Skip to main content

TEMERLOH UNLIMITED : Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salah satu  tempat menarik yang kita jangan lepaskan peluang kalau kita sudah sampai ke Temerloh ialah melawat Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah.

Tempat Pendaftaran masuk...jika dtg dalam satu kumpulan, boleh seorang saja tolong daftarkan untuk mendapatkan pelekat
Inilah pelekatnya

Gajah ialah haiwan mamalia yg unik dan kini haiwan ini di ancam kepupusan. Jadi, pusat konservasi ini di tubuhkan untuk memelihara kepentingan haiwan ini yang hampir pupus dan mungkin satu hari nanti tidak mustahil manusia tidak lagi mengenali gajah jika tidak ada usaha untuk melindunginya.

Terletak di daerah Lanchang Pahang,  Pusat Konservasi Kuala Gajah ini mengambil masa sekitar 1jam setengah pemanduan dari Kuala Lumpur.  

Ada beberapa aktiviti menarik yang membuat pengunjung teruja untuk melakukannya antaranya ialah memandikan gajah ( bergantung kepada cuaca dan keadaan semasa),  memberi makan kepada gajah-gajah, melawat galeri dan muzium gajah yg terdapat disini serta  menonton video dokumentari mengenai gajah.

Juga ada pertunjukkan Gajah pada pukul  2  petang ..jadi para pengunjung perlu ambil perhatian tentang masa pertunjukkan jika tidak mahu terlepas pertunjukkan dari gajah-gajah ini.

Memberi makan sambil mengusap2 gajah sungguh menyeronokkan...mahkluk ini pun perlu kasih sayang 

Mama balik dulu ya...duduk elok2😆😆

Banyak infomasi tentang gajah yang boleh di dapati di sini

Banyak yang boleh kita ketahui lagi tentang Mahkluk comel ini di Galeri Gandah

Pusat ini tidak mengenakan apa- apa bayaran masuk,  para pengunjung bolehlah memberi sumbangan mengikut kehendak masing-masing. Dengan sumbangan dari pengunjung dapatlah serba sedikit menampung kos mereka.

Waktu Operasi

Isnin  - Ahad

8: 00 pagi hingga 1:00 petang

2:30 petang hingga 4:30 petang

Jumaat

8:00 pagi 12:30 tengahari

2:30 petang hingga 4: 30 petang

Tel :  013 9790272/013 9088207

Email : necc@wildlife.gov.my

Laman Web : www.wildlife.gov.my

Salam sayang,





Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...