Skip to main content

Percutian 4 hari 3 malam ke Kuching Sarawak

Assalamulaikum semua.
K mid baru aje pulang dari bercuti bersama keluarga ke Kuching Sarawak,  sebenarnya k mid dah pernah ke sana 3 tahun yang lalu.,  waktu itu pergi bersama kawan2 dan sekarang alhamdulillah dapat pergi bersama family.

Bercuti ke mana2 pun seronok...lebih2 lagi bersama family.  Pada kak mid keseronokan bercuti bersama family lain...keseronokan bercuti bersama kawan2 lain..kedua2nya ada keseronokkan yang berlainanan.

Ramai juga orang bercakap...bercuti kat Kuching ,  Sarawak?  Ada apa kat sana?  Best ke?

Sebenarnya..klu kita bijak mengatur percutian kita dan budget kita...pasti best...kita semua tentu mempunyai budget yang tertentu untuk bercuti...klu budget k mid berlebihan tentu saja k mid nak bawak family ke tempat yang lebih jauhkan ..........

Percutian ke kuching ini telah di rancangan  bila aje mendapat tiket murah Air Asia...hehehe...nielah kerja anak2 k mid ...bila ada tiket murah cepat aje bagitau suruh beli....


Selalu kami akan guna grab dari rumah atau ada yang menghantar ke Klia2 atau parking di Tune hotel/klia2 tapi kali nie kami sekeluarga ingin mencuba parking di Putrajaya Sentral . Sebenarnya dah lama  terbaca review dari ramai blogger yang parking di sini memang murah dan selamat. so inilah masanya untuk mencubanya.

Perjalanan dari rumah k mid ke Putrajaya lebih kurang 1 jam...jadi kami bertolak dari rumah 9.30 pagi dan tiba di Putrajaya Sentral 10.30 pagi....alangkah hampanya parking berbumbung semuanya penuh...baru teringat review dari blogger MAT DRAT,  yg ada bagitau yang parking berbumbung di Putrajaya Sentral pada waktu hari bekerja memang penuh....klu hari Sabtu dan Ahad memang agak kosong.  Kami pun terpaksa lah parking di kawasan tidak berbumbung dan terus menaiki Klia Transit ke Klia2. Anyway...mmg selamat walaupun bukan di parking berbumbung.
Mengenai Penginapan dan pengangkutan.... semuanya telah di booking siap2 on line.

Penginapan kami selama 3 malam di Kuching Basaga Holiday Residences Kuching

Seperti biasa k mid akan gunakan khidmat Booking.com untuk mendapatkan harga yang berpatutan

Sesiapa yang berminat boleh booking melalui Booking.com

BOLE KLIK DIBAWAH UNTUK BOOKING HOTEL  DAN DAPAT REWARD

 https://www.booking.com/s/21_4/midara3

Mengenai penginapan kami di Basaga Holiday Residences ini...k mid amat berpuas hati kerana berhampiran dengan city centre dan juga airport.. Juga terdapat outdoor pool....klu dah balik dari berjalan2 terus terjum kolam...kebetulan bilik kami semua Poolside rooms.


Hendak tahu lebih lanjut  : KLIK DISINI BASAGA RESIDENCES KUCHING

Mengenai pengangkutan pula,  kami menggunakan khidmat ikramtransports.com

Perkhidmatan yang memuaskan hati k mid sekeluarga,  condition kereta yang baik dan harga yang berpatutan.. klu rasa2 nak minta pengurangan harga bolehlah berunding dengan diorang.


kami menyewa kereta jenis innova untuk memuatkan 8 orang ...hehehe

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT MENGENAI IKRAM TRANSPORT KLIK DI SINI


Bila semua dah ready maka rasa legalah di hati...bolelah bercuti dengan aman..

Kami tiba lebih kurang jam 3.00 petang dan kereta dah tersedia di airport...apa lagi terus check in di Basaga Residence ,  berehat dahulu...lagi pun hujan ... lepas maghrib kul 7.00 malam ( waktu maghrib di sini jam 6.28 ya)..baru keluar untuk menikmati makan malam.

Topspot Food Court...dah mmg terkenal kat kuching nie

Menu nie tak lengkap lagi nie..udang butter dan kerang masak pedas belum sampai.....yummmy2
menu ketam telur masin terbaek...
Terletak di tengah2 bandaraya kuching jadi senang untuk mencari lokasinya cuma kami dua kali tersasar dan terpaksa pusing balik kerana jalan sehala.  Jadi bole guna waze aje pasti jumpa.

Dengan menawarkan fresh seafood dengan harga berpatutan...pastinya tempat ini sentiasa menjadi tumpuan ramai. 


Begitulah hari pertama kami di Kuching.....

SALAM SAYANG,




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag