Skip to main content

SUSU KAMBING PARIE TERBAIK UNTUK KUCING

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Siapa pencinta kucing kat di sini???
Kenapa kak mid tanya nie...sebenarnya kak mid nak share pada pencinta-pencinta kucing tentang kebaikan Susu kambing Parie.


Kak mid nie memang sangat sayangkan haiwan lebih-lebih lagi pada kucing. Bila ada kucing yang tak bertuan datang kat rumah kak mid mintak makanan tak sampai hati sungguh, bagi makan, jaga diorang sampai semuanya tak kan pergi dah ke tempat lain. Akhirnya jadilah kucing kak mid.
Biasanya yang datang tue ada yang penuh dengan kurap, kurus kering dan sakit. Atas dasar kesian dan tak sanggup tengok diorang menderita kak mid belalah dan jadilah kucing kak mid yang sekarang ada berbelas-belas ekor.

sebahagian anak bulu k mid😍


Baru-baru ini,  ada kawan yang memperkenalkan Susu Kambing Parie pada kak mid so kak mid pun cubalah beri pada kucing-kucing k mid.  Nampaknya diorang suka pulak.



Susu Kambing Parie nie mempunyai persamaan dengan ibu kucing yang sedang menyusu kerana terdiri daripada molekul lemak dan lemak rantaian yang kecil untuk mempermudahkan penghadaman kucing.

Lain-lain kebaikannya termasuk :-
🔸️Kulit dan bulu kucing yang lebat dan bersinar
🔸️Tulang yang lebih kuat dan pertumbuhan sihat
🔸️Peningkatan sistem imun
🔸️Perkembangan otak dan cepat belajar
🔸️Penglihatan Jelas
🔸️Penghadaman yang baik

Susu Kambing Parie melahirkan kucing  yang berbulu lebat dan bersinar

Susu Kambing Parie juga mengandungi kandungan mineral dan vitamin yang tinggi yang bole membantu kucing kesayangan kita memperolehi nutrien penting seperti niacin, vitamin A, vitamin D dan juga arginin yang diperlukan untuk penglihatan yang baik, jantung dan pembiakan sihat.

Susu Kambing Parie nie pun elok untuk kucing yang ada masaalah penyakit kulit seperti kulit kering dan bulu kasar dengan menjadikan kucing berbulu lebat dan bersinar.

Kebaikan minum susu kambing Parie oleh kucing yang hamil, menyusu ataupun sakit

Kucing hamil sangat memerlukan protein dan kalori semasa kehamilannya begitu juga pada anak-anak kucing yang menyusu, dengan memberi susu Parie ini dapatlah meningkatkan pengeluaran susu ibu kucing dan dapatkah anak- anak kucing membesar dengan sihat dan kuat.
Bagi kucing ysng sakit dan lemah pula,  susu Parie mempermudahkan penghadaman dan penyerapan nutrien.

3 Cara Penyediaan Parie

1.  Menggunakan sudu khas yang sedia ada dalam susu Parie,  campurkan satu sudu penuh susu tepung ke dalam 40ml air suam, kacau sampai sebati dan sedia untuk di minum oleh kucing tersayang.

2. Semasa anak kucing sedang membesar, disarankan merendam makanan anak kucing dengan susu Parie. Dengan demikian, penghadaman anak kucing dapat di pertingkatkan dan nutrien susu akan di serap secukupnya kerana proses perlembutan makanan kering dibuat terlebih dahulu dengan campuran susu Parie.

3. Menambahkan serbuk susu Parie ke dalam hidangan makanan anak kucing, dapat membangkitkan nafsu makan anak kucing.



Bagaimana nak dapatkan Susu Kambing Parie nie uolls???
Senang aje korang boleh order di:





"Sayangi anak bulu anda,  maka berikan diorang makanan yang terbaik"



Salam sayang,





Comments

  1. waalaikumussalam. wah baru tahu pasal produk ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok produk..kucing yg sakit dpt jugak mkn

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner . Cafe ini terletak di  : 

PENGALAMAN SAMPAI KE PARADISE 101 LANGKAWI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera "PARADISE 101 LANGKAWI" Korang semua dah pernah sampai ke sini ke???  K mid baru aja sampai ketika mengikuti Famtrip baru-baru ini. Paradise 101 adalah pulau persendirian dan  pulau buatan manusia.  Di urus dan di miliki oleh NAAM Sdn Bhd,  ia nya merupakan Pulau yang ke 101 di Langkawi. Berlantarbelakangkan Laut Andaman, pulau eksklusif ini hanya berkeluasan 2 ekar,  dikelilingi dengan pasir pantai yang memutih serta pohon pinus yang tentunya menjanjikan permandangan indah. Ada banyak aktiviti air yang ditawarkan di sini seperti main jet ski,  main taman tema mini Aqua, Banana bot, snorkelling , zipline dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat kemudahan lengkap yang lain seperti Dewan untuk menglansungkan majlis perkawinan, Cafe, tandas dan sebagainya, Bagaimana cara hendak ke sini?? Senang aje nak ke Paradise 101 nie,  kena naik bot di jeti Paradise 101 yang terletak di Pantai Kok berhampiran dengan Telaga Harbour Marina Langkawi. D