Skip to main content

KEMANAKAH HALATUJU PEMANDU PELANCONG SELEPAS PANDEMIK COVID-19 MELANDA DUNIA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Pemandu Pelancong atau Tourist Guide adalah orang yang memberi perkhidmatan kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka dengan bayaran apabila melancong dengan istilah yang standard bermaksud seseorang yang membawa pelancong menggunakan bahasa pelancong,  menerangkan kebudayaan dan sejarah semulajadi  dalam  sesuatu kawasan.

Bersama Pelancong Jepun
Di sini k mid nak ceritakan serba sikit kerjaya sebagai pemandu pelancong kerana kak mid adalah salah seorang dari 18 ribu Pemandu Pelancong Berlesen yang terdapat di Malaysia.
Di negara kita ramai yang kurang mengetahui kewujudan Pemandu Pelancong ini.  Rata-rata tidak mengetahui bahawa bas/van persiaran diwajidkan ada seorang Pemandu pelancong Berlesen bersama ketika membawa pelancong.
Adalah menjadi satu kesalahan jika agensi pelancongan yang membawa pelancong secara berkumpulan tidak menyediakan pemandu pelancong tidak kira sama pelancong domestik mahupun luar.   Mereka ini boleh dikenakan denda di bawah Akta Industri Pelancongan.

Sewaktu menghadiri Kursus We Are The Host (WATH)
Perlu ada Pemandu Pelancongan dalam bas Persiaran yang membawa Pelancong
 Mari kita lihat,  bagaimana agaknya mendapat Lesen untuk menjadi Pemandu Pelancong :-

Untuk menjadi Pemandu Pelancong  seseorang perlu menghadiri dan lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong.  Tempoh kursus adalah   selama 500 jam  iaitu kira-kira 6 bulan.  
  • Apabila lulus ujian Kursus Asas Pemandu Pelancong,  barulah akan mendapat Sijil dari Kementerian Pelancongan,  Seni dan Budaya Malaysia(MOTAC) dan Sijil Kemahiran Malaysian daripada Institut Latihan Pelancongan. Mereka juga perlu menduduki kursus We Are the Host (WATH) yang dikendalikan oleh Institut Latihan Pelancongan atau Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia.  
  • Lesen Pemandu pelancong Percubaan (P) akan dikeluarkan dalam masa 2 tahun dan selepas 2 tahun tempoh percubaaan mereka perlu menduduki Kursus  Pengesahan Pemandu Pelancong dan perlu mendapatkan 3 sijil Continous Tourism Related Education (CTRE) untuk mendapatkan lesen Pemandu Pelancong Tetap.
  •  6 sijil CTRE wajid diambil dalam masa 2 tahun untuk memperbaharui lesen Pemandu Pelancong.
Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit bukanlah sedikit untuk menjadi pemandu Pelancong Berlesen ini.  Tapi  kerana minat dan satu kerjaya yang boleh menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu mengikut masa office hour maka ianya menjadi satu kerjaya pilihan buat masa ini.
Kebanyakan dari Pemandu Pelancong  adalah bekerja sendiri (Freelance) dimana mereka tidak terikat dngan mana-mana agensi pelancongan.  Mereka membina sendiri Network untuk mendapat  "assignment" untuk membawa pelancong masing-masing.

Kedatangan Pelancong Antarabangsa yang ramai ketika penganjuran GP Motor setiap tahun

Bersama jemaah umrah dari Indonesia.  Mereka akan di bawa melawat tempat -tempat pelancongan  di Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum berlepas  ke tanah suci
Sebelum kehadiran pandemik Covid-19 ini,  kerjaya sebagai pemandu Pelancong menjana pendapatan yang agak lumayan hingga ada yang boleh mendapat mencecah 5 angka sebulan.  Semua ini di sebabkan kehadiran pelancong yang ramai di Malaysia.

Pada tahun 2019 sahaja,  sektor pelancongan telah menyumbang RM84.1 billion  kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi ketibaan kira-kira 25.8 juta pelancong antarabangsa ke negara ini. Tahun Melawat Malaysia 2020(VMY2020) dilihat adalah sebagai medium bagi menarik lebih 30 juta pelancong antarabangsa  datang ke Malaysia dan pendapatan dalam industri pelancongan  dapat di raih. Semuanya telah diatur dan dirancang dengan begitu  baik bagi menjayakan kempen Melawat Malaysia 2020 namun siapalah kita untuk menjangka dunia telah dilanda  pandemik Covid -19 yang menyebabkan industri pelancongan yang paling teruk terjejas. Ramai penggiat industri pelancongan yang hilang sumber pendapatan dan Pemandu Pelancong Berlesen  adalah salah satu pengiat industri pelancongan yang amat terjejas teruk. Kebanyakkan mereka sudah tidak mendapat sebarang assignment bermula dari bulan Disember 2019 lagi.

Dengan keadaan wabak Covid-19 yang menyerang dunia sekarang ini,  kita tidak tahu bila industri pelancongan dunia akan pulih semula.  Kini,  kita tidak lagi dibenarkan ke luar negara dan pelancong luar negara juga berhadapan masalah yang sama.  Walaupun PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)  di negara kita di tamatkan tidak lama lagi,  siapakah yang berani mengambil risiko untuk melancong selagi dunia belum bebas sepenuhnya dari wabak ini???

Menurut beberapa peramal,  kemungkinan industri pelancongan akan pulih seperti biasa menjelang tahun 2023.  Ini berdasarkan ramalan, itu pun jika pandemik Covid-19 diistiharkan sebagai terkawal menjelang akhir tahun 2020.
Menurut pakar pelancongan global Atmosphere Research Group(ARG) :
"garis masa pemulihan ini akan berlaku secara secara perlahan dalam tempoh 2 tahun selepas Covid-19 di isytiharkan sebagai di bawah kawalan.  ARG masih tidak pasti apa yang menyebabkan proses pemulihan ini bermula,  sama ada jika jangkitan dan lengkungan Covid-19 menjadi rata ataupun kita telah berjaya menghasilkan vaksin yang boleh di dapati di mana-mana.  Walaubagaimanapun,  ARG bersetuju denagn para peramal dan eksekutif industri lain di mana pemulihan akan berlaku secara beransur-ansur dan bermula dengan perjalanan domestik"


Jadi sebagai Pemandu Pelancong sepenuh masa,  mereka sekarang perlu memikirkan cara lain untuk menjana pendapatan memandangkan industri pelancongan akan mengambil masa 2 atau 3 tahun untuk pulih sepenuhnya.  bermakna,  bolehlah gantung lesen buat sementara waktu......
Carilah peluang lain dengan meneroka bidang-bidang lain yang boleh mendatangkan pendapatan.
Contohnya,  seperti menjadi pemandu e-hailing, penghantar makanan,  menjalankan peniagaan on-line, menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual kueh,  kek, pastri dan sebagainya.
Bagi yang masih muda,  bolehlah mencari peluang pekerjaan semula sesuai dengan kelulusan masing-masing walaupun agak susah bagi Pemandu Pelancongan untuk kembali bertugas mengikut  waktu pejabat namun buat masa ini mencari pendapatan bagi menampung kehidupan adalah lebih penting.

Kesimpulannya :-
Apa yang diharapkan oleh para Pemandu Pelancong setelah pandemik Covid-19 dapat di kawal ialah pelancongan domestik diberi tumpuan utama  bagi memajukan kembali industri pelancongan dan yang paling penting Pemandu Pelancong tidak harus diketepikan,  sebaliknya agensi pelancongan yang mengendali pelancongan domestik terus menggunakan khidmat pemandu Pelancong.  Permintaan atau cadangan dari agensi pelancongan  yang mahu mendapat pengecualian penggunaan khidmat Pemandu Pelancong bagi pelancongan domestik untuk menjimat kos operasi mereka tidak harus diluluskan sebaliknya penguatkuasaan dari JPJ dan MOTAC perlu selalu diadakan bagi memastikan agensi pelancongan terus akur tentang syarat penggunaan khidmat Pemandu Pelancong walaupun untuk pelancongan domestik.
Dengan ketegasan dari pihak MOTAC dalam hal ini dapat membantu para Pemandu pelancong meneruskan kerjaya mereka dalam tempoh masa pemulihan dalam industri.

Pemandu Pelancong adalah "Frontliners" atau "Duta kecil" dalam industri pelancong  (kredit foto: Perfect Tourism Management Centre)


Salam sayang,






Comments

  1. Motac harus lebih peka dengan TG, lebih2 lg apabila covid-19 melanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue..mesti selalu pantau bas2 yg x guna khidmat pemandu pelancong

      Delete
  2. Hebat! kak Mieda. Penerangan yg mantap.

    ReplyDelete
  3. Kawan Saya bekerja sebagai pemandu dan bawa pelancong Kak, dia siap cakap dalam group, dia jadi was-was gak lepas ni nak sambung kerja..memandangkan yang dah sembuh pun boleh terkena semula...jadi dia risau, so dia kata jadi belakang tabir aje laa katanya...sian dengar keluhannya...

    ReplyDelete
  4. Saya memang tabik dengan pemandu pelancong di Malaysia ni. Bukan senang nak dapat lesen ni. But once dapat, kena korbankan banyak. Masa, mental fizikal. Yang ada keluarga, saya tak tahu lah macam mana. But for earn dan bidang ini yang kita minat, memang amat terasa ketika PKP ni kan. Moga ada rezeki lain untuk para pemandu pelancong kita ;)

    InshaAllah, Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya jadi pemandu pelancong, dulu mak ada suruh amek kursus ni tapi za taknak sbb za tak reti nak berckap depan2 org.. Tapi sekarang rasa rugi pula 😭

    ReplyDelete
  6. sebenarnya senu industri terkesan dengan covid19 ni, yang bekerja sendiri memang lebih terasa disebabkan urusan tak boleh dijalankan seperti biasa, semoga cepatla keadaan kembali pulih sediakala

    ReplyDelete
  7. Indeed pasa masa ni industri pelancongan semestinya sgt terkesan kan, tapi tu lah segalanya mengambil masa untuk pulih semula. Moga para pemandu pelancong dpt bertahan dgn simpanan yg ada dan dapat mencari peluang kerja yg lain sebagai sampingan buat sementara waktu, insyaAllah mudah-mudahan ada rezeki dariNya.

    ReplyDelete
  8. Banyak nye proses nak menjadi tourist guide ni. Bukan mudah,tp memang berbaloi dgn pendapatanya. Semoga sabar dan tabah semua yg terlibat dlm industri pelancongan, InsyaAllah rezeki kita semua Allah dah atur sebaiknya

    ReplyDelete
  9. Bukan midah sebenarnya mahu jadi pemandu pelancong yg qualified. Mrk perlu banyak membaca terutama sejarah sbb apabila ditanya bolehlah mrk jawab.

    ReplyDelete
  10. wahh ramai jugak ye pemandu pelancong kat malaysia ni. moga tabah untuk semua yang terlibat dengan business pelancongan. memang semua terkesan

    ReplyDelete
  11. aduhai. sedih membaca and membayangkannya.
    2023 baru ok? oh sungguh mencabar nak tunggu tu.
    mesti nak ada backup plan kan from now. nak bawa pelancong ke luar negara, maybe risiko this year until next year.
    tabah la ye...

    ReplyDelete
  12. Musim PKP nih yang berkerja sebagai pemandu pelancong memang kena banyak bersabar atas ujian Allah, saya pun tahun ni buat promosi tahun melawat Sepang, Sudah itu yang tertulis untuk kita semua redha atas ketentuannya, moga ada rezeki lain, banyakkan doa.. Insyallah

    ReplyDelete
  13. Stay safe & have fun wherever you go! God bless you and follow what you love to do.

    ReplyDelete
  14. Memng kesan teruk juga pada pemndu pelancong. Walaupun dah kurang mesti takut nak pergi melancong. Harap adalah cara mereka cari rezeki nanti

    ReplyDelete
  15. memang kena ada plan b, c, d, e kan. sebab katanya travelling wil only start end of Disember 2021. mungkin tengok juga negara mana

    ReplyDelete
  16. Seronok juga jadi pemandu pelancong ye. Tapi bila dah jadi macam ni kne ada back up plan

    ReplyDelete
  17. Saya juga pemandu pelancong.
    Tapi sekarang saya fokus pada Trainer usahawan Eco Tourism Di bawah INSKEN-Inst Keusahawanan.
    Pada saya TG yang bergerak sendiri perlu ada preparation awal.Buat SSM,bis kecik2 sendiri.
    Saya pon terkesan dengan PKP ni,tapi Stay Boleh buat kelas ONLINE Bantu player industry Tourism.

    sepetangtoursm.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue..mmg kena ada back up plan..atleast ada simpanan asas untuk 6 bulan dan buat perniagaan kecil-kecilan

      Delete
  18. Pemandu Pelancong ni bukan senang nak dapat sijil sah. Banyak jam dan sijil perlu dimiliki. Pada pendapat saya, mana-mana yang dah miliki semua dokumen sah sebagai PP, lepas PKP dan COVID-19 reda. Kalian boleh fokus domestik trip. Kita support bisnes dalam negara. Selain itu sentiasa amalkan penjarakkan sosial, kebersihan dan batuk bersin attitude. Kadang-kadang pelancong ni degil ketegak. Haha. PP punya syarikat kena marketing ganaz skit dan aktif di socmed. Dah jarang nampak promosi PP. Asyik pakej aje kan. Sekarang yang takda sijil PP bebudak muda pun berani jadi PP. Saingan dia lain macam bila ada keadaan begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue ruby...kena ada enforcement dari Motac

      Delete
  19. Baru tau bukan senang nak jadi tour guide, kena ambil kursus selama 6 bulan dan kena ambil sijil juga.

    ReplyDelete
  20. Pemandu pelancong ni mesti kena bnyk membaca pasal tmpt tu kan. InsyaAllah ada rezeki sis tu

    ReplyDelete
  21. Penerangan yang sangat bagus. Well done sis. Perkongsian mcm ni sangat penting sebab kalau bukan mereka yang berpengalaman share, macam mana orang lain nak tahu kan. Semoga segalanya cepat redha dan industri pelancongan kembali beroperasi dengan lancar.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag