Skip to main content

(MAKAN-MAKAN) - EID AUTHENTIC KOREAN CUISINE

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Anneyonghaseyo!!!!!
Sudah hampir 2 bulan sejak balik dari Korea rindulah pulak nak makan makanan korea. Macam tau-tau aje tengah tercari-cari Restoran Korea yang halal dan sedap dekat-dekat dengan rumah tiba-tiba
kak seri , kawan kak mid bole lah pulak ajak lepak-lepak dan makan-makan.  Katanya jomlah kita makanan korea sebab dia pun dah rindu nak makan makanan Korea sebab dia pun tahun lepas pergi Seoul jugak.  Pandai pulak tue kak seri cari restoran korea nie..katanya tengok kat Facebook.
Kak mid pun kata ok...ajak lagi 2 orang kawan.  Kalau dua orang rasa macam tak meriah pulak😀
Rupa-rupanya kak seri ajak makan di restoran EID Authentic Korean Cuisine  yang terletak di
Damansara Perdana,  jadi taklah jauh dari rumah kitaorang di Sungai Buloh. Dalam 20 minit permanduan dah sampai.. senang pulak nak cari,

Bila tengok nama restoran nie macam  pernah jumpa jer restoran nie...kat mana ya??
Baru k mid teringat,  masa kat Itaewon, Seoul ...k mid pernah tengok restoran nie  tapi tak pernah cuba sebab agen dah book kat restoran lain, tapi k mid ada baca review memang famous kat Itaewon sebab orang Malaysia banyak makan kt situ.

Kak mid pun selidiklah...rupanya betullah restoran first diorang dekat Itewon tue dan diorang ada 2 cawangan lagi kat Malaysia nie iaitu di  Bangi Sentral dan Seremban Gateway.  Yang di Damansara Perdana nie cawangan yang ke 3 di Malaysia.

Suasana di Restoran Eid Damansara Perdana

Korang kalau nak makan di sini jangan ragu-ragu ya sebab ownernya Korean Muslim, nama dia Yu Hyunwoo (nama muslim Saad) dan isterinya  Ha Narae (nama muslim Nadia). Mereka berdua ini adalah anak dan menantu  kepada pemilik restoran Eid di Korea tue.
Restoran diorang di Korea tue yang pertama  mendapat Sijil Halal dari Korea Muslim Federation di Korea (KMF).
Cawangan di Bangi pula telah mendapat Sijil Halal dari Jakim.

 Jom tengok apa menu yang kitaorang order :-

1. Bibimbap

2. Kimchi Stew



3. Cheese Tokpokki


4. Original Bulgogi


5. Yangnyeom Fried Chicken


Hidangannya sangat "Authentic"   dan  sama seperti masakan home-cooked  so kak mid dan kawan-kawan memang suka. Semua menu di sertakan dengan Side Dish (free refill) dan portion dia pun besar. Menu yang kitorang try nie bole di katakan menu yang popular kat sini.


Semua happy...terubat rindu nak makan makanan Korea

Kalau korang berminat kak mid berikan butirannya kat sini ya :

DAMANSARA    :   17,  Jalan PJU 8/5d,  Damansara Perdana
                                  47820 Petaling Jaya,  Selangor
                                  Tel : 03-7491 3158
- Bussiness Hours :   Everyday  11:00 am - 10.30 pm


SEREMBAN        :   3- Level 1,  Seremban Gateway
- Bussiness Hours :   Everyday  11:00 am - 10.30 pm

      BANGI          :   8-9-01,  Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
                                  Bangi Sentral
- Bussiness Hours :   Everyday  11:00 am - 10.30 pm

         SEOUL       :   756-10,  Hannam Dong,  Yongsan-Gu,
                                  Seoul, South Korea
- Bussiness Hours :  Except: Monday  11:00 am - 9 pm


Instagram & Facebook  :  @eid.korea.my

So korang ...apa tunggu lagi,  jangan tengok kak mid makan aje...korang trylah jugak😁😁


Sebelum balik sempat lagi k mid makan ice cream strawberry sambil berfikir bilalah aku nak pergi Korea lagi nie..hahaha


Bolelah layan Youtube Video kak mid nie kalau nak tengok suasananya😍😍



Salam sayang,





Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...