Skip to main content

TEMPAT PERKHEMAHAN MENARIK DI PAYO CAMPSITE, JOHOL NEGERI SEMBILAN

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Korang suka berkhemah ke???  kalau ada yang suka berkhemah kak mied hendak syorkan satu tempat perkhemahan menarik iaitu di Payo Campsite yang terletak di Renggoh,   Johol, Negeri Sembilan.
Kak mied bersama teman-teman berpeluang ke sini,  selepas check-out dari Natura Campground.
Di sini kami tidak bermalam tapi hanya berpicnic, santai-santai aje sambil menikmati makan tengahari yang di sediakan oleh Dato' Seri Siti Murni binti Dato'Seri Sheikh Ahmad iaitu pemilik Payo Campsite ini.




Untuk pengetahuan umum,  tenaga kerja di Campsite ini pun serupa dengan Natura Campground iaitu menggunakan khidmat bekas banduan yang berdaftar dengan I-Kembali.

Kawasan di Payo Campsite.  ini lebih kepada berada di dalam kawasan dusun di mana terdapat pohon-pohon durian yan berbuah lebat...namun masih belum luruh,  jadi tak merasalah nak rasa durian Payo Campsite nie🤭.
Masing-masing duk harap durian luruh🤭🤭

Cute jer depa nie rilex dlm hammock nie 🥰
Terdapat pula aliran anak sungai yang jernih,  sangat sesuai untuk anak-anak untuk bermandi-manda kerana aliran air tidak deras.

Yang berkhemah berhampiran sungai lagilah best kan...sambil menghirup secawan kopi sambil menghadap sungai...asyik banget nie !!! 
Walaupun kak mied tak bermalam di sini,  duduk di tepi anak sungai nie pun terasa happy sangat,  yang berkhemah bawa anak- anak lagilah happy kan.
Suasana di waktu malam
Kemudahan seperti tandas, bilik mandi serta surau pun terdapat disini,  jadi bolelah berkhemah dengan tenang.
Suasana di waktu malam pun sangat meriah diterangi oleh lampu-lampu kelip-kelip yang di pasang. Boleh buat barbeque dan unggun api sambil menikmati makan malam.  Apa-apa pun..berkhemah di Payo Campsite ini pasti mengembirakan.

Buat masa sekarang, Rm50 sehari di kenakan jika ingin menyewa tapak perkhemahan tanpa mengira apa bentuk perkhemahan pun dan boleh mengunakan segala fasiliti yang ada di sini.

Jika berminat untuk datang dan menikmati suasana di sini boleh hubungi no. tel di bawah ini.
📍Payo Campsite
Kampung Paya, Renggoh,
Johol, Negeri Sembilan

Tel no. 010-4261003


Tiktok : https://www.tiktok.com/@payo.campsite.off

Salam sayang💞
MiedaJaz


Comments