Skip to main content

PELANCARAN SINGLE DARI ARTIS DANIAL ZAINI DAN ISSEY TITAN

Assalamulaikum semua

Hari nie k mid nak kongsikan cerita mengenai pelancaran Single oleh dua orang artis iaitu Danial Zaini dan Issey.  K mid dan rakan media yang lain telah di jemput ke sidang media mereka bertarikh 23 Januari 2019 bertempat di Wisma DATU,  Lot 2-21,  Jalan SU5, Persiaran Tengku Ampuan,  Taman Perindustrian Subang Utama,  40400 Shah Alam,  Selangor.




Ramai yang dah kenal siapa itu Danial dan Issey,   iaitu pelawak dan pengacara yang sedang meningkat naik.

Mereka berdua telah bernaung di bawah DATU Intertainment Sdn Bhd bersama 7 orang lagi artis iaitu Santesh,  Arill, Rahman, Aliff Termeze, Syafa Wany, Zainatul Ina dan Hashmitha.

Ahli Lembaga pengarah DATU Intertainment bersama sebahagian artis di bawah naungannya

MENGENAI DATU
Syarikat yang diasaskan oleh dua bersaudara iaitu Saudara Raja Muhammad Ridzuan dan adeknya Saudara Raja Mohammad Amin .  Saudara Raja Muhammad Ridzuan selaku CEO sedang mengambil PhD dalam bidang perfileman dan Saudara Raja Mohammad Amin pula pelajar cemerlang Master perfileman dari Lim Kok Wing University bertindak selaku COO.  Mereka bergabung dengan saudara Rumhadi atau di kenali sebagai "ROOM ONE" yang merupakan seorang komposer & penulis lirik yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri hiburan di Malaysia. Beliau selaku Pengarah urusan di DATU Intertainmaent Sdn Bhd.

Inilah bos DATU Intertaiment Sdr Raja Mohammad Amin dan Sdr Rumhadi

 DANIAL ZAINI
Danial Zaini atau nama sebenarnya Danial bin Mohd Zaini  merupakan Juara Program realiti Lawak Solo pada tahun 2016.   Beliau kemudian melebarkan sayap dalam industri seni sebagai penyampai radio di salah sebuah stesen radio tempatan.



Sekitar tahun 2018,  Danial di lamar oleh DATU Intertainment  untuk menjadi artis di bawah naungannya dan Danial kini tampil menerusi single pertama ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Peter Parker yang berjudul "Siti Bilang Cuti".  Single "Siti Bilang Cuti" telah dilancarkan di saluran YouTube pada 13 Disember 2018.
Mengisahkan tentang seorang jejaka yang ingin memikat hati seorang jururawat bernama Siti.  Siti ingin mengambil cuti tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana terlalu sibuk dengan tugasnya,.



ISSEY

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin,  juga di kenali sebagai Issey Titan. merupakan seorang pelawak dan pengacara. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak Titan dalan rancangan Bintang Mencari Bintang. Issey juga merupakan seorang graduan ijazah dalam pengurusan teknologi kreatif di Universiti Teknologi Mara dan kini,  menjadi penyampai radio di salah sebuah stesen radio di Malaysia.
Dilamar oleh DATU Intertainment pada tahun 2018 dan  Issey tampil dengan single pertama berjudul "ALOLOLO.  Lagu ciptaan Mr Yin dan lirik oleh Issey sendiri.  Lagu ini menceritakan tentang seorang suami yang cuba memujuk  isterinya yang merajuk  kerana perangai musang berjanggut suaminya.
Muzik video "ALOLOLO" ini berkonsepkan jenaka telah dilancarkan di YouTube pada 18 Januari 2019.







K mid mengambil kesempatan bergambar dengan Danial & Issey

Selamat maju jaya untuk Danial dan Issey!!!

Majlis Sidang media ini berakhir kira-kira jam 6 petang.  Sebelum itu pihak  DATU Intertainment telah berbesar hati mengadakan Cabutan bertuah untuk yang hadir di majlis itu.
K mid antara yang bertuah .........tq DATU Intertainment




 #THISISDATU
#DATUINTERTAINMENT
#THEPLACETOEXPLOREYOURTALENT
 


Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...