung Bromo.
Ini adalah kali ke 2  k mid dan family menjejakkan kami ke Surabaya.  Kali pertama dulu pada tahun 2010 tapi pada ketika itu hajat nak sampai ke Gunung Bromo tidak kesampaian kerana ketika itu kami telah sampai ke Kota Malang tapi malang sekali Gunung Bromo meletus dan abu dari sana boleh kelihatan di merata-rata tempat di Malang.  Jadi perintah larangan semua pelancong dan penduduk untuk mendekati Bromo ketika itu pada jarak 6km.
Jadi percutian ke Surabaya kali ini sudah tentu Gunung Bromo menjadi keutamaan kami.

Lambang kota Surabaya iaitu sebuah patung yang terdiri dari 2 haiwan iaitu ikan Sura (Jerung) dan baya (buaya)

Mari lihat itinerari kitorang pada percutian ke Surabaya kali ini.  Semua itinerari dan booking flight , hotel..semuanya di uruskan oleh anak-anak.  Anak-anak pun dah besar, semua pun memang pantang ada tiket murah AA,  cepat-cepat beli.


Jom lihat itinerari Hari Pertama,
kami ada 3 jadual ketibaan yang berbeza pada hari pertama (30 okt)

1st. flight   departured 10.15 am
2nd flight departured 12.55 am
3rd. flight 07.15 pm

so ..untuk hari pertama nie masing-masing makan sendiri,  dan hotel yang di booking menyediakan  pengangkutan untuk mengambil tetamu untuk di bawa ke hotel jadi semuanya menjadi mudah di hari pertama.

Hotel kami hari pertama ialah Hotel Walan Syariah hanya kira2 10 minit dari Juanda International Airport
Jadi tak banyak benda dapat di lakukan pada hari pertama...hanya lepak di hotel aje kerana lain-lain penerbangan.


Day 02 ( 31 oct)
Pick up by driver menuju ke Malang

nielah van tour kami ...best jugak kan..klu bawak budak2 mesti suka diorng dengan van nie..hahaha
selesalah jugak untuk 11 orang penumpang ..tapi k mid jadi guide duduk depan.

Destinasi pertama hari ini adalah ke Taman Safari Prigen, Pasuruan

Taman Safari Prigen ini terletak di lereng Gunung Arjuna dengan luas kira-kira 350 hektar.  Apa yang menariknya di sini,  binatang-binatang di biarkan bebas dan berada di zon masing-masing.

Antara yang bole di lihat di sepanjang laluan  Safari Advanture
Nasib kitaorang beli carrot siap2 sebelum masuk ke taman Safari...ramai pulak yang menahan di jalan😂😂
Ada beberapa pertunjukan yang sempat kitaorang tengok seperti Temple of Terror,  pertunjukan burung dan juga pertunjukan harimau putih.

best jugak pertunjukan nie dah macam Indiana Jones tapi diarang snap gambar
k mid bab mencuba memang laju, hingga si kecil bawah tue tak berkelip tengok..hahaha
walaupun seharian di sini,  banyak juga tempat tak dapat di habiskan...serious  besar taman safari nie.



sempatlah lagi main langgar2😍

Dah penat seharian menjelajah Taman Safari Prigen nie, kami  terus menuju ke Malang dan malamnye   Hotel Fave Tlogomas Malang menjadi tempat kami semua bermalam.



Day 03 ( 1 nov)

1. Lokasi : Kg Warna Warni dan Kampung Tridi, Jodipan


Rumah-rumah lama yang dahulunya kawasan perumahan yang kotor dan tidak terurus kini di cat dan di perbaiki hingga menjadi tarikan pelancong.
Terletak di Jalan Temenggungan Ledok,  Kesatrian, Daerah Blimbing, Malang.
Tiket masuk ke Kampung Warna Warni ini ialah Rp,3,000/per pax.

sekurang-kurangnya 3 tona color cat di gunakan untuk mengecat setiap rumah penduduk...k mid suka sangat tengok

bapak mertua k mid ajak kitaorang buat macam kg warna warni di Lorong rumah dia...eeemmmm😅😅


sukalah tengok kg nie..💓💓💓
nie...merentasi jambatan kaca.
rehat kejap ...jauh gak jalan pusing kampung..hahaha



2. Lokasi : Air Terjun Coban Rondo


Air Terjun Coban Rondo merupakan air terjun yang terletak di Pujon,  Kota Batu , Malang.
Maksud Coban dalam bahasa Jawa ialah Air Terjun dan Rondo pulak ialah Janda.  jadi tentulah ada Legendanya bagi masyarakat tempatan.

Lagendanya tercatit di sini...Bacalah ya😁
Group Photo


3.  Lokasi :  Taman Labirin Coban Rondo /Maze


3 beranak nie sesat kat sini..hahaha

Terletak berhampiran kawasan Air Terjun Coban Rondo,  jadi bole singgah dahulu disini dan cuba bermain Maze di sini...mungkin ada yang ambil masa yang lama untuk keluar dari maze nie kerana kedudukan pohon2 yang agak tinggi serta jalan yang agak mengelirukan.

4. Lokasi  :  Memetik Epal di Ladang Epal, Kota Malang




Kalau sudah sampai ke daerah Kota  Batu Malang nie ,   rugi rasanya tak memetik epal di ladang-ladang epal di daerah ini kerana memang daerah ini terkenal sebagai kota epal.
Ada beberapa ladang yang terbaik di sini untuk kita merasai pengalaman memetik epal di ladang seperti wisata petik apel Mandiri,  wisata petik apel Agrorakyat,  Kusuma Agrowisata dan wisata petik apel kelompok tani Makmur Abadi.


Dah penat seharian berjalan-jalan,  seterusnya kami akan akan meneruskan perjalanan ke Bromo dan akan menginap di Garry Guesthouse yang berhampiran dengan Panajakan.


UNTUK PERCUTIAN KALI PERTAMA 2010 BACA DISINI

JUGA PERCUTIAN DI SURABAYA 2010 (PART02)

BACA PERCUTIAN 6 HARI 5 MALAM DI SURABAYA (PART 2) DI SINI

Bersambung untuk ke Bromo pulak............












Comments

  1. Wow. Lengkap sungguh jadual dan itinerary nie. Boleh dijadikan sebagai panduan untuk my trip ke sana kelak

    ReplyDelete
  2. Wowwww bestnya kak.. Nanti kalau saya nak pergi, sy follow itinerary akak la.. Indonesia memang besar dan banyak tempat2 menarik boleh explore.. Thank you for sharing.. 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole jer follow..jgn lupa baca part 2 tau..hehehe

      Delete
  3. laanya tengok kampung warna warni tu..siapa de pokokepal..huishhh..best sangat tempat yang akk pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia patut kena buat gak kg macam nie kan.

      Delete
  4. Menariknye surabaya ni. Baru tau mana datangnya nama surabaya tu. Bilala nak jalan sana ni

    ReplyDelete
  5. Pernah ke Surabaya ketika mengikuti inaugural flight MAS ke sana lebih 15 tahun lalu. Masa tu kami ke Bromo jam 3 pagi dan hawanya dingin dan boleh semput nafas. Dah lama tak ke sana... kena pg balik lah...

    ReplyDelete
  6. Last I pergi Surabaya 15 tahun lepas. hahaha..lama kan? Tu pun pergi sebab kawan kahwin kat sana. I tak pi jalan pun. Kampung warna warni tu sangat menarik!

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik. Dah banyak kali pergi Indonesia tapi tak pernah sampai kat Surabaya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. surabaya nie ok gak..tak crowded macam jakarta

      Delete
  8. Seronoknya bercuti dengan keluarga. Saya ni entah bilalah boleh bercuti macam ni. Masing2 semuanya sibuk dengan urusan dunia. hehe :)

    ReplyDelete
  9. Wah... Syoknya tengok kak Mid bercuti. Sakan happy! Gambar nya cecantik sekali. Kita suka tengok. Teruja nak cuti ke sana jugak

    ReplyDelete
  10. Banyak tempat menarik dekt indonesia ni.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya bila dapat jalan dan bercuti di tempat org lain. Byk yg kita boleh kenali dan belajar

    ReplyDelete
  12. Pernah jugak ke Surabaya tapi tak berpeluang jenjalan cam gini,cuma ke Taman Safari je. Kemudian ke rumah maid yang jauh dari town. Next time kalau kesana nak juga melawat tempat yang kak mieda pergi ni

    ReplyDelete
  13. Bestnya kak mieda pergi ke Indonesia. Kita teringin jugak ke sana tp belum ad rezeki

    ReplyDelete
  14. menarik juga surabaya ya. insyaAllah one day saya bawa family travel sama2 ke surabaya

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag