Skip to main content

MAKAN-MAKAN DI D'KAYANGAN GRILL & BBQ STEAMBOAT

Assalamulaikum semua..  Apa khabar?  Dengan keadaan sekarang harap semua sihat-sihat belaka.  Alhamdulillah dengan ketibaan Vaksin kita boleh menarik nafas lega walaupun kita belum menang.
Hari nie nak cerita sikit kat sini pasal pergi makan-makan di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat. Lama tau k mid tak makan steamboat nie jadi dapat gi makan stemboat nie,  syoklah jugak..

Restoran ini terletak di Acapella Suite Apartment .  Betul-betul di bawah bangunan Apartment.
Alamat : 
D' Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m,
Shah Alam,
Selangor

Restoran ini beoperasi  setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad

Waktu operasi :
ISNIN - JUMAAT   ( 4 petang hingga 11 malam)
SABTU, AHAD dan CUTI UMUM ( 3 petang hingga 12 mlm)

Harga pulak bagi k mid sangat berbaloi..

  • Dewasa  - RM29.90
  • Kanak-kanak berumur antara 7 thn - 11thn - RM14.90
  • Warga Emas yg bermur 60 thn ke atas -RM24.90
  • Pelajar IPTA dan IPTS- RM24.90
  • Golongan OKU - RM15.00

Bagi k mid harga sangat ok sebab boleh #makansampaikenyang dan #kalautakkenyangtakbolehbalik....wah!!! itulah tag line mereka yang sangat sesuai dengan D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat...korang makanlah puas-puas dengan harga yang berpatutan.

Bahan-bahan untuk Steamboat dan Grill

Bahan-bahan sayuran, mee dan lain-lain

 


Banyak jenis sos di sediakan

K mid suka suasana di sini kerana bagi k mid ia nya luas dan selesa,  jadi ada penjarakkan di antara meja-meja jadi senang untuk mengrill makanan serta mudah untuk ulang-alik mengambil makanan😀

 

Selain daripada makanan untuk di Grill dan untuk Steamboat,  pelbagai makanan berat juga disediakan seperti Char Kueh Tiaw, Nasi Goreng CinaBee hoon Goreng,  Mee Goreng dan Nasi Lemak. K mid suka Char Kueh Tiaw dan Mee Goreng Basah...memang terbaik👍

Mengenai bahan-bahan Grill seperti, ayam, kambing,daging lembu serta isi ikan yang di perap memang terasa keenakkannya bila di Grill.  K mid dan anak k mid suka daging kambing...banyak betul kami makan daging kambing bakar malam tue.  Berpeluh-peluh..hahaha


Kalau sesiapa nak cuba makan kat sini bolehlah call dulu di no. 012 2971091

Info lanjut :

FB :  https://m.facebook.com/dkayangansteamboat/

IG : www.instagram.com/dkayangansteamboat

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan